e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Hobi mengumpul duit | KucenMaster

Sabtu, 3 November 2012

Hobi mengumpul duit

Setiap orang ada hobi yang tersendiri.Ada yang suka simpan setem, simpan majalah lama, simpan botol coke, simpan barang barang pelik.Macam macam lagilah hobi manusia ni.Pada sesiapa yang tak berminat dengan hobi tu mesti rasa hobi ni sesuatu yang ntahapahapa.Buang masa semata mata.Tapi tak kira korang cakap apa.Hobi tetap hobi.

Aku pulak ada beberapa hobi.Selain membela kucing, memancing dan mengacau orang, aku sangat obses dengan duit.Suka kumpul duit banyak banyak.Kiranya mata duitan la walaupun duit dalam akaun bank aku tak seberapa.Sebabnya duit tu aku simpan dalam album gambar.Dan yang specialnya, duit duit tu adalah duit lama.

Hari ni aku malas nak cerita panjang panjang kenapa duit lama ni amat bermakna bagi aku.Aku cuma nak share gambar gambar duit tu je.So, layan jelah.Huhuuu.
100 lama
Duit yang kat tengah tu biasa je.Tapi yang kat tepi tu memang rare.Dah lama Bank Negara Malaysia tak keluarkan.

50 ringgit lama
Lima puluh ringgit ni seangkatan dengan seratus tadi.Susah nak jumpa duit ni lagi.
lima puluh ringgit lama
Tengok lah ketiga tiga generasi duit ni.Duit lama lebih menarik berbanding duit baru.

Duit dua puluh ringgit paling susah nak cari.Bila Bank Negara hentikan pengeluarannya dulu, sekejap je duit ni hilang.Untuk dapat duit ni, aku terpaksa beli.

sepuluh ringgit lama
Sepuluh ringgit lama.Ramai yang tak pernah tengok duit duit ni terutamanya yang atas sekali tu.Ini adalah antara sepuluh ringgit terawal yang dikeluarkan.Sebelum itu, 10 ringgit dieja sebagai 'SA-PULOH'.Uniknya, disebelah kiri duit ni terdapat bayangan wajah harimau.Bukan wajah Tuanku Abdul Rahman seperti duit lain.Ada yang kata duit ni duit palsu.Ada yang kata duit ni duit bunian.Duit ni mampu digunakan untuk menarik duit dari alam ghaib.Macam macam cerita tak masuk akal yang aku dah dengar pasal duit ni.Yang pastinya duit ni menjadi buruan kaki tarik duit.Nak beli?Sorilah.Offer RM10 000 pun aku sayang nak jual.
10 ringgit siri 4

duit bayang harimau
Bayang harimau ni jelas nampak bila letak di atas cahaya.Ni aku ambil gambar time duit tu aku letak kat tingkap.

Duit ni masih boleh jumpa kat luar lg buat masa ni.Biasa aku jumpa duit ni.Cuma keadaannya tak secantik ni.Biasanya, duit ni dah koyak atau kotor.
Bagi aku, duit kertas ni jauh lebih baik dari polimer yang mudah koyak.Tak tahulah kenapa Zeti Aziz suka sangat dengan duit polimer.Nak kira pun susah sebab melekat.

Duit RM2 ni masih mudah ditemui.Tapi aku dah stanby simpan dulu sebelum dia pupus.

1 ringgit lama
Duit seringgit tu biasa aku guna buat beli ice cream time kecik dulu.Tapi dah lama pupus.Duit 'SATU RINGGIT' atas tu pilak dah tak digunakan lagi sejak aku belum lahir lagi.Punyalah antik duit ni.
satu ringgit antik

Setakat ni, aku dah ada tandatangan Tun Ismail bin Muhammad Ali, Tan Sri Abdul Aziz Bin Taha, Tan Sri Dato Jaffar Bin Hussein, Tan Sri Dato Ahmad Bin Mohd Don, Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman, dan Tan Sri Dato Dr Zeti Akhtar Aziz.Yang belum ada cuma duit yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia yang pertama iaitu Tan Sri W H Wilcock.

Ini hanya sebahagian dari koleksi duit kertas aku.Masih ada yang lain.Tapi jenis dan bentuknya sama.Yang berbeza cuma tandatangan gabenor bank sahaja.Koleksi duit syiling lain kali lah aku share.

21 ulasan:

elyna mirsada berkata...

hobi yg unik..hehe

kucen master berkata...

memang unik dan best
harganya pun cepat naik
yang ada ni pun ramai org nk beli ngan harga tinggi
tp syg nk jual

haz berkata...

wahhh.. bgsnyee.. bestkan kalau ade collection mcm ni. kenangn kot~ ^^

Radzami berkata...

langkah seterusnya semestinya lebih pajang jika belajar
perihal duit lama..http://radzami.blogspot.com/

kucen master berkata...

Memang bila tgk je, tringat time kejar mamak jual roti naik moto kecik kecik dulu

kucen master berkata...

Memang tgh menuntut ilmu kt blog blog otai.hehee

Mama Adam berkata...

Hihihih.... Banyak nya koleksi bro!

kucen master berkata...

Tu baru sikit.hohohoo

muhammad darmawan nasution berkata...

Saya ada 50 ringgit gambar muzium negara, sy nak jual, brapa harganya

muhammad darmawan nasution berkata...

Saya ada 50 ringgit gambar muzium negara, sy nak jual, brapa harganya

kelabu asap berkata...

hobi yang menarik...orang yan g tak minat akan cakap bukan-bukan. teruskan usaha baik anda itu.

Tanpa Nama berkata...

saya ada banyak note yang 500 pun ada
semakin banyak yang kita simpan semakin
tinggi nilai keseronokannya...

Tanpa Nama berkata...

saya dah tambah perlaburan dapat note rm 1,000 tt TS Jaffar.
masuk kemas dalam album..untuk tatapan masa duka atau masa bosan daa...

kelabu asap berkata...

penting hobi tu tak menyusahkan orang... kalau kita sorang atas dunia ni
punya hobi ini..kita pelik..tup tup orang kata kerja gila gamaknya.
tapi.. minat ni kira menyeronokkan.. kita ni sebagai penyelamat mata wang.
bila gabenor dah diganti.. BNM akan tarik balik duit tu.. perlahan-lahan..

mia maya berkata...

salam..saya ada wang kertas lama..antaranya wang rm10 bertulis sa-puloh ringgit..cetakan thomas de la rue..brminat sila hbungi saya.. 0147373797 / 0183232920 syarifah

Tanpa Nama berkata...

https://ms-my.facebook.com/kakiduitlama

Zam Mad berkata...

salam..koleksi dt lma nk di lpaskn..rm1,2,5,10,50,100..dt era 90an pn de..no cntik de..dt siap laminet..de 39keping..brminat cll sya..011-15767806..zam..

Zam Mad berkata...

salam..syiling 10sen 1971..v3..50sen me 1967..brminat wassap..017-2798548..

Salahuddin Roslan berkata...

Salam..brape ye nilai untuk syiling satu ringgit permukaan rata..?? Tlg wassap ye.. 017-3193582 thanks

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum wbk

Berapa harga RM 1 tandatangan Ismail Md Ali keluaran pertama BNM? Tk

Always Be berkata...

Assalamualaikum/Salan sejahtera
Saya ada duit sa-puloh watermark agung,sesiapa yang berminat bolehlah berhubung di whtsapp 0172946505 .Terima kasih

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes