e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Review Hotel Transylvania | KucenMaster

Ahad, 30 September 2012

Review Hotel Transylvania

Aku baru je lepas tengok cerita Hotel Transylvania kat Aeon Cheras Selatan semalam.Walaupun terlupa bawak sweater, aku tetap tabahkan hati mengharungi kesejukan demi menonton movie ni.Hari ni sekali lagi aku mengharungi kesejukan menonton cerita yang sama di 1 Shamelin.Huhuhu..
Cerita ni mengubah tanggapan mengenai siapa jahat sebenarnya.Jika selama ni manusia menganggap hantu dan raksasa ni makhluk yang merbahaya dan menyeramkan, golongan hantu pula menganggap manusia yang suka menganiaya.Sejak berzaman, manusia memburu dan membunuh hantu.Ini menyebabkan hantu takut dan mengelakkan diri dari manusia.
Begitu juga dengan Dracula (suara Adam Sandler).Demi memastikan anaknya, Mavis (suara Selena Gomez) membesar dengan selamat dan jauh dari manusia, dia membina sebuah hotel jauh di dalam hutan.Lebih seratus tahun rancangannya berjalan lancar sehinggalah muncul seorang manusia ke hotel tu.
Kehadiran seorang manusia bernama Jonathan (suara Andy Samberg) mengubah keadaan.Dracula mula gelabah.Kenangan pahit isterinya mati dibunuh manusia kembali menghantui hantu ini.Takut anaknya menjadi mangsa keganasan manusia.Tambah parah lagi, anaknya Mavis jatuh hati pada manusia.

Tanpa disedari, kehadiran Jonathan sebenarnya membawa keceriaan bukan saja pada anak daranya, tapi pada seluruh kaum hantu dan raksasa termasuk Dracula.Tapi dah dasar dasar Dracula, Jonathan dihalau dari penempatan hantu.Kesudahannya, korang kena tengok sendiri.
Filem ni sangat best dan kelakar.Tak rugi punya kalau korang pergi tengok.Aku pun tengok dua kali.

2 ulasan:

Mama Adam berkata...

Hahaha. Tq sbb bw adam. Happy giler

kucen master berkata...

welcem.Adam tak berkelip tadi.bila keluar, asyik jadi dracula bleh bleh bleh

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes