Saturday, 17 November 2012

Merawat Kucing Kurap


Kurap adalah masalah biasa bagi haiwan berbulu seperti kucing.Kurap biasanya terjadi akibat fungus atau hama.Apa nak buat kalau kucing korang kena masalah ni?Hantar pergi jumpa vet?Tu semua orang tau.Yang ramai orang tak tau ialah rawatan alternatif untuk masalah ini.
Terdapat banyak kaedah merawat si comel korang tu.Maklumlah, kucing mempunyai sejarah dengan manusia lebih 3000 tahun.Sepanjang ribuan tahun tu dah banyak petua manusia kaji untuk kesihatan si comel pujaan ramai ni.

Sebelum korang terus membaca, aku nak bagi satu amaran.Petua petua ini aku dapat hasil daripada pembacaan dan cerita kawan kawan.Sejauh mana keberkesananya, tu aku tak tau.Segala risiko adalah dibawah tanggungan sendiri.

Cara pertama - Minyak Goreng Ikan
Sapukan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan pada bahagian yang terkena kurap tu.Kalu korang malas goreng ikan, gaulkan saja minyak masak dengan serbuk kunyit dan sapu pada tempat kurap tu.Insyaallah, kurap tu akan sembuh.Jangan korang sapu masa minyak tu tengah panas sudah la.
Cara kedua - Minyak Gamat
Minyak gamat sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk manusia.Tapi tak tau pulak boleh guna untuk kucing.Cara ni dapat dari Papa Hero.
Cara ke tiga - Minyak Hitam Terpakai
Masa aku buat projek ternakan lembu kat Terengganu dulu, kawan kawan dari Jabatan Veterinar sarankan sapu minyak hitam terpakai pada tempat yang berkurap.Hasinya memang mujarab.Diorang kata, untuk kucing pun boleh guna.Tapi sanggup ke korang kotorkan kucing tu.
Cara ke empat - Baygon
Gunakan penyembur racun serangga yang berasaskan air seperti Baygon.Dengar khabarnya penggunaan baygon ni memang mujarab.Tapi tak tau la kalau ada kesan sampingan.

Pada aku, aku lebih percayakan ubat ubatan moden.Kat rumah aku dah stanby ubat anti fungus.Kalau tak berkesan, bawak je pergi jumpa vet.
Ubat yang aku stanby kat rumah
Sesiapa yang ada pengalaman menggunakan petua petua ni atau petua lain, sudi sudikanlah share kat sini.Tak rugi kita berkongsi ilmu.

31 ulasan:

Mama Adam said...

Pernah dengar jugak petua2 tu

kucen master said...

Tp nk guma tak berani ar

hananhadila said...

nice sharing , yang ade at umah hanan ubat gamat ngan minyak goreng ikan , nak try laa

Seneorita Baharin said...

minyak gamat mmg mujarab. my frenz pernah try utk kucing die. :)

Anonymous said...

kucing sy dah sgt2 kritikal kurap nih.. dah bawa g vet 3x.. 1st doc cuma cucuk ubat sekali je.. n kasi ubat.. lepas tu dia dah xbuat apa.. cuma kasi ubat gn antibiotik je.. doc cakap utk kebaikan better "matikan kucing saya".. huhu :(.. after dia cakap mcm tu.. sy g pet shop.. beli shampoo gn ubat antifangus.. tp xde perubahan pun..now dah xtahu wat apa?.. sedih sgt.. pls tlg sy if sapa2 ada idea??!!..

Anonymous said...

Salam. Kalau kucing tu kaki belakang dia bengkang, umur br 2bln masih boleh dibaikpulih x? Bagaimana caranya?

kucen master said...

wasalam.sori, sebab sy x pnah jumpa problem mcm ni stakat ni

kucen master said...

cuba bwk pg vet lain pulak

Unknown said...

Cuba lh baja haiwan

AmiR said...

Betul cuba minyak gamat lumurkn kt bahagian yg de kurap kt kucing tu...saya dah try mmg smbuh tp kna pegang la kucing tu..dia pedih kot

Rita William said...

minyak hitam paling mujarab selain dpt menyuburkan bulu kucing semakin sehat.

Anonymous said...

Tak mati ker kucing tu klu pakai baygon???? Tu kan racun. Klu kucing tu jilat cmne?????

budin said...

kucing saya pun ada kurap....bawak g vet untuk suntik......tanya doktor bila bleh baik......slamba jer dia ckp.....susah nk baik....lbih baik matikan jer.....sedih......2 mgu lgi kucing order oversea baru sampai.....risau tkut jangkit......cam ne saya nk buat........tolong.....

Anonymous said...

Vet mana tu?teruk x kurap dia

Anonymous said...

pakai minyak y baru lepas goreng ikan...jgn y pns2.insyallah lepas seminggu da bole nmpak hasil..sye da cuba

Nurul Azlinda said...

Kitten sy pun kena jgk..persian bru je beli. Tension betul bila orgnyg jual tu mati2 tk nk mengaku tu kurap. Padahal doktor dh sahkan. Sy bwk g klinik and doktor bg shampoo dan krim rumpai laut warna hijau, tk bahaya kalu kucing tu jilat2. 2minggu bru nmpak kesan kata doktor. Doktor kata, suntik adalh ubt yg paling mujarab..sy tk berani nk bg doktor suntik, sbb masih kitten 2months.

Nurul Azlinda said...

Sy beli beli kitten pd 27 april. 3 may bru bwk g klinik. Kurap kt tepi2 telinga..bole cepat baik ke kalu guna krim rumpai laut doktor tu. Ada sesiapa yg dh brpegalaman suntik kitten persian? Tak bahaya ke?

Nurul Azlinda said...

Kitten sy pun kena jgk..persian bru je beli. Tension betul bila orgnyg jual tu mati2 tk nk mengaku tu kurap. Padahal doktor dh sahkan. Sy bwk g klinik and doktor bg shampoo dan krim rumpai laut warna hijau, tk bahaya kalu kucing tu jilat2. 2minggu bru nmpak kesan kata doktor. Doktor kata, suntik adalh ubt yg paling mujarab..sy tk berani nk bg doktor suntik, sbb masih kitten 2months.

Anonymous said...

pakai minyak gamat yang ori dan sejuk, jgn gamat yg panas mcm menthol tu.. naya kucing tu tak baik jadi lagi sakit panas... so far dah berpuluh kucing saya buat tak pernah ada yg tak baik lagi..semua sembuh depend tahap severe sakit tu... gila la dgr ckp vet neh ada ke suh matikan kucing sebab kurap...bengong betoi.. test gamat kat kulit kita pastikan ori bukan bercampur menthol, buah pala, halia atau minyak kayu putih... semua tu panas!!!! Minyak gamat asli hanya ada pati gamat dan minyak kelapa atau sawit...tu jek

steve robinson said...

assalamualaikum, saya ada seekor kucing dia baru satu bulan dan masih menyusu dan dia mempunyai banyak kurap.saya terjumpa kucing ini di jalanraya, saya berasa kesian dan saya membawanya balik.
soalan: bolehkah pakai minyak yg bekas menggoreng ayam???

kucen master said...

Waalaikumsalam.tak ada masalah gunakan minyak yg digunakan utk goreng ayam.tp lebih afdal kalau guna minyak hitam terpakai sebab lebih mujarab.tp apapun ubat yg kita gunakan, pastikan kurap tu dibersihkan dengan sempurna sebelum menyapu ubat.

Anonymous said...

salam..semua ank kucing saya kena kurap juga..mk dy pernah kena kurap jga sblum lahirkn ank2 kucing tu dan dah baik sbb sy letak myak masak (kwn bg petua letak myk goreng ikn tp msa tu kt kampus mna ad sy mnggoreng ikn jd sy letak je myk masak bersih)..alhamdulillah baik tp ank2 dy yg bru 2 bln ni dah kena teruk pulak lg teruk dr mk dy kena dlu..dah letak myk gamat, myk goreng ikn, baik sikit jer tp dua tiga hari teruk blk..boleh saya tahu kalian2 yg guna myk greng ikan or myak gamat ni amik masa brapa lama utk kucing2 anda pulih sepenuhnya?
barangkali saya yg tak sabar tggu kucing tu boleh baik atau mmg x mujarab sy letak myk2 tu semua kt kucing saya?

... said...

@kucen master
Thanks for the petua2 ini. Tau yg no satu je dan menang slalu praktikkan. First start ngan minyak ngan kunyit,tp bile dah tak sempat nak prepare,pakai minyak ikan. Alhamdullilah, so far berkesan untuk kucing2 saya. Tapi xpernah try on bad kurap (whole kepala ke, yg dah tak berbulu). Try to help a stray with that case ngan petua ini, tapi dia Iari2. So takdak own bukti or exp

@steve robinson
Bagaimana? Ada cubakah? By my own exp, guna mintak goreng ayam mungkin tidak menyebabkan kurap itu worsen. Tapi kucing saya gatal2 kalau sapu. Mengikut hipotesis mak saya, ayamkn part of mknan pantang yg konon leh menyebabkn gatal2 kalau org berubat dr luka etc( petua lah, doktor la ni bg je mkn)

amilya lukhman said...

lps kita lumurkan tmpat kurap dgn mnyk msk cmpur kunyit tu , kita kne mndikan dia blik tak ? please reply a.s.a.p . i really2 need your help . thanks :)

Anonymous said...

sapukan dengan minyak kelapa dara..insya Allah baik...saya pernah lakukan pada kucing saya..alhamdullillah...sembuh sepenuhnya dan bulu tumbuh kembali lebat..minyak kelapa dara sebenarnya anti bakteria, parasit dan fungus.

kucen master said...

Tq.ni baru dengar pasal kelapa dara ni

Syiqin Yunos said...

Kurap tu gatal x? X sure la kucing sy tu kurap ke ape..die m'garu smpi b'darah & b'kuping..makin lame makin bnyk kt muke..cmne ek risau sgt ni..any suggestion..

Syiqin Yunos said...

Plz tlng kucing sy garu muke smpi b'kuping & b'drh..x sure tu kurap ke ape..skng ni asyik m'garu dh bnyk luka kt muke smpi b'kopeng2..cmne ek tlng bg suggestion..

Anonymous said...

Kucing saya muka dia sampai luka2 , kawasan leher hilang bulu. Telinga berkurap :( camane nak buat eh?

nadira said...

minyak goreng ikan ni paling banyak aku baca bagi mengubati kurap kucing kucing saya (bulat) sedang kena kurap risau pulak nak tengok hasilnya

Anonymous said...

ada org kata goreng ikan keli tu.patu bagi kucing makan.memang mujarab.kerana lendir ikan keli tu bagus.

Post a Comment

Oh Belog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes