Duit syiling aku bukanlah antik sangat.Paling tua pun cuma keluaran 1967.Tapi tu je yang mampu aku miliki.Nak beli duit antik zaman Kesulatanan Melayu Melaka atau zaman Firaun aku tak mampu.Siapa nak sedekah kat aku, kecik tapak tangan kawah aku tadahkan.Hohohoho.
Syiling lama ni masih sama je nilainya dengan nilai yang tertera pada duit tu.Kalau kita tukar kat bank pun, nilainya tak bertambah.Cuma pada peminat duit lama sahaja nilainya tinggi dan kadangkala tak masuk akal.Kalau korang tengok kat mudah.my atau olx.com.my, harga untuk sekeping duit syiling lama ni boleh mencecah puluhan ribu ringgit.Tak tahulah ada orang beli ke tak.
| contoh iklan kat mudah.my yang melampau |
Dalam Utusan Malaysia bulan 7 dulu pun ada cerita pasal harga duit lama ni.Tapi aku rasa mamat tu dok perbesarkan cerita.Sengaja nak poyo je letak harga gila babun.Wartawan tu pulak, just nak cari berita je.Malas buat homework kaji betul ke tak cerita tu.Janji ada berita.
Kalau ikutkan harga tak masuk akal kat mudah atau kat Utusan tu, nilai koleksi aku ni dah cecah nilai juta juta ringgit.Kaya betul aku ni.Hahahaha.
Tapi nilai sebenarnya taklah setinggi itu.Tapi ia mempunyai nilai yang tersendiri kerana duit semakin sukar ditemui.Bila duit duit ni pupus nanti, harganya pasti meningkat lagi.
![]() |
| duit seringgit tahun 1971 |
![]() |
| duit 50 sen terbelah di tengah |
P/S :Agak agak ada tak orang nak beli dengan harga macam dalam paper Utusan tu?





Posted in: 

13 ulasan:
owhhh... 50 sen terbelah tgh tu limited ke bro?
nk beli? hihihi
ok je kalau nak..
ade byk stok ni..
mak oii. byk nye duit syiling,byk btl koleksi
ni semua hasil dari aktiviti menabung.bila dh penuh, belek satu persatu.duit lama simpan.duit baru pg tuka jdi duit kertas
unik la syiling yang terbelah kat tgh tu, tak pernah tgk
duit 50sen terbelah tu cuma dikeluarkan pada tahun 1967, 1968 dan 1969 saja.sbb tu susah nak jumpa.sebelum tahun 1967, kita guna duit syiling penjajah british
ade jgk simpn uet syiling lame..
ade yg lame giler pon..tp dri negara len la..huuuu
susah tu nak jumpa duit rare mcm tu..menarik..teringin jugak..hoho
syiling yasin 7&9 untk diletgo..hrge trtinggi lepas..area k.terengganu..01129338743..serius buyer!
saya pun ada duit 50sen lama ada saper2 nak beli tak???
saya pun ada duit 50sen lama ada saper2 nak beli tak???
Syabas. Saya pengumpul syiling yang baru berjinak-jinak. Syiling 50 sen tebelah baru ada 27 keping. 50 sen parlimen ada 250 keping semua tahun. 50 sen bunga dalam 1300. Tapi syiling parlimen lain ada 500 keping. Ni baru beberapa bulan. Tunggu.
Kalau nak simpan duit syiling cari yang rare mintage. 10sen 71,94,2003. 20sen 1970, 1994. 50sen 1969, 1995.
Syiling 50sen tahun 67,68,69 yang tak terbelah ada tak? kalau tak terbelah lagi mahal harganya dari yang terbelah sebab yang terbelah walaupun susah jumpa tapi masih boleh dapat. Yang tak terbelah memang susah sangat-sangat nak dapat.
Saya kumpul syiling error. Memang seronok hobi nie.. macam cari harta karun. Pantang nampak syiling... pasti kena belek dulu. Kalau jumpa yang error seronok tak terkata. Syiling error pun ada nilainya yang tersendiri.
Post a Comment