e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Keputusan Malaysia lawan Arsenal | KucenMaster

Rabu, 25 Julai 2012

Keputusan Malaysia lawan Arsenal

Malaysia 1 - Arsenal 2

Keputusan Malaysia lawan Arsenal yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil tadi memang dah dalam jangkaan aku.Bukan tak sokon pasukan kebangsaan, tapi aku buat ramalan berdasarkan rangking pasukan Malaysia yang berada di tangga ke 157 ketika ini.Tapi persembahan pasukan Harimau Malaya memang superb dan di luar jangkaan aku.


Gol tunggal Malaysia pada minit ke 46 memang di luar jangkaan aku.Siapa sangka sepakan Azmi Muslim dari jauh mampu menewaskan penjaga gol Arsenal.Jaringan tu mencetuskan semangat pada pasukan Malaysia.Corak perlawanan mula berubah.Harimau Malaya bertali arus mengatur serangan.Namun keputusan 1-0 tidak berubah hingga tamat separuh masa pertama.


Masuk separuh masa kedua, persembahan Malaysia makin menarik.Banyak percubaan tepat Harimau Malaya dicipta.Arsenal pula semakin kelam kabut.Muka Asene Wenger pun dah lain macam.Time tu ramalan aku Malaysia kalah 2-1 tu macam dah jauh meleset.Kalau corak permainan dapat diteruskan, konfem Malaysia boleh menang.


Tapi pertukaran ramai pemain di hujung waktu kedua menjejaskan corak permainan.Akhirnya kesilapan Datuk K Rajagopal menyaksikan Thomas Eisfeld menjaringkan gol yang cantik pada minit ke 86.Selang seminit, Chuke Anuke menjaringkan gol kemenangan.


Keputusan perlawanan Malaysia 1 Arsenal 2.

Daripada persembahan Harimau Malaya tadi, rasanya perlawanan Malaysia vs Manchester City pada 30 Julai ini pastinya menarik.Semangat pasukan Malaysia pasti sedang memuncak setelah hampir hampir mengalahkan Arsenal.Harap harap keputusan Malaysia lawan Machester City nanti akan menyaksikan kejutan yang sangat manis untuk bola sepak negara.


Adios

4 ulasan:

Pecinta pink^^ berkata...

huhu..malam ni siapa post entry pasal ni,cnfirm sy komen sbab gram..haha..gram sebab da mcm boleh mnang..tapi macam kucen ckp,bgitulah sebab ranking..ape2 pun,mlaysia dah cuna terbaik..superb:)

kucen master berkata...

yup.mmang tak sangka nyaris nyaris menang.klau x tuka pemain, mesti dah menang

Mama Adam berkata...

Walau x pandai tengok bola, frust jugaklah. Kira kesilapan teknikal la kan.

haz berkata...

tu la.. haz punyalah dh target malaysia boleh menang. last2 arsenal gak.. huhu =.='

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes