e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Ahli Keluarga Baru | KucenMaster

Jumaat, 16 November 2012

Ahli Keluarga Baru

Salam.Setelah sekian lama menyepi tanpa entri baru, hari ni aku muncul lagi.Kemunculan kali ni bersama seekor kitten baru yang kiut.Owner lama dia bagi nama Dissy.Tapi bila aku dah beli, dengan tanpa rasa bersalah, aku tukar nama dia jadi Kitty Sarah.Hahahaha.

Anak kucing parsi ni aku beli dari seorang kawan di Shah Alam untuk menambah lagi koleksi makhluk berbulu kat rumah aku.Kitten ni jenis flatface sama macam Cotton@Boboy, tapi kurang penyek sikit.Tak kisah la tu, yang penting dia comel.
Semua benda dia nak cium
Buat masa ni, Kitty Sarah aku kuarantinkan dalam bilik aku.nak bagi dia masa sesuaikan diri dengan tempat baru dulu sebelum biarkan dia bercampur dengan Jacko, Cotton@Boboy dan Diva.Sekarang ni aku bagi jumpa sekejap sekejap je.
Sesi orientasi dengan Diva
Buat masa ni, semuanya berjalan lancar.Kitty Sarah pun nampak boleh menyesuaikan diri dengan cepat.Walaupun semalam dia macam kekok sikit.Tapi hari ni dah tak wujud lagi rasa segan untuk dia berlari lari dan memanjat sana sini dalam bilik aku.Cuma dia masih belum boleh bercampur dengan kucing lain kat rumah ni.Harap harap cepat lah dia boleh berkawan.



1 ulasan:

Mama Adam berkata...

Adoiiii... Banyaknya bro. Kena rajin kemas tau!

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes