e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Perginya seekor anak Puteri | KucenMaster

Ahad, 1 Julai 2012

Perginya seekor anak Puteri

Time baru lahir
Sebelum ni aku dah cerita pasal anak Puteri yang sakit.Alang alang nak pergi jumpa vet, aku bawalah semua kucing kucing aku.Puteri dan Diva 1 cage.Jacko dan Cotton lagi satu cage yang besar.Maklumlah, Berat Jacko saja dah 3.9kg.
Baby baby pulak aku plan nak letak dalam 1 kotak.Tapi puas cari kotak kosong tak jumpa jumpa.Nasib baiklah ada satu bakul comel yang ngam ngam muat 4 ekor kanak kanak ni.
Sebakul kucing
Time kat klinik, baby yang nombor dua tu asyik tercungap cungap dan menjerit.Menahan sakit agaknya.Tak tahan aku tengok.Kesian sangat.Vet kata tak ada harapan dah.Baby ni dah teruk sangat.Dah tak nak terima apa apa yang disuap.Nak disuntik, masih terlalu muda.Baru 7 hari.Tak ada apa apa yang boleh diikhtiarkan lagi.Paling lama pun dia boleh survive lagi satu hari je.

Nak baby tu bertahan sehari lagi dalam keadaan menderita kesakitan, doctor tu nasihatkan 'tidurkan' terus baby ni.Caranya, bagi satu suntikan yang akan mematikan dia kurang dari 3 minit.Suntikan tu akan mengurangkan kesakitan sebelum menghentikan nadinya.Pilihan lain, biarkan dia terus menggelupur kesakitan sehingga mati.Terkedu aku dengar.

Lepas berbincang dengan adik aku, kami sepakat mengizinkan vet tu 'menidurkan' baby ni.Bak kata vet tu, baby ni terlalu kecil untuk dibiarkan menderita.Sedangkan tak ada apa apa harapan untuk dia sembuh.

Time vet tu nak bagi suntikkan, adik terus keluar.Tak sanggup nak tengok.Tapi aku tak sanggup nak tinggalkan baby ni waktu macam ni.Aku tengok lepas suntik kat perut, baby ni terus tenang.Tak sampai seminit dia pun 'tidur'.

Lepas konfem baby tu dah x bernyawa, vet tu suruh asistant dia bungkus dead body baby tu elok elok.Bungkusan kapan tu di bagi kat aku untuk aku tanam.

Baby sulung pula, sama macam yang baby yang dah ditidurkan tadi.Cuma nasib baik dia masih mahu menyusu lagi.Jadi ubat boleh disuap melalui mulutnya.Tapi peluangnya sangat tipis.Kalau survive pun mungkin tahap kesihatannya tak sebaik mana.Aku mungkin terpaksa tanggung kos rawatan yang tinggi untuk budak ni.

Tapi selagi ada peluang walaupun tipis, aku tetap grab peluang tu.Aku tak nak putus asa awal sangat sedangkan masih ada kemungkinan dia akan sihat seperti kucing kucing lain.Bab kos perubatan yang mungkin aku akan tanggung nanti, aku yakin ada rezeki untuk baby ni nanti.Aku pun bukannya miskin sangat.

Lagi 2 ekor berwarna solid black tu, alhamdulillah, tak ada apa apa masalah.keduanya sihat, aktif dan gebus.Harap harap tak ada masalah untuk kanak kanak ni membesar.
Tinggal kenangan

**entri kali ni tak banyak gambar sebab aku tak sanggup ambil gamabar masa baby tu nak di suntik

3 ulasan:

Mama Adam berkata...

50 50 tu masih besar. Cuba la... Mana tau ada rezeki, hidup budak tu nanti

Tanpa Nama berkata...

masa lepas lair biarkan je dengan mak dia. jangan pegang langsung. takut bau baby dia ilang, terus mak dia ignore dia

eima jeff berkata...

siannye....sabar la ye...

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes