e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Kucing parsi VS domestic long hair DLH | KucenMaster

Ahad, 22 Julai 2012

Kucing parsi VS domestic long hair DLH

Gambar dari Google.Tak tahu ada cert ke tak
Mesti ramai yang pernah dengar pasal 2 jenis kucing ni kan?Apa beza antara kucing parsi dengan domestic long hair (DLH) ni?Jom kita tengok.


Kucing parsi original adalah kucing yang mempunyai sijil pengesahan baka yang dikeluarkan oleh TICA ataupun CFA.Dua badan ini bertanggungjawab memastikan keaslian sesuatu baka kucing.Untuk mendapatkan sijil ini, kucing mesti dibeli daripada penternak penternak yang berdaftar dengan TICA atau CFA ini.Anak anak kucing ini juga boleh didaftarkan dengan syarat, kedua induknya turut memiliki sijil.Kalau  cuma salah satu daripada mak atau bapak saja yang ada sijil, anaknya tidak boleh didaftarkan.Sama juga kalau kedua makbapaknya memiliki sijil, tapi kita malas mendaftar anak kucing ini, maka tidak akan ada sebarang rekod dalam TICA atau CFA yang mengesahkan ia adalah kucing parsi yang tulen.
contoh sijil dari CFA
Tanpa sijil pengesahan baka, kucing itu turun darjat menjadi Domestic Long Hair walaupun fizikalnya 100 peratus menepati ciri ciri seekor kucing parsi.Ini kerana, tanpa salasilah yang jelas, keasliannya boleh diragui.Ianya mungkin adalah kucing yang dikacukan dengan kucing tempatan.

Pada aku pulak, sijil ataupun tanpa sijil, kucing parsi ini patut dikelaskan menurut bentuk fizikalnya.Walapun tanpa sijil, sekiranya bentuk fizikalnya adalah kucing parsi, ia tetap kucing parsi.Ini kerana, kebanyakkan kucing DLH adalah kucing parsi yang telah kehilangan sijil.Ada juga pemilik kucing yang malas mendaftarkan anak anak kucing parsi dan menyebabkan anak kucing itu kehilangan statusnya sebagai kucing parsi walaupun ibubapanya diiktiraf sebagai kucing parsi yang tulen.
tanpa sijil, Cotton tetap kucing parsi pada aku
Kucing parsi ini bukanlah kucing tempatan.Ianya pendatang dari luar negara.Sijil ini ibarat pasportnya.Manakala DLH pula umpama PATI (Pendatang Tanpa Izin) atau pelancong yang kehilangan pasport.Tanpa pasport mereka tetap orang asing.Bezanya, kucing DLH tidak menjadi buruan imegresen.Hahahaha.

Bersijil ataupun tidak, pada aku, ia tetap kucing parsi.Bagi peminat kucing parsi macam aku, apa yang penting adalah bentuk fizikal dan tingkah lakunya yang comel.Kalau ada sijil pun, aku simpan dalam almari je.

14 ulasan:

Mama Adam berkata...

cotton ke boboi?

kucenmaster berkata...

cotton n boboi tu makhluk yg sama.heheee

Mama Adam berkata...

Ye la... Nama dia kan dh tukar jadi boboi ;p

Nadia Elena berkata...

comel sangattttt....

haz berkata...

ish3.. kucing pun kena ada sijil lahiir mcm mnusia gak.. kalau tak bukan kucing yg sah la kiranya tu kan. kekeke

kucen master berkata...

kalau x de pengesahan, takut org ingat anak anjing mcm kat pyongyang tu

haz berkata...

kesian btol nasib kucing tu.. haha xD

n disebabkan kucing2 dalam blog ni comel sgt, haz follow sni. hee ^^

kucen master berkata...

tq Haz.Kucen pon folo jugak.meow

haz berkata...

seram plak dengar meow tu. hahaha

kucen master berkata...

hahahaha

lieya nasir berkata...

comeiii la..... putih lak tu.... :)

kucen master berkata...

kucing putih mmang cun.skrg ni tgh cari female pulak utk jdi bini cotton.biar anak ank dia nnti semua putih

Suri d'Laman berkata...

exotic nih.. kiut cotton..

Unknown berkata...

So maknanya DLH ngan parsi ni sama spises la cuma beza dye parsi ade ic n DLH xde ic??

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes