e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Boleh survive ke anak kucing ni? | KucenMaster

Sabtu, 30 Jun 2012

Boleh survive ke anak kucing ni?

kucing parsi flatface
Masa baru lahir
Hari ni dah genap seminggu anak anak Puteri lahir.Anak yang ke 3 dan bongsu macam tak ada masalah.Makin besar dan gebu.Tapi yang yang sulung dan yang kedua macam tak membesar langsung.
Baby sulung

Yang sulung ni nampak ada sikit je perubahan dari segi saiz.Tapi ibu jari kaki depan dia macam bengkak.Bulu pun macam tak berseri.Tak macam adik adik dia.
kucing parsi flatface
Ni yang nombor 2
Yang ke dua ni lagi membimbangkan.Sama macam yang sulung.Tapi bengkak kakinya lebih parah.Nampak macam bernanah.Kuku ibu jari kaki depan sebelah kiri pun dah hilang.Dia pun macam dah tak ada tenaga nak berebut puting susu dengan adik beradik dia yang lain.Start malam tadi, aku bagi dia minum guna botol susu.Tapi 5 titik je dia nak.
kucing parsi sakit
Kuku kaki dah hilang
Sekejap lagi aku nak bawak semua kucing kucing aku termasuk baby baby ni jumpa vet.Tengok la apa yang boleh diikhtiarkan nanti.Tapi kalau memang dah umur dia tak panjang, aku redha.Tapi sebelum tu aku akan cuba apa saja untuk selamatkan budak budak ni.Amin.....
Beza nombor 2 dan yang bongsu

2 ulasan:

kucen master berkata...

Dari pada 4 ekor, akhirnya sekor je yg hidup smpi sebulan.harap dia sempat jadi dewasa.

Tanpa Nama berkata...

Sedih nya. ...sy pernah hadapi saat mcm tu. Xpe...at least kta dh bjuang tlg dia idup.

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes