e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

KucenMaster: 2012 2012 | KucenMaster

Sabtu, 29 Disember 2012

Duit Syiling Lama


Selain membela kucing, salah satu hobi aku adalah mengumpul duit lama.Walaupun bukanlah dikategorikan sebagai pengumpul tegar, tapi boleh tahan banyak jugalah koleksi aku.Selain duit kertas, duit syiling pun boleh tahan banyak juga dalam simpanan aku.

Rabu, 26 Disember 2012

Melantak Di Restoran Q Thai

q thai steamboat restaurant

Restoran Q Thai Steamboat sememangnya salah satu tempat makan steamboat yang paling best pernah aku rasa.Tapi baru dua kali je aku dapat merasa.Yang terbaru, semalam.Tu pun atas jemputan mama Adam.Tengkiu.Tengkiu.

Ahad, 16 Disember 2012

Ramalan Hari Kiamat 2012

hari kiamat

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Begitu juga dengan Bumi kita ni.Banyak teori dan ramalan dibuat sejak beribu tahun dahulu mengatakan segalanya akan berakhir pada penghujung 2012 atau lebih tepatnya 21-12-2012.Jom kita tengok beberapa ramalan yang paling meletop.

Khamis, 13 Disember 2012

Kucing Jantan Tak Pandai Mengawan

kucing mengawan
Korang pernah tak berhadapan dengan masalah macam ni?Kucing yang korang bela sampai besar untuk dijadikan baka, tiba tiba tak pandai mengawan.Nafsu punyalah besar, tapi kucing betina dah ready, 'torpedonya' tak mengenai sasaran.Adoyai...

Khamis, 6 Disember 2012

Tanah Untuk Dijual


Tanah di Kuala Pilah untuk dijual.Terletak di Kampung Jemapoh, Mukim Ulu Muar, Daerah Kuala Pilah.Ada jalan masuk.Keluasan tanah ni, 0.8701 hektar (2.15 ekar).Status tanah - pertanian, pegangan bebas dan rezab Melayu.Ada dua penama dalam geran ni, aku dan adik aku.Kitorang dah sepakat nak jual.

Rabu, 21 November 2012

Jumaat, 16 November 2012

Ahli Keluarga Baru

Salam.Setelah sekian lama menyepi tanpa entri baru, hari ni aku muncul lagi.Kemunculan kali ni bersama seekor kitten baru yang kiut.Owner lama dia bagi nama Dissy.Tapi bila aku dah beli, dengan tanpa rasa bersalah, aku tukar nama dia jadi Kitty Sarah.Hahahaha.

Sabtu, 3 November 2012

Hobi mengumpul duit

Setiap orang ada hobi yang tersendiri.Ada yang suka simpan setem, simpan majalah lama, simpan botol coke, simpan barang barang pelik.Macam macam lagilah hobi manusia ni.Pada sesiapa yang tak berminat dengan hobi tu mesti rasa hobi ni sesuatu yang ntahapahapa.Buang masa semata mata.Tapi tak kira korang cakap apa.Hobi tetap hobi.

Ahad, 14 Oktober 2012

Hari Raya Haji 2012


Hari Raya Haji tahun ni bakal disambut pada hari Jumaat 26/10/2012.Cuma tinggal lagi 2 minggu lagi sahaja.Pasti ramai yang bakal mengorbankan seekor atau sebahagian daripada seekor lembu pada hari tu nanti.Semoga ibadah korban korang diterima Allah.Insyaallah.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Kucing Munchkin Untuk Dijual

kucing kaki pendek
Kucing munchkin untuk dijual ni aku jumpa kat olx.com tadi.Senang cerita, bukan kucing aku.Tapi ini adalah species kucing yang paling aku minat selepas parsi dan hilmalaya.

Melawat Zoo Negara

zoo negara
Zoo Negara ni bukannya jauh dari rumah aku.Hari hari aku lalu depan zoo untuk pergi kerja kat Sri Gombak.Tapi baru 3 kali je aku melawat zoo ni seumur hidup aku.Kali pertama, time tadika aku buat lawatan ke sini.Kali kedua, 10 tahun dulu.Dan yang terbaru, minggu lepas, Ahad 7/10/2012.

Isnin, 8 Oktober 2012

Diva - kucing parsi gediks

Sedar tak sedar dah 5 bulan Diva aku bela.Masa mula mula aku beli, jalan pun terketar ketar.Sekejap je kanak kanak ni meningkat remaja.Semakin meningkat umur dia, semakin gojes budak ni.Perangai pun memang mengalahkan seorang Diva.Sentiasa mahukan perhatian.Kalau sesiapa dok baring tanpa pedulikan dia, siaplah orang tu.Diva akan datang cium, gigit rambut macam monyet.Takkan boleh tidur punyalah.Hahaha.

Ahad, 7 Oktober 2012

Penyakit FIE


FIE adalah singkatan bagi sejenis virus yang bernama Feline Insfectious Enteritis.Ia juga dikenali dengan nama Feline Planleukopenia dan Feline Parvovirus.Ia adalah salah satu virus yang paling kerap menyerang kucing.Virus ini menyebabkan sel darah putih berkurang secara mendadak dan boleh menyebabkan kematian kalau tak dirawat dengan segera.

Ahad, 30 September 2012

Hilang Naluri - Once Mekel

Sejak seminggu ni, lagu ni paling kerap aku play kat henfon aku.Walaupun selama ni aku tak minat Once Mekel ni.Tapi lagu ni, aku suka terutamanya time Once tarik part 'matilah kau'.Lagu ni bukan saja sedap didengar, videonya pun cun.Tak percaya, korang dengar dan tengok music videonya.

Review Hotel Transylvania

Aku baru je lepas tengok cerita Hotel Transylvania kat Aeon Cheras Selatan semalam.Walaupun terlupa bawak sweater, aku tetap tabahkan hati mengharungi kesejukan demi menonton movie ni.Hari ni sekali lagi aku mengharungi kesejukan menonton cerita yang sama di 1 Shamelin.Huhuhu..

Selasa, 25 September 2012

Malique sakit?

Malique tengah sakit ke sekarang ni?Aku pun tak tahu.Cuma sejak aku post pasal lagu Teman Pengganti, setiap hari ada je keyword 'Malique sakit', 'Malique Too Phat sakit', 'Malique sakit kanser' dan yang terbaru aku dapat siang tadi ialah 'Malique mati' dan 'Malique meninggal dunia'.Betul ke ni?

Isnin, 24 September 2012

Ketua Pemuda UMNO Kepong Parah Ditikam


Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali parah ditikam dalam insiden awal pagi tadi di depan rumahnya.

Ahad, 23 September 2012

Segmen : Jom Tingkatkan Follower Sampai Lebam


Entri kali ni khas untuk rakan rakan blogger yang teringin meningkatkan bilangan follower.Segmen ni anjuran blog MerepekGILA.Jom kita join ramai ramai.

Mandulkan kucing - kejam ke?


Kucing pun makhluk tuhan.Ada hak untuk hidup dan membiak di dunia ni.Kenapa nak mandulkannya?Kenapa nak sekat pembiakannya?Tak kesian ke kat binatang tu?Berdosa aniaya kucing macam tu.Cuba bayangkan kalau korang jadi kucing tu.Ada beribu alasan yang boleh kita bagi untuk tidak memandulkan kucing.

Isnin, 17 September 2012

Kucing untuk dijual


Assalamualaikum.Kali ni aku nak iklankan sekor kucing betina yang sangat anggun.Berketurunan parsi dan kucing kampung.Walaupun hidungnya mancung seperti kucing kampung biasa, ciri  ciri keparsiannya masih lagi terserlah.Bulunya lebat dan panjang.Berwarna putih, bermata biru sama

Ahad, 16 September 2012

Harga pasaran kucing di Malaysia


Assalamualaikum.
Boleh dikatakan hampir semua yang membaca blog Kucenmaster ni adalah peminat kucing parsi.Tapi tak semua memiliki kucing jenis ini.Ada yang langsung tak pernah membela kucing.Cuma suka melihat dan membelai kucing kawan kawan je.Tak kisahlah.Yang penting korang suka kucing.Bagi yang merancang untuk memiliki kucing parsi, hari ni aku nak share pasal harga kucing ni.

Ahad, 9 September 2012

Singa peliharaan


Setelah bertahun menternak kucen, hari ni aku memliki seekor singa jantan yang comel.Kagum tak?Hahahaha.

Ahad, 2 September 2012

Melawat Melaka


Semalam sehari suntuk kat Bukit Rambai, Melaka.Bertolak dari Balakong pukul 11 pagi.Sampai kat sana pukul 1.Habis beraya lebih kurang pukul 3, bermulalah aktiviti pelancongan.

Ahad, 26 Ogos 2012

Aksi lucah budak bawah umur


Budak budak zaman sekarang ni memang ramai tak tahu malu.Depan orang ramai pun selamba je berpeluk dan bercium.Tu depan orang, kalau tak ada orang, lagi melampau aksi diorang.

The Possession - filem seram mesti tonton


Bagi peminat cerita seram, filem The Possession ni mesti filem yang ditunggu tunggu untuk tahun ni.Betul tak?Walaupun kebanyakkan cerita seram ni cuma banyak elemen kejutan yang mendera jantung tapi sebenarnya taklah seram sangat tapi korang tetap tak serik

The Expendables 2 review


Seminggu di Kelantan - negeri tanpa panggung wayang, perasaan nak menerjah ke pawagam membuak buak.Sampai je KL, belum sempat sampai rumah, aku terus singgah ke The Mines.Lepas geram wooo.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Memancing di Tok Bali


Dulu zaman sekolah, salah satu hobi aku ialah memancing.Time tu aku selalu pergi masuk dalam hutan kat Templer Park.Jauh dalam hutan, ada satu paya yang jarang orang masuk

Beraya di Kelantan


Selamat Hari Raya.Rasanya taklah lambat sangat untuk aku ucap Selamat Hari Raya kan?Heheee.Plan memang nak update awal.Kalau boleh hari hari nak ngadap tenet kat kampung.Siap bawak lagi modem Yes ni.Tapi hampeh.Takde line kat sana.

Selasa, 14 Ogos 2012

Cotton VS Diva

kucing parsi comel

Hari ni tak ada kucing kat rumah.Semua dah berhijrah sementara ke Melaka.Nasib baik laptop ni dipenuhi dengan gambar dan video budak budak tu.Hari ni aku nak share 1 video aktiviti harian Diva si kucing parsi yang comel.Kalau tak tidur, kerja dia adalah menerkam sesiapa saja termasuk tuan dia.Kali ni si Cotton jadi mangsa kenakalan Diva.

Isnin, 13 Ogos 2012

Tanaman rumput secara hidroponik


Dulu aku pernah berjinak jinak membela lembu secara feedlot.Harga lembu hidup masa tu antara RM6.50 ke RM7.00 sekilo.Rancangan aku cukup mudah.Beli lembu yang kurus, masukkan dalam kandang, bagi makan banyak banyak sehingga gemuk dan jual.Aku beli lembu baka brahman cross yang beratnya lebih kurang 200 kilo.Gemukkan sehingga beratnya mencecah ke 250 kilo dan ke atas lepas tu jual.Aku akan dapat untung 50 kilo darab RM7.00.Selepas ditolak dengan kos rumput, dan pekerja, aku masih boleh buat untung besar.

Ahad, 12 Ogos 2012

Kucing dah balik beraya


Sunyi je rasa rumah ni hari ni.Dah takde sekor pun kucing berlari lari atas laptop ni.Tak terasa pun ada kucing yang dok gigit gigit kaki.Huhuhuhuuu.Rindu pulak suasana tu.

Berbuka di Ramal Food Junction


Sepanjang bulan Ramadhan ni aku manjang berbuka kat rumah je.Batu 3 kali je berbuka kat luar.Salah satunya, kat Ramal Food Junction ni.

Isnin, 6 Ogos 2012

Mercu tanda Pulau Pinang yang baru


Sebuah replika botol arak gergasi yang mengandungi 400 botol arak terletak di pusat bandar George Town, Pulau Pinang.Mungkin replika ini dibina untuk menarik ramai pemabuk datang ke sini untuk memakmurkan ekonomi Pulau Pinang.Lebih menarik lagi replika botol yang mengandungi air kencing syaitan ini terletak bersebelahan dengan sebuah hiasan yang dibuat khas untuk sambutan Adilfitri.Lihat dan nilaikan sendiri.

Review Step Up Revolution


Step Up Revolution memang dah lama aku nantikan.Siang tadi barulah aku berpeluang tengok.Macam yang aku harapkan, filem ni tak kurang hebatnya berbanding filem filem Step Up sebelum ni.

Ahad, 29 Julai 2012

Aksi Jacko kejar cahaya laser

Kucing parsi memang pemalas.Jacko pun tak terkecuali.Gambar kat atas menerangkan perangainya yang malas tapi comel.

Makanan kucing Blackwood

Ni cerita 27/0702012 hari lepas sebenarnya, cuma tak sempat nak upload gambar je menyebabkan entri ni tersadai.Hehee.

Jumaat, 27 Julai 2012

Lagu Black ft Malique Teman Pengganti


Sejak dua menjak ini, aku kerap dengar lagu ini.Lagu rap untuk santapan rohani.Dengan lirik berseni, untuk dihayati.Siapa nak lirik boleh masuk sini.Link pun aku kasi, video ku kongsi.Kalau puas hati sila beli yang ori.

Logo Kemerdekaan ke 55

Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ni macam serba tak kena.Sudahlah temanya tak bersifat kebangsaan.Logonya pula sangat tak menarik.Cincai je buat.Siapalah designer dia agaknya.

Khamis, 26 Julai 2012

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55


Tema Hari Kemerdekaan Malaysia kali ini ialah 'Janji Ditepati'.Macam biasa dengar je kan?Dah berbulan kerajaan gunakan ayat ni untuk program Jelajah Janji Ditepati.

Rabu, 25 Julai 2012

Berhenti merokok di bulan Ramadhan


Ramai di antara kita mula merokok pada usia yang sangat muda terutamanya ketika masih bersekolah.Walaupun tahu bahaya merokok, di peringkat usia yang masih mentah, bahaya rokok bukanlah sesuatu yang menakutkan.

Namun apabila melangkah ke alam pekerjaan, kesannya mula terasa.

Keputusan Malaysia lawan Arsenal

Malaysia 1 - Arsenal 2

Keputusan Malaysia lawan Arsenal yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil tadi memang dah dalam jangkaan aku.Bukan tak sokon pasukan kebangsaan, tapi aku buat ramalan berdasarkan rangking pasukan Malaysia yang berada di tangga ke 157 ketika ini.Tapi persembahan pasukan Harimau Malaya memang superb dan di luar jangkaan aku.

Ahad, 22 Julai 2012

Anjing lahirkan anak kucing

Gambar Google

Pelik tengok tajuk kat Harian Metro hari ni.Seekor anjing melahirkan anak kucing kat Pyongyang.Macam tak percaya je anjing boleh lahirkan musuh ketatnya sendiri.

Kucing parsi VS domestic long hair DLH

Gambar dari Google.Tak tahu ada cert ke tak
Mesti ramai yang pernah dengar pasal 2 jenis kucing ni kan?Apa beza antara kucing parsi dengan domestic long hair (DLH) ni?Jom kita tengok.

Isnin, 16 Julai 2012

Video baby Puteri belajar berjalan


Baby baru bertatih

Hari tu, masa buat entry Baby Putei dah berjalan, internet slow macam siput sedot.Tak boleh upload video.Hari ni intenet dah laju, jom kita layan video kanak kanak ni.

Ahad, 15 Julai 2012

Baby Puteri dah berjalan

dah mula berjalan budak ni


Hari ni, hari ke-23 baby Puteri lahir ke dunia ini.Sejak dilahirkan pada 23 Jun 2012, seekor demi seekor baby baby ni mati.Daripada 4 ekor, sekarang dah tinggal seekor je.Harap harap dia terus hidup.

Sabtu, 14 Julai 2012

Makanan kucing parsi aku

Bagus ke makanan ni?

Makanan kucing tradisional, nasi gaul dengan ikan rebus tak praktikal lagi zaman sekarang.Selain faktor masa dan rasa malas untuk menyediakannya, kandungan nutrien juga mendorong aku memilih makanan jenis macam biskut ni.

Jumaat, 6 Julai 2012

Puasa 2012

Kucing pun tengok anak bulan tau
Woaaaa.....Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Ramadhan dah.Tarikh melihat anak bulan pun dah ditetapkan pada 19 Julai 2012.Korang dah ganti ke belum puasa tahun lepas dan tahun tahun sebelumnya.Hehehehe.

Ahad, 1 Julai 2012

Perginya seekor anak Puteri

Time baru lahir
Sebelum ni aku dah cerita pasal anak Puteri yang sakit.Alang alang nak pergi jumpa vet, aku bawalah semua kucing kucing aku.Puteri dan Diva 1 cage.Jacko dan Cotton lagi satu cage yang besar.Maklumlah, Berat Jacko saja dah 3.9kg.

Sabtu, 30 Jun 2012

Boleh survive ke anak kucing ni?

kucing parsi flatface
Masa baru lahir
Hari ni dah genap seminggu anak anak Puteri lahir.Anak yang ke 3 dan bongsu macam tak ada masalah.Makin besar dan gebu.Tapi yang yang sulung dan yang kedua macam tak membesar langsung.

Sabtu, 23 Jun 2012

Saat kelahiran kucing parsi


Dah sekian lama blog ni tak berupdate.Bukan malas tapi sibuk berpindah daripada Pandan Perdana ke Balakong.Ni pun rumah tak siap kemas lagi.perabot pun ada yang tak pasang lagi.Kalau ikutkan minggu depan baru nak update blog ni.Hahahaha.

Tapi hari ni ada something yang aku nak sangat share pasal si Puteri ni.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes