e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Melawat Zoo Negara | KucenMaster

Sabtu, 13 Oktober 2012

Melawat Zoo Negara

zoo negara
Zoo Negara ni bukannya jauh dari rumah aku.Hari hari aku lalu depan zoo untuk pergi kerja kat Sri Gombak.Tapi baru 3 kali je aku melawat zoo ni seumur hidup aku.Kali pertama, time tadika aku buat lawatan ke sini.Kali kedua, 10 tahun dulu.Dan yang terbaru, minggu lepas, Ahad 7/10/2012.

malaysia national zoo
Depan Zoo
Zoo Negara masih lagi sama macam 10 tahun dulu.Tak banyak perubahan walaupun dihimpit pembangunan disekelilingnya.Sampai dari dalam zoo pun boleh nampak rumah teres ngam ngam belakang kandang cipan dan kijang.Tak tenang binatang ni nak tidur kalau penghuni rumah bising.

Dulu, kalau tak silap aku, ada ura ura kerajaan nak pindahkan zoo ni ke tempat lain demi keselesaan para penghuninya.Kat tempat baru tu nanti, binatang binatang ni akan dapat kandang yang lebih luas, lebih menyerupai habitat asalnya.Tapi dah lama senyap je.Mungkin masalah bajet kot.

Walaupun Zoo Negara ni tak lah hebat sangat, tapi ia bagus untuk mendekatkan kita dengan makhluk makhluk lain yang yang mendiami bumi ini.Nak cari dalam hutan, belum tentu jumpa.Banyak yang dah nak pupus sebab manusia.Tanpa usaha pemeliharaan dan pemuliharaan yang berkesan, mungkin selepas 10 tahun nanti, binatang binatang ni cuma wujud di zoo sahaja.

Bagi sesiapa yang merancang untuk melawat zoo atau mana mana tempat binatang, berhati hati dan jaga tingkahlaku.Bak kata orang tua tua, masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau banyakkan mengucap.Hahaha.
ular sawa
Ular sawa
tenuk
Cipan
turtle
Kura kura gergasi
swan
Angsa putih
deer
Rusa
Zirafah
elephant
Gajah

tiger
Selamanya Harimau Malaya

2 ulasan:

Hanna berkata...

Hanna pun baru je lagi pergi zoo negara. best!

kucen master berkata...

bgusnye....
pg dating ek?
heheeeee

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes