e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Memancing di Tok Bali | KucenMaster

Jumaat, 24 Ogos 2012

Memancing di Tok Bali


Dulu zaman sekolah, salah satu hobi aku ialah memancing.Time tu aku selalu pergi masuk dalam hutan kat Templer Park.Jauh dalam hutan, ada satu paya yang jarang orang masuk
.Tempatnya belakang Kem Pengakap Selangor(sekarang kem PLKN).Setiap kali masuk situ, paling kurang pun 15 ekor haruan aku bawa balik.Lagi satu port aku, kat lombong belakang Shell Perangsang Golf Templer.Kat situ banyak ikan ketutu.Tapi paling banyak aku dapat pun 4 ekor je sekali pergi.Kira ok lah tu kan.Pancing pun guna joran buluh je.Tapi sekarang tempat tu dah jadi kawasan perumahan.

Masa berlalu, aku sambung belajar kat UPM-MTDC.Masa memancing dah kurang.Kalau ada masa pun nak pergi memancing jauh.Baik aku pergi main snooker atau bowling je.Nak memancing kat kolam kolam UPM tak dibenarkan.Sepanjang 3 tahun aku kat situ, 3 kali je aku dapat memancing kat kolam dalam UPM.Itu pun pasal ngam dengan pak guard.Heheee.Tapi puas hati.Ikan semua besar besar.

Habis belajar, masuk ke alam pekerjaan, barulah aku dunia memancing aku jadi luas.Tapi takdelah kerap sangat sebab tak ada masa.Bila ada masa pulak, tak ada geng.Dalam setahun pun adalah 5 kali je.Paling jauh kat Pulau Langkawi.Tu pun sekali je.

Tempat yang paling kerap ialah Sungai Pahang.Tempat ni paling best aku rasa.Banyak ikan kerai dan udang galah.Jarang tak dapat ikan atau udang galah.Bezanya, banyak atau sikit, besar atau kecil.
Sg Pahang (gamba Google)
Kali terakhir aku memancing sebelum bulan puasa baru ni ialah pada tahun 2008.Aku rasa tulah trip yang paling berjaya dalam hidup aku.Menyusuri Sungai Paka dengan bot dari Kg. Durian Mentangau, Terengganu dengan 2 orang kawan untuk memburu udang galah.Hasilnya memang superb!!Walaupun cuma 3 ekor udang bersaiz gred A, tapi campur dengan udang gred B, semuanya 16 kg woooo.Memang puas hati.

Setelah lama tak pegang pancing, sampai pancing pun dah bersawang, tahun ni barulah aku start menceburkan diri semula.trip pertama awal tahun ni tak membuahkan hasil.Cuma dapat anak tapah dan ikan spesis apa ntah.Dua dua kecil sangat.Tak sampai hati nak goreng.

Bulan puasa baru ni banyak masa terluang.2 - 3 kali jugaklah aku memancing ikan sepat kat area Cheras ni.Lokasi?-Jangan tanyalah.Tilik sendiri gambar kat bawah ni.Bukan best sangat pun tempat ni.Setakat untuk warm up sebelum terjah ke Tok Bali je.

Balik ke kampung sebelah mak di Bachok, Kelantan, barulah permainan sebenar bermula.Heheee.Punyalah semangat.Pukul 5 petang, hari Khamis 16 Ogos 2012, aku dah ke pasar beli udang untuk dijadikan umpan.Lebih kurang pukul 10 malam, aku sampai ke lokasi.Ikan kat situ pun macam dah rindu aku.Tak sampai 1 minit aku campak mata kail, dah dapat hasil.Wahhh.Makin bersemangatlah aku.Walaupun kecil, tapi oklah tu.Hasil pertama.Harap harap pastu banyaklah ikan besar menyusul.

Lepas tangkapan pertama, aku tak menang tangan.Banyak betul sentapan.Tapi hampeh.Satu pun tak lekat.Sudahnya, inilah satu satunya tangkapan aku malam tu.Dan lebih malang lagi, lagi dua trip lepas tu, satu sentapan pun dah tak ada.Argghhhhhhh!!!!!!!BENCI!BENCI!!BENCI!!!

1 ulasan:

Mama Adam berkata...

Hahahaha.... Ingat x mancing kt janda baik? Hihihi.... Brhati2 mancing bro!

Dengar2 bbq sakan aritu. Hasil mancing?

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes