e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Kucing Jantan Tak Pandai Mengawan | KucenMaster

Khamis, 13 Disember 2012

Kucing Jantan Tak Pandai Mengawan

kucing mengawan
Korang pernah tak berhadapan dengan masalah macam ni?Kucing yang korang bela sampai besar untuk dijadikan baka, tiba tiba tak pandai mengawan.Nafsu punyalah besar, tapi kucing betina dah ready, 'torpedonya' tak mengenai sasaran.Adoyai...


Pelik aku dengan masalah macam ni.Setahu aku, benda ni sepatutnya benda ni fitrah.Sampai masa dia akan pandai sendiri.Benda ni sepatutnya tak perlu diajar.Tapi kenapa perkara ini terjadi?

Masalah ni bukan baru bagi aku.Dulu Jacko pun ada masalah yang sama.Dari mula mula aqil baligh, dia bising mengiau minta pasangan.Bila diberi pasangan, punyalah happy.Bersungguh sungguh dia memikat kucing betina tu.Bila betina tu dah terpikat dan menyerah, dengan semangatnya dia naik atas badan betina tu.Tapi malangnya, anunya cuma digesel gesel atas belakang badan kucing betina.Jauh dari tempat sepatutnya.Mulanya aku ingat dia akan belajar dari kesilapan dan akan beransur ansur normal.Tapi masalah ni terus berlarutan lebih setahun.Semakin lama semakin teruk.Jacko jadi tak manja, garang dengan kucing kucing lain kecuali kucing yan ingin dipikat.Selain dari waktu dia nak mengawan, dia suka menyendiri.Akhirnya dengan nasihat veterinar dan mengenangkan Cotton semakin dewasa untuk jadi baka, aku sunatkan Jacko.Barulah dia kembali normal secara beransur ansur.

Masa berlalu, kini Cotton atau nama manjanya Boboi dah pun matang.Dah mula memandang kucing betina dengan pandangan yang lebih bermakna.Boboi nampaknya lebih berhemah daripada Jacko.Dia mendekati kucing betina dengan lemah lembut dan disertai tatasusilaan yang tinggi.Tak gelojoh macam Jacko.Segalanya nampak sempurna.Para gadis dan janda nampaknya amat menyenangi Boboi.Senang hati aku.

Tapi setelah sebulan lebih dia mengawan dengan Diva, tak nampak apa apa perubahan ketara pada Diva, aku mula curiga.Aku pun letak Boboi bersama dengan Puteri yang dah 3 bulan on heat.Walaupun Puteri agak garang pada mulanya, tapi kesungguhan dan kesabaran Boboi berjaya melembutkan hati seekor kucing betina yang sedang kegersangan.

Proses mengawan bermula.Kali ini aku perhati betul betul.Tengok di mana silapnya.Rupanya Boboi mewarisi masalah Jacko.Anunya tak dihalakan dengan tepat.Ada halangan daripada ekor Puteri.Dia tak pandai mengalihkan ekor Puteri.Tapi oklah tu.Jacko dulu terlalu jauh.Boboi pulak dah dekat dah.Cuma dia perlu lebih kreatif untuk mengalihkan kedudukan ekor.Aku ada tolong ejaskan ekor Puteri.Tapi campur tangan luar hanya membuatkan Boboi hilang selera.Nafsunya terbantut bila ada gangguan.Nak tak nak, aku biarkan saja.Harap harap dia akan pandailah lepas ni.

Sesiapa yang ada petua nak membantu Boboi ni sudi sudikanlah share di sini.Sebab aku yakin ramai lagi yang berdepan masalah yang sama macam aku.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn tgk masa kucing tgh mengawan.puncanya ia menganggu fillingnye.biarkan saja tahulah kucing jantan tu nak mengayakan.kucing pun malu juga.jgn sibuk nak tgk masa tengah mengawan.

Akhelaken berkata...

gitu pulak???

nurul nazrah berkata...

Kucing sy pun mengalami masalah yang sama. Dah lima ekor betina die try tapi semua tak bunting. Sekarang ni dia mating kat rumah sy. Bila tengok punca sebenarnya dia tak pandai mengawan. Tak tahu nak adjust mcm mane. Kesian tgk. Nafsu ada tp xmenjadi

Tanpa Nama berkata...

having the same problem now, almost a year tapi si gemox tak reti2, bukan 1 tapi 2 anak dara dok hala kt dia, what he did was tenggek, gigit n menghidu anu hok tino tu aihhhhh

Tanpa Nama berkata...

Kucing saya buat dgn selimut je. Lagi teruk. Kesian tgk dia sebab dia tak berani approach betina. Nampak menyedihkan. Tapi saya tak tahu nak tolong cane.

Naem Rantawi berkata...

Macam saya pinjam kucing kakak saya...n masalah nya jumpa2 terus bergaduh...memang awal2 mcm tu dulu ka...

sahlan dzulkifly berkata...

jadi solusi nya apa ye. kucing jantan saya pun ada masaalah yg sama

adnan alias berkata...

Kucing saya pn sama. Mungkin muda lagi kut. (13bulan).

Jimy Long berkata...

Nak xnak kena spay la.. law x kesian.. dia jd garang n xlalu mkn

Boy Girl berkata...

Kucing sia lagi teruk,umur 2 tahun lebih suda p dia cium2 ja pantat kucing betina pas dia pigi main jau2 emm..

Intan Ashikin berkata...

Kucing sy seekor kcg betina mix maincoon dah 2 kali matting dgn3 ekor kcg jantan yg berlainan baka. Tapi tak bunting2.. rasa frust gak. Lama tunggu kitten..mana silap x tau la. Duit banyak habis anta matting.

Intan Ashikin berkata...

Kucing sy seekor kcg betina mix maincoon dah 2 kali matting dgn3 ekor kcg jantan yg berlainan baka. Tapi tak bunting2.. rasa frust gak. Lama tunggu kitten..mana silap x tau la. Duit banyak habis anta matting.

Ina Zalina ❤ zaleena collection berkata...

Kucing sy pn sama ni... dr kandang besar pindhkn kandang kecil. Yg betina dh bersedia yg jantan wat x tau je smpi bercekau. Sy cuba anu si jantan tu sy gosok2 nk naikan nafsu dia. Pun sama wat x tau jg. Pernah nmpk yg jantan bertenggek atas betina tp anu nya terletak kat atas bdn si betina. Last2 betinanya fedup. Mcm mn lah nk buat. Rasanya kena ikhtiar lg gosok anunya lg.

Rahayu Ramli berkata...

Kucing saya sehari lebih 3-4 panjat kucing betina yg saya pinjam dari kawan, tapi semua x masuk tempat yg betul. Duk gesek2 henjut2 kat bdn je,
Puas saya tolong kangkang dan naikkan lagi tinggi ekor si betina tak juga dia dpat cari mana nak masuk..

Elly Gerimis berkata...

Itulah sebabnya kcg x bunting agaknya.. kesian kucing2 yg ada masalah ni.. 😔😔.

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes