e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Hari Raya Haji 2012 | KucenMaster

Ahad, 14 Oktober 2012

Hari Raya Haji 2012


Hari Raya Haji tahun ni bakal disambut pada hari Jumaat 26/10/2012.Cuma tinggal lagi 2 minggu lagi sahaja.Pasti ramai yang bakal mengorbankan seekor atau sebahagian daripada seekor lembu pada hari tu nanti.Semoga ibadah korban korang diterima Allah.Insyaallah.


Pada yang baru nak mencari cari lembu untuk dikorbankan, waktu ni memang dah suntuk.Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli haiwan ternakan selain daripada harga.

Stok lembu

  • Korang patut tahu di mana lembu yang nak dibeli tu.Patut pergi tengok dulu.Kadang kadang lembu yang ditawarkan tu tak sesuai dijadikan korban.Mungkin sakit, cacat dan sebagainya.
  • Kadang kadang lokasi lembu tu terlalu jauh.Di Thailand contohnya.Urusan memindahkan lembu antara negeri atau negara agak rumit.Lembu tu perlu menjalani ujian darah untuk memastikan ia bebas dari penyakit berjangkit.Bayangkan, dah sampai waktu nak disembelih, lembu tu masih tersangkut dek urusan permit daripada JPV.
Urusan sembelih

  • Tempat untuk menyembelih.Biasanya waktu ni surau dan masjid dah tak terima lagi lembu lembu ni sebab dah banyak sangat.Kalau nak jugak, sembelih lah sendiri di rumah.Tapi bukan semua negeri membenarkan urusan menyembelih dilakukan di rumah.
  • Siapa yang bakal sembelih tu perlu ditentukan awal awal.Tukang sembelih perlu memiliki sijil tauliah penyebelihan daripada Jabatan Agama Negeri.Tanpa sijil tauliah ini, JPV takkan mengeluarkan permit kebenaran menyembelih.Tanpa permit ni, daging sembelihan korang tu berisiko untuk dirampas.Tapi tak semua negeri bertegas menguatkan undang undang ni.Pengalaman aku kat Terengganu, JPV tak tanya pun pasal sijil tauliah ni.
Urusan agihan daging korban

  • Daging korban ni tak boleh dijual.Paling afdal, korang sedekahkan daging ni pada fakir miskin.Lebih baik lagi, korang masak dulu dan panggil fakir miskin, jiran jiran dan kaum kerabat datang makan.Tapi masalahnya, bukan korang saja yang buat macam ni.Time tu, entah entah fakir miskin pun dah tarat nak makan lagi kat surau dan masjid.Peti sejuk rumah anak yatim pun dah sendat dengan sumbangan daging korban daripada masjid dan wakil rakyat.Mana korang nak humban daging daging tu?kalau cuma sebahagian, ok lagi.Tapi kalau seekor, muat ke peti sejuk kat rumah tu?Nak hantar rumah ke rumah, siapa yang nak pergi buat kerja?
Agihan daging perlu dirancang
Urusan korban ni bukan setakat berkorban wang ringgit je.Beli lembu dan suruh orang hantar ke masjid.Ibadah ni tak semudah tu.Rancanglah ibadah korban korang sebaik baiknya.Semoga ibadah ni diterima Allah.Aminnn..

2 ulasan:

Mama Adam berkata...

Terkenang zaman dulu2 bro?
Insya allah ada rezeki lain jika kita berusaha

kucen master berkata...

tempat jatuh lagi dikenang...
heheee

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes