e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Puasa 2012 | KucenMaster

Jumaat, 6 Julai 2012

Puasa 2012

Kucing pun tengok anak bulan tau
Woaaaa.....Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Ramadhan dah.Tarikh melihat anak bulan pun dah ditetapkan pada 19 Julai 2012.Korang dah ganti ke belum puasa tahun lepas dan tahun tahun sebelumnya.Hehehehe.

Masuknya bulan Ramadhan bermakna banyak rutin yang mula berubah.Tempat tempat shopping dari Uptown ke Sogo akan penuh sesak.Kedai kedai peralatan buat kuih raya pun mula tak menang tangan.Kedai menjahit pakaian pun dah tak terima tempahan.Peniaga peniaga pasar malam mula beralih ke bazar Ramadhan.Surau dan masjid yang sepi sepanjang tahun mula tak cukup ruang untuk sembahyang terawih.Paling gembira, anak anak yatim.Ramai orang sibuk nak meraikan anak yatim di bulan Ramadhan.Buat jamuan, bagi duit.Lepas raya, senyap lagi.Pendek kata, walaupun singkat, ramai yang dapat rahmat di bulan Ramadhan.


Bagi aku pula, bulan puasa ni langsung tak masyuk.Sebab aku cuma meniaga ka kantin sekolah je.Bulan puasa, kantin tutup.Wuwuwuwuuu.Sedih woooo.


Tapi bulan puasa ni panjang la langkah aku walaupun tak berduit.Time tu lah aku sibuk nak menziarah member member yang jarang aku jenguk.Time raya pun belum tentu ada masa.


Kucing kucing kat rumah pun akan lebih terurus.Biasanya sibuk 48 jam.Keraplah budak budak ni mandi nanti.Anak anak Puteri yang tinggal 2 ekor pun dah bukak mata.Puasa ni rasanya dah start berlari.Aku pulak, banyak masa untuk menikmati masa bersama makhluk makhluk berbulu ni.Seronoknyeeeee.

3 ulasan:

Mama Adam berkata...

apa projek puasa nanti?

kucenmaster berkata...

masih tatau lg laaaa.Adam buat apa nnti

Mama Adam berkata...

Siannya.

Xde pape juga. Mcm biasa shj

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes