Thursday, 26 July 2012

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55


Tema Hari Kemerdekaan Malaysia kali ini ialah 'Janji Ditepati'.Macam biasa dengar je kan?Dah berbulan kerajaan gunakan ayat ni untuk program Jelajah Janji Ditepati.


Disebabkan 'Janji Ditepati' menjadi platform utama YAB Perdana Menteri dalam jelajah keseluruh negara untuk melaungkan tranformasinya, perkataan 'Janji Ditepati' dikatakan berbaur politik yang hanya sesuai untuk program Barisan Nasional, bukan untuk seluruh rakyat Malaysia termasuk dari pihak pembangkang.

Bab ni aku setuju walaupun aku bukan penyokong parti pembangkang.Sambutan Hari Kemerdekaan perlu disambut dengan semangat patriotik bukan semangat politik.Sepatutnya slogan yang dilaungkan mesti bersifat kebangsaan yang boleh dihayati oleh seluruh rakyat tanpa mengira pegangan politik mereka.Kita mahukan sambutan Hari Kemerdekaan ini menjadi platform untuk menyatupadukan rakyat dalam sama sama mengenang kembali payah jerih nenek moyang kita mencapainya dulu.

Tapi bila slogan pun dah berpihak kepada kerajaan, pihak pembangkang dan penyokongnya pasti berasa resah.Mereka mungkin bertindak memulaukan sambutan kemerdekaan kali ini.Bayangkan sambutan dipulaukan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan.Kan tak meriah tu.

Selepas banyak bantahan diterima, akhirnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersuara.Tapi pada aku, suaranya sekadar menegakkan benang yang basah je.Cuba tengok berita dari Sinar Harian ni.
PULAU INDAH - Pemilihan tema Hari Kebangsaan merupakan hak kerajaan memerintah berdasarkan keperluan semasa tanpa sikap prejudis kepada mana-mana pihak.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, tema 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati yang dipilih untuk sambutan Hari Kebangsaan bulan depan perlu dilihat dalam konteks makna janji itu sendiri.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, menepati janji adalah satu nilai universal yang tidak terbatas kepada agama atau kepercayaan tertentu.
"Menepati janji adalah satu nilai universal yang amat murni dan apabila kita sebut janji ditepati, ia memberi satu motivasi kepada rakyat untuk menepati apa saja janji yang diikrarkan.
"Sebagai satu nilai universal, apa yang diputuskan itu mencakupi semua aspek kehidupan, kecuali ia disempitkan dengan mencari makna daripada sudut politik," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di atas Kapal Maritim (KM) Marlin di sini, hari ini.
Beberapa pemimpin pembangkang dilapor mempertikai pemilihan slogan itu yang didakwa tidak bersifat kebangsaan dan berbaur politik.
Ahmad berkata, pembangkang harus membesarkan skop pemikiran mereka daripada hanya melihat isu daripada segi politik, kerana ungkapan janji ditepati membawa maksud lebih besar.
"Kalau disebut 55 tahun Barisan Nasional tepati janji, barulah boleh dituduh berbaur politik secara terus," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, keupayaan sistem penguatkuasaan maritim dan hubungan kerjasama baik dengan negara serantau menunjukkan hasil positif dalam mewujudkan rantau yang aman dan selamat.
"Keadaan perairan negara yang selamat boleh menjurus kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi maritim yang turut menyumbang kepada pendapatan negara," katanya.
Beliau berkata, statistik menunjukkan 69 bot nelayan asing dikesan memasuki perairan negara tahun lepas berbanding 103 tahun sebelumnya.
Selain itu, APMM berjaya menyelamatkan 238 nyawa dalam enam bulan pertama tahun ini, 30 daripadanya melibatkan nelayan tempatan.

2 ulasan:

Anonymous said...

fine janji ditepati tidak berbaur politi..tp apa kaitan ngan merdeka???

kucen master said...

tak berbaur politik?nak tipu budak kecik boleh la....
kaitan ngan merdeka tu langsung xde kena mengena...
tu la silapnya org yg tetapkan tema kali ini.sambutan hari kemerdekaan ni untuk semua.jadi slogan tu patut yang boleh diterima semua org.nak berkempen untuk parti buat la kat program parti

Post a Comment

Oh Belog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes