e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Berhenti merokok di bulan Ramadhan | KucenMaster

Rabu, 25 Julai 2012

Berhenti merokok di bulan Ramadhan


Ramai di antara kita mula merokok pada usia yang sangat muda terutamanya ketika masih bersekolah.Walaupun tahu bahaya merokok, di peringkat usia yang masih mentah, bahaya rokok bukanlah sesuatu yang menakutkan.

Namun apabila melangkah ke alam pekerjaan, kesannya mula terasa.
Kalau masa sekolah, kita cuma perlu mencatu duit belanja sekolah yang dibekalkan oleh makbapak.Kini setelah tiada lagi duit belanja, kesihatan poket sangat membimbangkan walaupun kesihatan badan kita lebih parah lagi.

Sesuai dengan pendirian kerajaan untuk membenteras ketagihan rokok di kalangan rakyat.Harga rokok sentiasa dinaikkan setiap kali Bajet dibentangkan oleh Perdana Menteri.Tujuannya supaya golongan yang belum terjebak merasa seram untuk memulakan karier sebagai seorang perokok.Golongan perokok pula berusaha untuk berhenti menagih rokok demi kesihatan poket.Golongan yang telah bersara pula mengukuhkan tekad untuk tidak lagi terjebak dengan aktiviti yang mencemarkan udara ini.

Tapi cara ini belum lagi menampakkan hasilnya lagi.Bagi perokok tegar, bukan tak ada keinginan untuk berhenti merokok, tapi ketagihan sukar di tahan.Pelbagai produk untuk mengurangkan ketagihan di ambil termasuk rokok elektronik dan Niquitin namun tak ramai yang berjaya

Namun di bulan seribu nikmat ni, kebanyakkan kita mampu bertahan di siang hari.Kenapa tak ambil kesempatan untuk bertahan di waktu malam pula.Padahal waktu malam bukanlah panjang setelah ditolak dengan waktun tidur.Hanya beberapa jam saja bermula waktu berbuka hinggan kewaktu sahur.

Untuk menahan diri selama beberapa jam, cuba gunakan kaedah ini.
  • Tekadkan azam dalam diri.
  • Pastikan mulut sentiasa bersih.Setiap kali lepas makan, terus gosok gigi.Mulut yang bersih akan mengurangkan rasa ketagih.
  • Banyakkan minum air kosong.Biasanya rokok lebih sedap dihisap ketika minum air yang berkefein seperti teh dan kopi.Minum air tanpa rasa ini memberi kesan yang berbeza.Air kelapa juga satu alternatif yang baik.Selain itu, air juga boleh membersihkan sebahagian toksik yang diakibatkan rokok dalam badan.
  • Elakkan berada di tempat tempat yang menjadi markas merokok seperti kedai mamak dan pusat snooker.Bau asap rokok yang dihembuskan oleh orang lain mampu merosakkan azam yang digenggam.
  • Sibukkan diri hingga terlupa keinginan untuk merokok.Solat terawih, membaca Quran dan membuat persiapan raya adalah idea yang sangat bagus.
  • Sentiasa berfikiran positif.
  • Bantuan ubat seperti Niquitin sangat berguna.Tapi elakkan rokok elektronik kerana ia tidak menghilangkan ketagihan.Sekadar pengganti rokok tradisianol saja.
  • Berdoa agar diberi kekuatan untuk membuat perubahan diri.
Selamat berjaya.

P/s : Kali terakhir aku merokok adalah 24/04/2004

10 ulasan:

missha berkata...

memang tension kalau terlalu sebelah orang yang tengah merokok sebab asap rokok..huhu..

Mama Adam berkata...

betul3... inilah masanya nk berenti merokok

Sop Nama Saya berkata...

masa puasa je selamat
bila dah berbuka.. hmmm :)

kucen master berkata...

kalau dh betul2 niat nk berenti, boleh punyalah.
cuma kalau dok sebilik ngan perokok jugak, mmang xde harapan lah.
tak tahan bau rokok.
Missha, perokok pun x suka bau rokok yg dia tak hisap.org yg x merokok lg la tensen

lola berkata...

Peluang nak berenti dah tiba nie..

kucen master berkata...

betul tu.rugi klau x sambar peluang ni

kaishin berkata...

hendak seribu daya tak nak seribu dalih..kan :)

kucen master berkata...

betul tu.nk berhenti merokok ni memang susah.selain drpd ketagihan, benda ni dh jdi tabiat.tp bulan puasa ni tabiat tu boleh dikurangkan kpd separuh.why not cuba habiskan terus?usahalah sikit.mcm kaishin ckp,hendak seribu daya tak nak seribu dalih..kan :)

puteri kasih berkata...

kepada semua perokok-perokok diluar sana tu...silalah berhenti merokok..sayangi la diri korang dan jangan terus membazir duit :)

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah.....,, rokok terakhir saya adalah pada jam 11pm, 27 july 2012 bersamaan puasa hari ke-2..., ini adalah pengorbanan TERBESAR yang saya lakukan utk kebaikan diri saya sendiri setelah 22 TAHUN !!! menjadi perokok tegar ber "cap" kan dunhill RM10 sehari.

Cara yang berkesan utk saya adalah 'cold turkey' iaitu berhenti terus, saya pernah cubabanyak kali tapi gagal termasuk guna NRT iaitu Niquitin 4mg dan 2mg, nicorette etc tapi gagal. Guru saya adalah Joey, cuba google 'why quit'... saya baca semua artikel nya masa bulan puasa ari tu....rupanya 72 jam je siksa ....try lah....

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes