e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

KucenMaster: Oktober 2012 Oktober 2012 | KucenMaster

Ahad, 14 Oktober 2012

Hari Raya Haji 2012


Hari Raya Haji tahun ni bakal disambut pada hari Jumaat 26/10/2012.Cuma tinggal lagi 2 minggu lagi sahaja.Pasti ramai yang bakal mengorbankan seekor atau sebahagian daripada seekor lembu pada hari tu nanti.Semoga ibadah korban korang diterima Allah.Insyaallah.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Kucing Munchkin Untuk Dijual

kucing kaki pendek
Kucing munchkin untuk dijual ni aku jumpa kat olx.com tadi.Senang cerita, bukan kucing aku.Tapi ini adalah species kucing yang paling aku minat selepas parsi dan hilmalaya.

Melawat Zoo Negara

zoo negara
Zoo Negara ni bukannya jauh dari rumah aku.Hari hari aku lalu depan zoo untuk pergi kerja kat Sri Gombak.Tapi baru 3 kali je aku melawat zoo ni seumur hidup aku.Kali pertama, time tadika aku buat lawatan ke sini.Kali kedua, 10 tahun dulu.Dan yang terbaru, minggu lepas, Ahad 7/10/2012.

Isnin, 8 Oktober 2012

Diva - kucing parsi gediks

Sedar tak sedar dah 5 bulan Diva aku bela.Masa mula mula aku beli, jalan pun terketar ketar.Sekejap je kanak kanak ni meningkat remaja.Semakin meningkat umur dia, semakin gojes budak ni.Perangai pun memang mengalahkan seorang Diva.Sentiasa mahukan perhatian.Kalau sesiapa dok baring tanpa pedulikan dia, siaplah orang tu.Diva akan datang cium, gigit rambut macam monyet.Takkan boleh tidur punyalah.Hahaha.

Ahad, 7 Oktober 2012

Penyakit FIE


FIE adalah singkatan bagi sejenis virus yang bernama Feline Insfectious Enteritis.Ia juga dikenali dengan nama Feline Planleukopenia dan Feline Parvovirus.Ia adalah salah satu virus yang paling kerap menyerang kucing.Virus ini menyebabkan sel darah putih berkurang secara mendadak dan boleh menyebabkan kematian kalau tak dirawat dengan segera.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes