Sunday, 16 December 2012

Ramalan Hari Kiamat 2012

hari kiamat

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Begitu juga dengan Bumi kita ni.Banyak teori dan ramalan dibuat sejak beribu tahun dahulu mengatakan segalanya akan berakhir pada penghujung 2012 atau lebih tepatnya 21-12-2012.Jom kita tengok beberapa ramalan yang paling meletop.


Ramalan Astrologi Kuno China
Para astronomer China Dinasti Chang pada tahun 1766 meramalkan pada tahun 2012, bencana besar akan melanda dunia.

Ramalan Planet Nibiru
Pada tahun 1995 Nancy Lieder memberi amaran sebuah planet yang bernama Planet X atau Nibiru akan melanggar bumi atau sekurang kurangnya hampir melanggar bumi pada 2003.Apabila tahun 2003 belalu tanpa kiamat, Nancy up pulak jadi tahun 2012.Aparaaaaa.
Nostradamus

Ramalan Nostradamus
Nostradamus atau nama sebenarnya Michel de Nostredame adalah warganegara Perancis berbangsa Yahudi laknatullah ni peramal paling terkenal dalam sejarah.Dia meramalkan tahun 2012 ni penuh dengan kegelapan, bencana alam dan perperangan.Walaupun ramalan pasal kiamat ni nampak macam mengarut.tapi ramalan ramalannya yang lain tu hampir semuanya tepat.

Ramalan Kaum Maya
Kaum Maya di Yucatan, Amerika Tengah merupakan kaum yang pandai dalam ilmu falak.Sejak beribu tahun dulu mereka dapat menghasilkan kalender yang sangat tepat dan hampir sempurna.Malangnya kalender tu hanya dapat diramal sehingga 21-12-2012 sahaja.Ini kerana pada tarikh tu, semua planet dalam sistem suria ni akan bergerak ke kedudukan selari.Dalam kedudukan ini, medan megnetik bumi akan terganggu teruk dan menyebabkan kerak bumi bergerak dengan drastik.Ini akan menyebabkan gempa bumi kuat, letusan gunung berapi dan tsunami.Dalam kalender mereka tarikh ini adalah kiamat atau penamat bagi dunia ini.

Dua tiga menjak ni khabar angin bertiup kencang kat internet kononnya walaupun ramalan kaum Maya pasal kiamat tu karut, tapi ramalan tentang semua planet akan bergerak kedudukan selari tu ramai yang percaya.kedudukannya dikatakan akan sempurna pada 23 hingga 25 Disember 2012.Bayangkan kalau bulan berada ditengah antara Bumi dan Matahari, gerhana akan berlaku.Apa agaknya akan jadi kalau kali ini planet Mercury dan planet Venus turut sama menghalang cahaya Matahari tu?Bagi aku tak ada apa apa sebab dua planet tu bukannya besar sangat.Lainlah planet Marikh yang block cahaya.Memang gelaplah dunia ni.
semua planet menjadi selari
Lepas berakhir tarikh tu pun, banyak lagi ramalan lain yang akan muncul.Minat manusia pada sesuatu yang menakutkan takkan padam malah akan terus bercambah.Tambah pulak ada macam macam kat angkasa lepas yang boleh kita kaitkan dengan bencana alam.Bak kata saintis NASA, Dr David Morisson "minat manusia semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa satu terma  iaitu kosmofobia.Semakin manusia mengenali angkasa, semakin mereka takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut matahari, lubang hitam dan milky way."

Kiamat sememangnya akan berlaku.Ini memang tak dapat dinafikan.Tapi kita tak akan tahu bila sebagaimana firman Allah "Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah disisi Allah tetapi kebanyakkan manusia tidak tahu” (Al Araaf:187)

Jadi tak perlulah kita takut sangat sebab banyak lagi petanda yang belum muncul.Nabi pun pernah bersabda "Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sebelum kalian melihat 10 tanda. Beliau menyebutkan ; Asap, Dajal, haiwan melata, terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa bin Maryam, Yakjuj dan Makjuj, tiga gerhana matahari iaitu gerhana timur, gerhana di barat dan gerhana di jazirah Arab dan akhir dari semua itu adalah api yang keluar dari Yaman yang menghalau manusia ke Padang Mahsyar"(Hadis Muslim).

Kita tak perlu menunggu sehingga kiamat atau tunggu sehingga munculnya petanda petanda tu.Kalau dunia tak kiamat pun, ada macam macam cara untuk kita mati.So bertaubatlah.Tak salah kita nak berhibur.Kita boleh nikmati hidup kita sebaik baiknya.Cuma biarlah berpada pada.Yang penting tak menyalahi undang undang agama dan undang undang negara.

1 ulasan:

Anonymous said...

Why users still make use of to read news papers when in this technological world the whole thing
is existing on web?
my web page :: perfumes

Post a Comment

Oh Belog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes