e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

The Possession - filem seram mesti tonton | KucenMaster

Ahad, 26 Ogos 2012

The Possession - filem seram mesti tonton


Bagi peminat cerita seram, filem The Possession ni mesti filem yang ditunggu tunggu untuk tahun ni.Betul tak?Walaupun kebanyakkan cerita seram ni cuma banyak elemen kejutan yang mendera jantung tapi sebenarnya taklah seram sangat tapi korang tetap tak serik
serik.Nak juga tengok cerita macam ni kan?Samalah macam aku.Heheeee.

Aku rasa dah lama aku tak tengok cerita yang betul betul menakutkan.Hampir semua filem horror ni terlalu bergantung pada kesan bunyi untuk mengejutkan penonton.Padahal hantu atau jalan ceritanya tak lah seram sangat.Kalau cerita melayu, kekurangan ini ditampung dengan lawak lawak yang menyebabkan cerita tu langsung tak seram.Harap harap The Possession ni mampu buat aku risau nak masuk tempat gelap untuk beberapa hari.Hahahaha.

Kononnya The posession ni berdasarkan cerita sebenar.Mengisahkan Em anak bongsu pasangan Clyde (Jeffrey Dean Morgan) dan Stephanie Brenek (Kyra Sedgwick) yang yang menjadi taksub dengan sebuah kotak kayu yang dibeli di jualan lelong.Sejak memiliki kotak tu, Em berubah sikap.Sikapnya yang pelik menimbulkan ketakutan pada ahli keluarganya.Rupa rupanya kotak itu dibuat khas untuk mengurung Dibbuk, sejenis puaka yang ganas dan mengerikan.





Apa akan jadi kat Em?Sama samalah kita tengok nanti.

P/S;-Pada pengumpul barangan antik, ambillah iktibar ea.Sejak berkurun ramai tok bomoh buang tembikar, botol dan macam macam lagi ke dalam sungai.Benda benda tu mungkin kita kutip sebagai artifak.Tapi mungkin artifak tu boleh menghuru harakan hidup kita.Benda yang keluar tu mungkin tak baik hati macam jin Alladin.Wohohoho.


4 ulasan:

haz berkata...

tak tgk lg cite ni.. nanti nk tgkla. hihi

Mama Adam berkata...

Betul jugak.... Ini kita suka kumpul itu dan ini. Entah-entah? Nauzubillah!

kucen master berkata...

tu la pasal.len kali kalau jumpa barang2 antik bagi sini taw

kucen master berkata...

tadi tgk citer ni....
Emmmm... memang seram giler

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes