e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Baby Puteri dah berjalan | KucenMaster

Ahad, 15 Julai 2012

Baby Puteri dah berjalan

dah mula berjalan budak ni


Hari ni, hari ke-23 baby Puteri lahir ke dunia ini.Sejak dilahirkan pada 23 Jun 2012, seekor demi seekor baby baby ni mati.Daripada 4 ekor, sekarang dah tinggal seekor je.Harap harap dia terus hidup.

dari pada 4 tinggal seekor je

Sejak membuka mata pada 7 Julai, Puteri dah makin kerap masuk ke tempat persembunyiannya untuk menyusukan baby babynya.Dia dah tak malas sangat nak jaga anak.Malangnya 8 Julai, seekor lagi anaknya mati.Sebab kematian, tak tahulah.Time nak keluar rumah pagi tu sihat je.Balik rumah malam, Dia dah arwah.

Sejak tu, Puteri asyik bawak anak dia keluar dari markas persembunyian dia tu.Anaknya dibiarkan melepak di tengah ruang tamu.Risau je aku.Takut terpijak.Bila aku masukkan balik dalam kotak, Puteri bawak keluar lagi.Dalam 3 hari ni, langsung baby ni tak masuk ke kotak.
Puteri makin pandai jaga anak

Yang bestnya, sejak duduk kat luar, ramai la pulak baby sitter dia dari 2 species.Species homo sapiens tak perlu di ceritakanlah.Memang pantang tengok baby.Yang menariknya ialah baby sitter dari species yang sama dengan baby ni iaitu Felis catus.Jacko, Cotton dan terutamanya Diva memang suke giler bermain dengan baby yang baru 2 hari pandai berjalan.Kadang kadang risau juga tengok cara Diva menjaga 'adik' dia ni.Dia peluk dan berguling guling macamlah baby ni sebaya dia je.Sampai time baby nak menyusu pun dia sibuk nak bermain.Jacko dan Cotton setakat cium, jilat dan lepak ngan baby je.
Diva sibuk nak bermanja ngan mak angkat dia

Korang layan je la gambar gambar terbaru ni.Walaupun ada yang tak ada pertalian darah, tapi tu tak menghalang untuk hidup harmoni
si Diva yang suka menyibuk

kasih ibu

macam uncle jacko masa baby
Uncle Jacko dan Uncle Cotton rilek je






4 ulasan:

princesskittyku berkata...

la....biar betul....tgl sekor jer....sy xpenah alami mcm tu...tetiba tkt lak....tp kan puteri awk gemuk la wlupun pas beranak....tp kucing sy lolie pas beranak terus kurung-kering....nampak tulang jer...awk bg apa puteri mkn?

kucenmaster berkata...

mungkin sebab ni 1st time beranak kot. puteri tu sy bg mkn iams kitten sebab makanan utk kitten lebih byk protein.pastu sy bg susu sbb dia perlukan byk kalsium masa menyusukan baby. sebab tu dia gemuk je

princesskittyku berkata...

kucen sy mmg mkn iams...tp sy cuba bagi susu plak..tq share... ^_^

Rosmawati Yusof berkata...

Mmg susah nak jaga baby cat ni. mrk mudah kena jangkitan. Apapun harap, baby yg tinggal ni terus sehat membesar bagai johon...

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes