Monday, 13 August 2012

Tanaman rumput secara hidroponik


Dulu aku pernah berjinak jinak membela lembu secara feedlot.Harga lembu hidup masa tu antara RM6.50 ke RM7.00 sekilo.Rancangan aku cukup mudah.Beli lembu yang kurus, masukkan dalam kandang, bagi makan banyak banyak sehingga gemuk dan jual.Aku beli lembu baka brahman cross yang beratnya lebih kurang 200 kilo.Gemukkan sehingga beratnya mencecah ke 250 kilo dan ke atas lepas tu jual.Aku akan dapat untung 50 kilo darab RM7.00.Selepas ditolak dengan kos rumput, dan pekerja, aku masih boleh buat untung besar.


Atas kertas, kerja ni macam senang.Dengan kandang yang cukup menampung 50 ekor lembu satu masa, aku boleh mengaut untung berpuluh ribu setahun.Tambah pula time Raya Haji, permintaan dan harga akan meningkat.Tapi itu dalam kertas kerja jelah.Hakikatnya tak ada kerja yang senang.

Kos menggemukkan lembu secara fidlot bukanlah kecil.Seekor lembu perlukan makanan sehingga 20 kilo rumput dan 5 kilo pelet sehari bergantung pada saiz badannya.Bayangkan kalau ada 50 ekor lembu.Mana nak cari rumput 1 tan sehari.Rumput napier dan rumput jarum (brachiara humidicola) yang aku tanam tak mencukupi.Keadaan lebih teruk di musim hujan sebab rumput lambat tumbuh semula.Biasanya, pada musim tengkujuh aku terpaksa membeli rumput dari Pasir Puteh, Kelantan dengan harga RM150 setan.Kalau nak bagi pelet seratus peratus, lembu memerlukan sekurang kurangnya 15kg sehari.Kos makanan meningkat menjadi RM6 seekor/sehari.Sedangkan purata kadar kenaikkan berat badan seekor lembu brahman cross hanya 1kg sehari.Dengan harga pasaran lembu hidup sekitar RM7 sekilo, penternak macam aku cuma dapat seringgit.Cukup ke nak bayar gaji pekerja, ubat ubatan dan lain lain?Syarikat kerajaan yang modal juta juta macam National Feedlot Corporation pun tumbang.Tak pasal pasal menteri letak jawatan.Heheeeee.

napier taiwan
brachiara humidicola

Tapi sekarang dah ada teknologi baru untuk menanam dan menuai rumput lebih banyak dengan ruang yang kecil.Cuba baca artikel dari Utusan ni.


DALAM industri ternakan, beban utama pengusaha dalam kos operasi selain gaji pekerja ialah sumber makanan. Kos makanan seringkali menjadi rungutan kepada mereka.
Masakan tidak, peningkatan harga makanan ternakan saban tahun menjadi satu beban dan kadangkala penternak terpaksa gulung tikar kerana masalah tersebut.
Sebab itu, selain masalah kekurangan baka bermutu yang cuba ditangani menerusi kacukan dan juga masalah penyakit, ramai penyelidik mencari jalan bagaimana menghasilkan makanan alternatif menerusi kajian mereka.
Satu daripada usaha tersebut ialah menanam rumput yang dikenali sebagai rumput barli atau sprout barli.
Rumput barli merupakan sumber makanan ternakan terkini yang dihasilkan melalui kaedah fodder solution (FS) iaitu teknik penanaman secara hidroponik dalam sistem yang terkawal dari segi suhu, air, pencahayaan dan boleh dikeluarkan sepanjang tahun.
Selain mempunyai kadar protein dan tenaga yang tinggi, ia juga mempunyai kandungan vitamin, garam galian dan enzim untuk ternakan ruminan seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain.
Dengan isu kenaikan harga bahan makanan ternakan dan tenaga buruh yang semakin dirasai ketika ini, kaedah FS amat relevan kerana mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Ini kerana ia berkemampuan menghasilkan rumput dengan kos lebih murah selain lebih selamat dan bersih kerana penanamannya tanpa baja, racun serangga dan bebas habuk.
Malah, dengan ruang yang kecil iaitu sebesar sebuah kontena, penternak sudah boleh menghasilkan rumput tersebut dalam tempoh enam hari sahaja bagi kegunaan sepanjang tahun tanpa masalah kualiti tanah, penyakit, isu keluasan tanah, cuaca atau banjir.
Di negara ini, kaedah FS masih baru apabila ia diketengahkan oleh syarikat MTG Agritrade. Kini penggunaannya dipelopori oleh syarikat ternakan, Kandang Fidlot Cahaya (KFC) yang dimiliki oleh Koperasi Alumni Bestari UM (M) Berhad.
Pengurus projek itu, Yuhanif Mohd. Salleh berkata, ladang ternakan kambing dan lembu yang terletak di Pekan Tunjang, Jitra, Kedah dengan keluasan dua hektar telah menggunakan FS sejak tiga bulan lepas.
Sejak ternakannya diberikan makanan barli yang dihasilkan FS, katanya, berat haiwan-haiwan itu menunjukkan peningkatan menakjubkan.
''Misalnya seekor lembu dapat ditambah berat sekitar 1.3 hingga 1.5 kilogram sehari manakala seekor kambing naik 200 gram sehari," katanya sambil menambah ketika ini ladangnya mempunyai 207 ekor kambing pelbagai jenis dan 15 ekor lembu.
Sementara itu, ahli lembaga koperasi itu, Datuk Akmar Hisham Mokhlesberkata, FS adalah satu resolusi dan inovasi yang cukup penting untuk mengatasi krisis harga makanan ternakan.
Ini kerana ia tidak memerlukan tanah yang luas untuk menanam rumput, mudah diuruskan dan kos juga jauh lebih murah berbanding membeli makanan ternakan seperti dedak dan rumput napier.
"Di sini tidak perlu pakai rumput napier atau dedak. FS terbukti boleh menjimatkan kos makanan ternakan sebanyak 30 peratus tetapi mempunyai nutrisi yang tinggi untuk ternakan," jelasnya.
Bagi seorang lagi ahli lembaga koperasi itu, Nordin Mat, kaedah FS dapat mengurangkan pergantungan kepada jumlah pekerja yang ramai, lebih organik dan mengurangkan kos ubat-ubatan untuk ternakan kerana haiwan-haiwan diberi makanan berkualiti dan sihat.
"Disebabkan teknologi ini masih baru di negara ini maka Koperasi Alumni Bestari kami turut menyediakan pakej memulakan ladang ternakan untuk memperkenalkan penggunaan teknologi FS kepada penternak," katanya.
Menurut beliau, syarikatnya bukan sahaja menternak lembu dan kambing tetapi juga menjual ternakan tersebut untuk tujuan akikah dan korban.
Justeru, beliau berkata, orang ramai yang berminat untuk menggunakan kaedah yang sama dipakai oleh Kandang Fidlot Cahaya boleh menghubunginya di 012-3791239 atau Yuhanif di 0192784074 untuk maklumat lanjut.
Dalam pada itu kajian menunjukkan ternakan ruminan seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain merupakan penyumbang kepada lebih 18 peratus pengeluaran gas CH4 (metana) di dunia melalui proses ruminasi.
Dengan rumput barli, proses penghadaman menjadi lebih cepat dan ia dapat mengurangkan pengeluaran gas tersebut untuk menjadikan dunia lebih selamat untuk didiami.
 Hebat betul teknologi ni.Kalau aku reti guna cara ni dulu, mesti aku dah jadi jutawan.Sekarang ni aku hanya penternak kucing bukan lagi penternak lembu.....

p/s semua gambar dalam entri kali ni disedut dari google

8 ulasan:

tirahzairi said...

bela lembu ke?

kucen master said...

dulu la.skrg dh blik kl cuma bole bela kucen je

Mama Adam said...

Hahhahaha... Atas paper semuanya mudah bro!

kucen master said...

tu la pasal.rumput hidroponik ni pun belum tentu ok sebenarnye.tkut tak produktif jugak

brahman cattle said...

cer cite sikit pengalaman menternak lembu

brahman cattle said...

cer cite sikit pengalaman menternak lembu

Tommy Hew said...

cara pakai kaedah hydroponik tu pakai biji benih barley katanya. setiap kali dah harvest kene semai balik benih itu. kalo napier dah harvest boleh tumbuh kembali, FS pula kene semai kembali. sejauh mana FS boleh membuktikan FS boleh untung. harga benih barley murah? atau pakai benih padi ker? benih padi ada subsidi kerajaan...

kucen master said...

Persoalan yang bagus dari tommy hew.seingat aku, masa aku meniaga lembu dulu harga benih purple guinea pun harga beratus sekilo.agak agak harga benih barley ni berapa?aku tak rasa ada subsidi utk benih rumput ternakan.subsidi utk baja rumput ternakan pon susah nak apply

Post a Comment

Oh Belog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes