e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Mandulkan kucing - kejam ke? | KucenMaster

Ahad, 23 September 2012

Mandulkan kucing - kejam ke?


Kucing pun makhluk tuhan.Ada hak untuk hidup dan membiak di dunia ni.Kenapa nak mandulkannya?Kenapa nak sekat pembiakannya?Tak kesian ke kat binatang tu?Berdosa aniaya kucing macam tu.Cuba bayangkan kalau korang jadi kucing tu.Ada beribu alasan yang boleh kita bagi untuk tidak memandulkan kucing.


Sebab banyak alasan macam nilah wujud banyak sangat kucing terbiar kat dunia ni.Kebanyakkan kita suka memelihara kucing tapi hanya mampu membela beberapa ekor kucing sahaja.Apa akan jadi jika kucing kesayangan kita beranak?Salah satu cara mengatasinya ialah memberi atau menjual pada orang lain.Tu kalau ada orang nak.Kalau tak ada orang nak, apa nasib anak kucing tu?
Bayangkanlah.....
Ramai yang bertindak zalim dengan membuang anak anak kucing itu.Lokasi pilihan biasanya adalah pasar dan premis makanan.Alasannya, kat situ ada banyak makanan.Senang je cara diorang berfikir.Selesai masalah diorang tapi bermulalah masalah manusia dan kucing di kawasan tu.
Kucing kat restoran
Bagi pemilik premis makanan, kewujudan kucing kucing  ni satu adalah malapetaka.Bukan semua orang sukakan kucing.Ada pelanggan yang tak sanggup masuk ke restoran semata mata terdapat banyak kucing yang berkeliaran.Ada yang sampai memanjat meja meminta makanan daripada pelanggan.Keadaan ni memang merimaskan.Nak tak nak, pelanggan tu akan menyepak kucing tu untuk menghalau ataupun mencampak tulang ikan ke lantai untuk dimakan kucing tu.Ini menyebabkan lantai kotor.Selain tu, tak semua kucing yang dibuang tu diajar menggunakan pasir.Kalau dah diajar pun, mungkin tak ada pasir disitu.Ini menyebabkan kucing tu membuang najis di merata tempat.Satu lagi yang ramai orang tak tahu ialah kewujudan kucing di premis makanan  menyebabkan markah kebersihan dipotong oleh inspektor kesihatan.Kalau markah kurang daripada 50% untuk restoran atau 60% untuk kantin sekolah, premis makanan tu akan disita.Kalau tak tutup pun, tak kan dapat gred A punyalah.Padahal ini semua salah orang yang buang kucing tu.
Terdedah kepada penyakit

Bagi kucing pula, perubahan daripada kucing rumah menjadi kucing terbiar amat memeritkan.Kucing ini akan kehilangan kasih sayang, tempat tinggal dan makanan yang berkhasiat.Bayangkan, kucing kucing ni terpaksa menyesuaikan diri dalam sekelip mata.Belaian kasih sayang daripada tuannya diganti dengan sepak terajang daripada orang yang bencikan kucing.Tempat tinggal yang selamat diganti dengan tempat tinggal yang kotor dan penuh ancaman daripada kucing lain dan anjing.Makanan yang baik dan berkhasiat juga diganti dengan sisa makanan manusia yang mungkin tak sesuai untuk kucing.Sesetengah bahan yang digunakan untuk memasak seperti bawang amat tidak baik untuk kucing.

Dalam keadaan yang terdesak, kucing kucing terpaksa berjuang untuk terus hidup.Kesukaran mendapatkan makanan menyebabkannya menyelongkar tong sampah untuk mengisi perut.Ada yang mengemis simpati dari manusia.Menggeselkan badan ke kaki, memanjat kerusi dan meja untuk meminta sisa makanan.Andainya orang yang dimintanya itu tak berhati perut, terpaksalah kucing ni makan penyepak sahaja.Setelah tiada apa yang boleh dimakan, terpaksalah haiwan tak berakal ni melakukan apa sahaja termasuk mencuri sepertimana yang dilakukan oleh Hero.Mujur ada orang berhati mulia seperti Kakimotong menyelamatkannya.Dapatlah Hero terus hidup di muka dunia ni.Nasib kucing lain macamana?

Bagi kucing yang berjaya mendapat makanan pun nasib buruk mereka belum berakhir.Dalam persaingan merebut tempat tinggal, pasangan mengawan dan lain lain, yang lemah akan kalah.Yang kalah perlu berundur ke tempat lain.Tiada tempat lain, kucing tu perlu berkeliaran dan berlari bila dihambat.Setiap kali dihambat atau dipukul oleh manusia ataupun kucing lain, dia akan berlari tanpa berfikir tentang bahaya lain.Dalam pelariannya, musibah seperti dibaham anjing atau dilanggar kereta adalah perkara lumrah.Bangkainya bersepah dijalanraya.Jangan kata korang tak pernah nampak.
Ibu kucing mati dilanggar, anak kucing masih menyusu
Tu belum cerita yang jadi mangsa orang gila yang suka mendera haiwan.Dah bersepah video terhadap kekejaman haiwan ni kat Youtube.Ada juga yang mati menjadi santapan orang Myanmar.
Gambar dari www.kucing2terbiar.blogspot.com
Dalam konflik antara manusia dengan kucing terbiar, kedua dua pihak akan mendapat susah.Tapi kucing akan lebih teraniaya.Untuk mengawal populasi kucing kucing ni, unit kawalan vektor pihak berkuasa tempatan seperti DBKL akan menangkap kucing kucing ini untuk diberi suntikan maut dan dilupuskan.Kaedah ini mendapat banyak kritikan daripada orang ramai.Kononnya kejam.Tapi apa lagi pilihan yang ada?Kucing terbiar terlalu banyak.Walaupun dah banyak dibunuh PBT dan mati dilanggar.Bilangannya tetap bertambah.Manusia tidak berhati perut terus membuang kucing kucing ini ke jalanan.
kucing 'ditidurkan' DBKL
Di bunuh orang sakit mental
Hasil kreativiti orang gila
Lagi orang gila yang bunuh kucing
Cuba korang perhatikan kucing kesayangan korang tu.Cuba bayangkan kucing tu atau zuriatnya tu terpaksa hidup terbiar.Kenapa tergamak korang biarkan keadaan ni berterusan?Kejam sangat ke mandulkan kucing tu berbanding korang aniaya kucing tu dengan cara buang ke jalanan?

Dosa?Lain Mazhab, lain fatwanya.Pada tahun 2002 JAKIM dah keluarkan fatwa - 'BAHAWA MENGEMBIRI BINATANG KESAYANGAN SEPERTI KUCING DAN ANJING HUKUMNYA ADALAH DIHARUSKAN DENGAN SEBAB SEBAB TERTENTU IAITU BAGI MENJAGA MASHALAT UMMAH'.

Jadi buatlah keputusan yang bijak.Kalau korang nakkan anak kucing, janganlah mandulkan kucing tu.Tapi kalau korang taknak anak kucing dan tak tau nak letak mana anak nak kucing tu, silalah mandulkan kucing tu.Macam aku, aku tak mandulkan Cotton.Sebabnya aku nak biakkan baka kucing parsi flatface.Tapi Jacko aku mandulkan.

***Semua gambar dalam entri kali ini di ambil dari blog lain.Harap tuan punya gambar tak marah..

7 ulasan:

Mama Adam berkata...

X suka kucing. Hihih

apai berkata...

Kucing pun makhluk Allah..dia pun sama2 menumpang ngan kita utk hidup.jangan aniaya kucing.fikir yg terbaik..

Akhelaken berkata...

aduh.. kesiannya :'(

Faz berkata...

mnangis sy tgok mak kucing mati and kitten masih mnyusu :(

Tanpa Nama berkata...

Cedeynyer zety tengOk kucing 2 mati...hurm :'(

Ana abdun Ana Miskin berkata...

kucing2terbiar.com uh sape ye ownernya....nak sangat tengok update2 blog dye....tapi x boleh bukak....

che dai berkata...

Pernah buang 2 ekor kucing kat pasar. Pagi buang gi cari semula sbb tak sampai hati. Dah tak ada. Namun setelah bbrapa bulan...akhirnya seekor pergi ke tempat kerja suami. Kuasa Allah...sekarang ada kat rumah.

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes