e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Singa peliharaan | KucenMaster

Ahad, 9 September 2012

Singa peliharaan


Setelah bertahun menternak kucen, hari ni aku memliki seekor singa jantan yang comel.Kagum tak?Hahahaha.


Sebenarnya dalam 2 - 3 bulan ni, Cotton mengalami masalah keguguran bulu yang agak dahsyat.Sampai bulu berterbangan kat rumah.Masalah keguguran bulu ni biasa terjadi setahun sekali apabila kucing bersalin bulu.Ia juga boleh berlaku akibat fungus, kutu, kekurangan nutrisi dan ketidakstabilan hormon.Dalam kes Cotton ni, beliau mengalami ketidakstabilan hormon kerana baru aqil baligh dan tengah gatal nak mengawan.

Ada 2 cara penyelesaian yang mudah untuk masalah ini.Pertama, menyikat bulunya sekerap mungkin untuk membuang bulu bulu yang lama.Kedua memotong pendek bulunya.Setelah mempertimbangkan pilihan yang ada, akhirnya aku buat keputusan jadikan budak ni kepada seekor singa albino.Kacak tak?

Nampaknya si Cotton tak ada masalah dengan potongan 'lion cut' ni.Dengan badan yang lebih ringan, dia jadi lebih aktif.Cuma yang tak bestnye, dah tak nampak gebu lagi.Tanpa bulu yang panjang, Cotton nampak kurus macam kucing kampung je.



Bulu yang pendek ni hanya sementara sahaja.Bulunya akan memanjang semula dalam masa 2 bulan.Harap harap lepas bulunya panjang semula nanti, masalah bulu gugur tak akan menghantui hidupnya lagi.Kalau tak mungkin dia terpaksa menjagi singa sekali lagi.....

P/S Gambar tak cantik sebab guna phone camera je

4 ulasan:

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum.

Admin, teknik potong bulu kucen smpai togel ni ada istilahnya kan? hehehe.

Baru je baca kat FB Dunia Kucing..lupa plak apa namanya.. ^_^

kucen master berkata...

ni la 'lion cut' namanya
sbbnya dia akn jdi mcm singa

haz berkata...

siannye cotton kena potong bulu dia yg panjang dan gebu tuuu >.<' bogel sudah.. haha

aswadz berkata...

ada irap2 cam lion bila tgk bulu dia. kih3... tp nmpk kurus keding lak kucing tu xde bulu.

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes