e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Melawat Melaka | KucenMaster

Ahad, 2 September 2012

Melawat Melaka


Semalam sehari suntuk kat Bukit Rambai, Melaka.Bertolak dari Balakong pukul 11 pagi.Sampai kat sana pukul 1.Habis beraya lebih kurang pukul 3, bermulalah aktiviti pelancongan.


Sebenarnya banyak tempat nak dituju.Antaranya, A Famosa, naik Duck Tour, dan Zoo Melaka.Tapi disebabkan habis beraya pun dah pukul 3, terpaksa batalkan lawatan ke kubu Alfonso de Albukaki (ejaan ikut sukati aku.Hahahaha).

Aktiviti seterusnya, naik Duck Tour.Sejenis bas perlancongan yang unik bersifat amfibia.Boleh berjalan di jalanraya dan di atas permukaan air.Tapi untuk ke membeli tiket yang berharga RM38 seorang ini, mencari parking kereta adalah sesuatu yang sangat mencabar.At last, dapat jugaklah parking.Tu jauh giler kat depan Mahkota Parade.
sempat bergambar masa cari kaunter tiket Duck Tour

Terpaksalah berjalan kaki dari Mahkota Parade mencari tempat membeli tiket Duck Tour.Sampai je kat kaunter tiket, orang tu cakap 'sori Duck Tour under maintenance'.Haiiihhh....Penat giler rasanya.

Disebabkan hajat nak naik bot Duck Tour tak kesampaian, kitorang pergi naik bot Melaka River Cruise.Merasa jugak menyusuri Sungai Melaka naik bot walaupun tak seperti yang dirancang.Huhuhuuu.





Destinasi terakhir yang dirancang untuk lawatan ni,Zoo Melaka.Boleh tahan jauh jugaklah zoo ni.Bila sampai je pukul 5.50pm, sejuk je hati dengar penjaga kaunter tu cakap 'sori, zoo tutup pukul 6, datanglah pukul 8 malam.Zoo malam start pukul 8'.Tak larat rasanya nak tunggu.Lain kali jelah.....

Moral of the story, rancanglah percutian anda baik baik................

4 ulasan:

azie namico berkata...

melaka memang best ! sebab kg saya di sana...weee!

kucen master berkata...

sekampung la kite nnti.heheee

aswadz berkata...

mmg best. aku honeymoon kat sana. tp honeymoon yg penat sket la. sbb byk sgt tmpt menarik. berjalan je memanjang...

Tanpa Nama berkata...

buat temen temen yang butuh uang tambahan dari internet silahkan coba
no spam $5/minggu
lihat disini

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes