e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Cara Mandikan Kucing | KucenMaster

Selasa, 29 Januari 2013

Cara Mandikan Kucing


Cara mandikan kucing parsi sangat simple.Cuma basahkan bulu kucing, lumurkan dengan shampu dan ratakan.Kemudian bilas sehingga bersih.Semudah ABC!Tapi tahukah anda kucing amat membenci air.Ada sesetengah kucing menjadi agresif apabila disiram air.Hari ni aku kongsikan cara aku memandikan anak anak bulus aku.


Diva, Boboy, Puteri dan Kitty sangat senang dimandikan.Tapi Jacko dan Chong Wei pulak pantang terkena air.Setiap kali nak mandikan dia, habis tangan aku calar balar sebab dia menggelupur.Walaupun ada kucing aku yang senang bagi kerjasama untuk dimandikan, tapi bila nak mandikan banyak banyak, aku gunakan cara yang sama untuk semua.Barulah adil.

Mula mula kumpulkan semua kucing yang nak dimandikan dalam cage.
Menunggu untuk dimandikan

Siram air daripada luar cage.Hati hati jangan sampai air termasuk ke dalam telinga.
Operasi membasahkan kucing

Sapukan shampoo dan ratakan.Aku selalu gunakan shampoo anti flea untuk mengawal populasi kutu dan fur mites.Biasanya semasa dishampoo, anak anak bulus ni tak lah melawan sangat.
Shampu anti flea
Operasi menyampu kucing

Siram air dari luar sekali lagi untuk membilas shampu.Siram sekali bahagian bawah kucing.Bagi kucing yang tak banyak ragam, gunakan tangan untuk hasil yang lebih bersih.Yang agresif bila kena air tu, siram jelah dari luar untuk mengelakkan daripada kena cakar.
Operasi membilas bulu kucing

Lap sehingga kering.Bagi kucing yang berbulu panjang, bulunya boleh diperah untuk memudahkan proses pengeringan bulu.
Operasi mengeringkan bulu
Mengeringkan bulu menggunakan hair dryer sememangnya satu idea yang baik.Tapi kebanyakan kucing akan takut mendengar bunyi hair dryer.Jadi aku hanya menggunakan cara mengelap dan mengurungkan kucing ini sehingga kering.Apabila sudah cukup kering, barulah anak anak bulus dibebaskan untuk bermain di dalam rumah.
Bulu dibiarkan kering

Selain daripada memandikan sendiri, kadang kadang bila kemalasan melanda, aku hantar je kanak kanak ni mandi di Pet Save dengan bayaran RM50 seekor.Tapi tak mampulah nak hantar dengan kerap.Bankrap woooo.

Inilah cara memandikan kucing cara aku.Mungkin ini bukanlah cara terbaik tapi inilah cara yang terbaik yang aku mampu lakukan setakat ni.Cepat dan selamat daripada dicakar.Hohoho.

9 ulasan:

Mama Adam berkata...

Wa tara anak bulus =)

kucen master berkata...

adam dh pndai mandi sendiri ke blom?

haz berkata...

mmg kucng akn jd agresif bila cbe nk mndikn dia kn. sampai dicakar2nye kte. hihi

Akhelaken berkata...

ooo... pakai air paip gitu xkesejukan ke mereka? kucing sy kena pakai air suam bagai.. kdg2 malas jugak huhu

Unknown berkata...

awak macam bonda saya..masuk dalam sangkar tapi cara syampu ada 2 ..satu bonda bancuh siap2 dalam baldi kecil..siram jirus kat badan anak2 bulu.. yg kedua die sapu terus kat bulu... kendian baru bilas... pastu die jemur aja.. kering sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Bole tau pet save mana awk htr utk mandikan mereka coz saya bru ambk dua ekor kitten so ingat nk kasi cuci dulu bdn diorg, saya ni penakut skit, saya ddk area pandan perdana tp pet save kt sini semuanya chinese punye, saya was2 nk htr kt diorg sbb diorg pun mandikan anjing jgk, klu dpt saya nk kedai melayu. Tq

kucen master berkata...

Kalau area pandan, sy tau 1 je kedai melayu - pet platinum.lokasi sebelah tesco ampang.kedai merangkap klinik haiwan ni agak murah kalau nak banding dengan pet save.pekerja pun semuanya muslim.melayu dan indon.

Tanpa Nama berkata...

Ooo ok tq so much..nnt esok saya pegi tgok..

syafina ghazi berkata...

Salam. Sorry tetibe. Tahu tak yang vets dekat pandan prima tu dah nak ditutup service nye. Dari 27/11/2014. Tensen. Sebab dah biasa pergi situ and senang prefer dr/owner melayu. Jom carik jalan convince diorg jangan tutup, jom?!

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes