e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Anjing lahirkan anak kucing | KucenMaster

Ahad, 22 Julai 2012

Anjing lahirkan anak kucing

Gambar Google

Pelik tengok tajuk kat Harian Metro hari ni.Seekor anjing melahirkan anak kucing kat Pyongyang.Macam tak percaya je anjing boleh lahirkan musuh ketatnya sendiri.


“Memang benar. Ia satu keajaiban. Selepas haiwan itu dilahirkan, saya tidak percaya apa yang saya lihat. Ia kelihatan seperti kucing dan bunyi seperti kucing. Jadi bagaimana ia boleh jadi anak anjing,” kata Jeong Pyong-bong, 63 kepada akhbar Korea Herald ketika menunjukkan ibu anjing dan anak yang dilahirkannya.

“Orang ramai dari seluruh bandar datang ke rumah saya untuk melihat sendiri keajaiban itu selepas berita mengenainya tersebar. “Saya tahu bagaimana ini boleh terjadi. Anjing saya sering keluar malam. Boleh dikatakan sepanjang malam ia berada di luar. Saya rasa ia mungkin melakukan sesuatu yang tidak senonoh dengan kucing jantan,” kata Pyong-bong.
Walaupun dia berkeras mempertahankan ‘keajaiban itu,’ pakar berkata, kelahiran seumpama itu tidak mungkin berlaku.

“Tidak mungkin seekor anjing melahirkan anak kucing,” kata Professor Son Chang-ho dari Kolej Sains Veterinar, Universiti Kebangsaan Chonnnam.

“Jumlah kromosom dalam anjing dan kucing berbeza sama sekali. Tetapi, jika ia anak anjing dan kelihatan seperti anak kucing, ia satu kemungkinan,” katanya.

Hahaha.aku sokong kata pakar tu.Takkan la anjing ngan kucing boleh mengawan.Ini bertentangan dengan fitrahnya.Anjing dan kucing ni bukanlah makhluk yang suka melawan hukum alam macam penyokong LBGT.

8 ulasan:

kucenmaster berkata...

agak agak, anak anjing yg mcm kucing ni kira najis mughallazah x?

Mama Adam berkata...

Anak angkat tuuuu

kucenmaster berkata...

mesti seronok adik bradik anjing dia buli nnti

Ameerul Ashraf berkata...

Subahanallah! sungguh ka?
macam2 boleh jadi sekarang

kucen master berkata...

aku rasa mak anjing tu dok berbulu ngan sekor kucing masa ngandung dulu.tu yang terkenan tu.hahahaha

abiwan berkata...

tipu lah,, hahaha!

kucen master berkata...

ada kemungkinan apek tu mmang tipu.mungkin cme anak angkat.tp mungkin jugak tu anjing cacat

missha berkata...

memang pelik..huhu

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes