e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Review Step Up Revolution | KucenMaster

Isnin, 6 Ogos 2012

Review Step Up Revolution


Step Up Revolution memang dah lama aku nantikan.Siang tadi barulah aku berpeluang tengok.Macam yang aku harapkan, filem ni tak kurang hebatnya berbanding filem filem Step Up sebelum ni.

koleksi filem Step Up
Berbeza dengan filem filem Step Up yang lepas, dalam Step Up Revolution, krew dibentuk bukan untuk pertandingan menari.Tapi kali ni untuk memenangi pertandingan di YouTube yang menawarkan hadiah USD100, 000 untuk sesiapa yang mencapai sasaran 10 juta pengujung yang melihat video mereka.

Tampil dengan idea yang sangat extraodinary, Sean mengetuai krewnya yang dinamakan The MOB.Strategi yang di luar jangkaan, The MOB akan muncul di mana mana lokasi yang tak dijangka, menari dan menghilangkan diri setelah tarian selesai.Bukan itu sahaja, setiap tarian MOB meninggalkan tanda yang dibentuk dengan kreatif sama ada menggunakan grafitity, cahaya lampu , arca atau apa saja.
muncul kat tempat tempat pelik
Start je movie, terus pergi ke scene krew The MOB beramai ramai menari atas kereta kat jalan raya.Gabungan pelbagai gaya tarian, music dan grafiti membentuk suatu seni yang sangat mengujakan sesiapa yang melihatnya.Tak sempat bosan punyalah!
superb!!
Kemunculan Emily Anderson, anak gadis kepada seorang bisnesman yang tiba di Miami untuk menjadi penari profesional.Biasalah heroin mesti akan jatuh hati dengan hero kan?Samalah dengan cerita ni.Minat menari menyatukan dua watak ini.
bermula bibit cinta...
Tapi cita cita bapa Emily untuk membangunkan hotel besar yang bakal melenyapkan tempat tinggal Sean menimbulkan konflik.Terancam dengan rancangan Anderson, Emily dan The MOB bangkit melawan.Diorang menggunakan tarian untuk menyatakan protes.Cara unik ini berjaya menarik perhatian ramai pihak.
jangan ambil padang kami!!

Part yang paling best ialah klimaks cerita ni.Punyalah ramai penari yang terlibat termasuk pelakon pelakon filem filem Step Up yang lepas.Walaupun sekejap, tapi sangat menghiburkan.
kemculan pelakon Step Up 3D
Bagi aku, menonton sekali je memang tak cukup.Aku akan kembali lagi ke pangung wayang untuk tengok sekali lagi.

Emily, tunggu aku!!
Hahahaha

2 ulasan:

Mama Adam berkata...

Nk ikut! Hahaha!

kucen master berkata...

ok jugak.mama adam blanje.hahaha

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes