e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Berbuka di Ramal Food Junction | KucenMaster

Ahad, 12 Ogos 2012

Berbuka di Ramal Food Junction


Sepanjang bulan Ramadhan ni aku manjang berbuka kat rumah je.Batu 3 kali je berbuka kat luar.Salah satunya, kat Ramal Food Junction ni.


Adalah seorang hamba Allah ni promote kat aku pasal tempat ni.Dia cakap sate kat sini ada macam macam.Bukan setakat ayam dan daging je.Aku pun terbayang sate perut, rusa, arnab dan macam macam sate eksotik.Cehh...eksotik la sangat kan.

Sampai kat sana, aku terus terjah gerai sate.Tapi cuma ada sate ayam dan daging je.Alahai.....Penat je datang jauh jauh.Kansel makan sate!

Alang alang dah sampai sini, tengok jelah apa yang ada kat sini.Tempat ni sebenarnya boleh tahan jugalah.Macam macam ada.Cuma ada 4 buah gerai yang sedang bercuti.Kalau semua buka mesti meriah.



Walaupun ada gerai gerai yang tak buka, nak pilih menu dari gerai gerai yang beroperasi ni pun pening.Ada masakan panas, nasi kukus ayam berempah, nasi lemak, ikan bakar, western food, sate, murtabak, burger bakar, mee udang dan banyak lagi.

Setelah puas membelek dan menilik, akhirnya aku cuma pilih nasi kukus ayam berempah je.Si awek pula oder chicken chop.Dan tak lupa air jagung bersaiz jumbo untuk dikongsi.


Besar sangat.Kitorang kena bergotong royong menghabiskan air jagung ni
Tempat ni rasanya biasa biasa je.Layanan pun oklah walaupun air agak lambat tapi aku faham pelanggan tengah ramai.Apapun aku rasa macam nak datang lagi untuk rasa Burger Bakar Abang Burn pulak.

6 ulasan:

izzati husna berkata...

hahaha kalau una, bagi segelas mcm tu habis punya .. una kuat minum air hehe

kucen master berkata...

kalu x makan pape sy pun mcm una....
tapi lepas abeskan sepinggan nasi kukus, x mampu la nak abeskan segelas besar cmtu

Mama Adam berkata...

Kucen, sedapnya makan....

kucen master berkata...

hahaha.bestu dah x pandai masak sendiri...bila mama adam nk buat majlis buka puasa?

Nur Atiqah Mohd Zaki berkata...

nie tempat eyqa dulu2 selalu fly..
dkt3 situ ader skolah asrama kan..
hehehe... ;)

kucen master berkata...

atiqah ni budak jahat la time sekola dulu ea...
saya ni kira baik sikit la.heheee

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes