Saturday, 13 October 2012

Kucing Munchkin Untuk Dijual

kucing kaki pendek
Kucing munchkin untuk dijual ni aku jumpa kat olx.com tadi.Senang cerita, bukan kucing aku.Tapi ini adalah species kucing yang paling aku minat selepas parsi dan hilmalaya.



munckin cat
Kucing munchkin adalah kucing berkaki pendek.Comel sangat untuk dijadikan haiwan kesayangan.Bayangkan kucing korang yang manja tu berlari terkedek kedek setiap kali korang panggil dia.Comel sangat kan.Cuma satu je perkara yang aku kurang minat pasal kucing ni.Bulu dia tak panjang macam kucing parsi.Kalau tak, mungkin aku sambar dulu.
Kucing munchkin ni sangat susah nak jumpa kat Malaysia.Aku pun cuma pernah tengok gambar dan video saja.Tak tau kenapa tak ramai orang yang membela kucing jenis ni.Mungkin susah kot nak jaga.

Tapi aku yakin ramai juga yang berminat untuk memiliki kucing unik yang susah jumpa ni.Sesiapa yang berminat, sila hubungi Mr.Teo - 0127425697.Lokasinya di Pontian, Johor.Harga yang ditawarkan RM2000 sahaja.Agak berbaloi untuk kucing yang jarang jarang ada.

14 ulasan:

Mama Adam said...

Terkedek mcm hamster ;)

kucen master said...

terkedek kedek tu la yg bwt munchkin ni unik -;D

HANIS AFIQ said...

cantik juga kucing nie...hehe....seblm nie x penh tau yg munchkin nie spesies yg berkaki pendek..tapi jika badan ekor lebat mmg lawa la dengan kaki yg pendek..hehe..

kucen master said...

yup..setuju 100 peratus.kalau ada rezeki lebih nnti.nak beli la sekor untuk dikacukkan dengan cotton.bayangkan kucing parsi flatface berkaki pendek.......alaaaaaa kiutnyeee

afiq said...

Saya nak beli sms me 012 8580495

kucen master said...

afiq, cuba call no 0127425697.rasanya ni belom jual lagi

Deqla Manjew said...

sy pun ada kucing berkaki pendek mcm ni.. mmg sgt comel.. sy x beli tp dia sendiri yg dtg ke rumah.. mgkn sesat..sejak tu sy jaga.. dah setahun dah pun.. namanya omey.. berwarna putih kelabu.. =)

kucen master said...

waaaa....untung giler....jeles nih!!

Kotak Kosong said...

bhahaha. ya allah, nampak hodoh tapi comel lah pulak kucing nie. hahaha. tapi still comel macam nak picit :P

Anonymous said...

bro, kucing ni ade yg bulu lebat !! cuma xde di Malaysia lagi.

Adni Ariff said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kalau berminat, ada breeder munchkin di seri kembangan. bulu pendek, bulu panjang semua ada. Melayu. cuba check fb, Tiger Cat .

KNOWLEE RAMLEE said...

Sy ada 3 ekor kucing jenis mcm ni..kaki pendek ikut ayah..bulu labat ikut mak hahaha..br usia nk masuk 2bln.

KNOWLEE RAMLEE said...

Sy ada 3 ekor kucing jenis mcm ni..kaki pendek ikut ayah..bulu labat ikut mak hahaha..br usia nk masuk 2bln.

Post a Comment

Oh Belog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes