e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Ketua Pemuda UMNO Kepong Parah Ditikam | KucenMaster

Isnin, 24 September 2012

Ketua Pemuda UMNO Kepong Parah Ditikam


Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali parah ditikam dalam insiden awal pagi tadi di depan rumahnya.


Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, kejadian ni berlaku kira kira pukul 3 pagi ketika Datuk Norizan pulang ke rumah setelah selesai menonton perlawanan bolak sepak antara Arsenal dan Manchester City di sebuah kedai mamak di Taman Dagang, Ampang.


“Beliau meletakkan kenderaan kira-kira 20 meter dari rumah dua tingkatnya apabila beliau dihampiri oleh dua lelaki yang dipercayai warga Indonesia.
“Kami percaya mangsa diminta untuk menyerahkan semua barang peribadinya tetapi bertindak untuk bergelut dengan penyerang berkenaan. Beliau mengalami kecederaan apabila ditikam di perut dan kedua-dua tangan,” katanya.
Kemungkinan berpunca daripada pergelutan dan jeritan yang dibuat oleh Norizan, penyerang tersebut melarikan diri dengan tangan kosong apabila telefon bimbit dan cincin miliknya dijumpai di atas tanah.
Luka akibat tikaman itu menyebabkan usus kecil terjujur keluar tetapi dalam kesakitan itu, Norizan merangkak-rangkak ke rumahnya dan mengetuk pintu hadapan dan menjerit untuk pertolongan.
Difahamkan bahawa doktor menyifatkan Norizan begitu bertuah kerana tikaman itu tidak merosak mana-mana organ penting beliau.
Norizan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang dan telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil.
Tun Hisan berkata, polis sedang menyiasat kes tersebut dari semua sudut termasuk kemungkinan insiden berkenaan bermotifkan dendam.
“Keluarga Norizan memberitahu saya bahawa tingkap dua kereta Norizan telah dipecahkan dalam dua kejadian berasingan sejak beberapa bulan lepas tetapi tiada kecurian berlaku. Kami akan melihat butiran ini sama ada ia mempunyai kaitan dengan insiden ini,” katanya.
Polis mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan semasa rompakan tetapi mungkin diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh sekiranya mereka menemui petunjuk baru.
Anak perempuan sulung beliau daripada tiga beradik, Amalina Norizan, 19, berkata, beliau dikejutkan dengan jeritan bapanya.
“Apabila saya meluru keluar, saya melihat bapa saya di luar rumah di atas tanah berlumuran dengan darah dan berada dalam keadaan antara sedar dan tidak sedar.
“Saya menjerit meminta tolong dan jiran menelefon polis dan ambulans,” katanya.
Jiran, Abdul Wahab Karim, 52, ahli perniagaan, berkata dia mendengar bunyi bising dan dan bunyi sebuah motosikal selepas terdengar Norizan menjerit meminta tolong.
Isteri beliau, Datin Roslinda Kamaruddin dalam lingkuangan 30an dalam keadaan sedih sewaktu ditemui di rumah mereka dan berharap suaminya akan sembuh sepenuh dan meminta semua parti untuk menghormati privasi mereka dalam keadaan sukar itu.
Sementara itu, pemandu Norizan, Al-Najib Abu Bakar, 30an, berkata majikannya telah memberitahunya pada Ahad bahawa sejak beberapa malam setiap kali Norizan pulang ke rumah kira-kira antara pukul 2 dan 3 pagi, beliau mendapati sekurang-kurangnya tiga lelaki yang mencurigakan di jalan rumahnya.
“Mungkin lelaki-lelaki ini bertanggungjawab dalam serangan ke atas Norizan. Lelaki yang dicurigai ini mungkin telah memerhatikan pergerakan beliau sejak beberapa hari,” katanya.
Hmmmm.....sekarang ni kat mana mana pun rasa tak selamat.Terlalu banyak kes samun yang yang melibatkan penjenayah ganas.Ambillah seberapa banyak langkah pencegahan untuk elakkan diri kita menjadi mangsa seterusnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes