e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Fur mites | KucenMaster

Isnin, 21 Januari 2013

Fur mites

Furr mites memang kerap menyerang kucing terutamanya kucing berbulu panjang seperti kucing parsi.Berbeza dengan kutu biasa, fur mites adalah species kutu yang tidak menghisap darah.Sebaliknya kutu jenis hanya memakan protein yang terdapat pada bulu.


Sebab tu kucing yang dijangkiti biasanya macam tak berapa terganggu dengan kehadiran parasit halus ni.Selain sebab terlalu halus untuk dilihat, fur mites ini tidak menyebabkan gatal gatal pada kucing.Namun apabila dibiarkan, bulu kucing akan menjadi rapuh dan mudah tertanggal walaupun tanpa ditarik.Apabila sampai ketahap ini, masalah besar akan muncul sepertimana yang dialami oleh Diva dan Boboy/Cotton.
Diva dan Boboy yang teruk diserang fur mites
Kerapuhan stuktur bulu menyebabkan bulu putih milik Boboy berterbangan dalam rumah ni amat merimaskan.Kalau sikit takpe.Tapi bila dah terlalu banyak gabungan bulu Diva dan Boboy berterbangan, rumah ni dah macam kat Korea la pulak.Bulu berterbangan dah macam salji yang turun.Nak makan pun susah sebab ade je 'salji' mencari ruang untuk mendarat di dalam pinggan.

Bulu bulu ni menyebabkan kucing kerap menjilat badannya sendiri.Ini menyebabkan bulu bulunya terlekat pada giginya.Sepertimana yang aku jumpa masa aku check mulut Diva.Selain daripada mengganggu keselesaan kucing, bulu ni juga menyebabkan mulut kucing berbau busuk.

Bagi bulu yang berjaya melepasi halangan gigi pula, masalah lain akan muncul.Bulu bulu ini masuk ke dalam mulut dan mengganggu sistem penghadaman kucing.Sesetengah kucing boleh memuntahkan gumpalan bulu yang lebih dikenali sebagai 'hair ball'.Bagi yang tak dapat mengeluarkan masalah ini semada dengan cara muntah atau poo, kewujudan bulu bulu ni dapat mengudang penyakit lain.

Ubat titis
Untuk mengatasi masalah fur mites ni, penggunaan ubat titis Frontline amat berkesan untuk membasmi kutu hama.Cara penggunaannya, 3 hari sebelum menggunakan ubat ini, jangan mandikan kucing.Ubat ini dititiskan pada belakang tengkuk kucing dan dibiarkan kering.Selepas itu kucing tidak dibenarkan mandi selama 3 hari lagi.Ubat akan meresap perlahan lahan ke dalam kulit dan merebak ke semua bahagian bulu.Ini dapat membunuh hampir semua jenis kutu.Namun sekiranya bulu sudah mula rosak ketahap yang kronik, ubat protein ini sukar sampai ke bulu bulu.Ini disebabkan banyak bulu yang telah mula kosong di pangkal.Akibatnya ubat hanya sampai ke bulu bulu yang masih sihat sahaja.

Selain ubat titis, Frontline juga ada ubat jenis semburan.Caranya, semburkan pada bulu kucing sehingga basah dan ratakan dengan tangan.kemudian biarkan kering.Lebih afdal, pakaikan kolar pada kucing untuk elakkan dia menjilat ubat tu.Pada aku, untuk tahap ni, ubat semburan ni lebih berkesan.

Shampoo anti flea juga berguna mengawal populasi fur mites.Percubaan aku keatas PuteriJacko dan Kitty yang menampakkan hasil yang memberansangkan.Tapi Diva dan Boboy pula tak ada perubahan yang ketara.

Dua tiga bulan ni, banyak pihak mempromosikan Baja Haiwan.Cecair ini di tambah pada minuman kucing dikatakan mampu meningkatkan antibodi semulajadi haiwan untuk mencegah dan melawan kutu, kurap dan lain lain penyakit biasa.Selain tu baja haiwan juga dikatakan membantu mempercepatkan tumbesaran, melancarkan sistem penghadaman dan mengurangkan bau busuk pada tahi.Tapi aku belum mencuba sejauh manakah keberkesanan produk ni lagi.Harap harap memang betul dia boleh setelkan masalah fur mites ni.

Walaupun fur mites adalah hidupan yang kecil, tapi kesan yang dibawanya cukup besar bagi kucing dan pemiliknya.Macam biasa, aku mengharapkan ada sesiapa yang ada cara lebih bagus sudi berkongsi di sini untuk manfaat semua orang.Semoga satu hari nanti fur mites bukan lagi masalah bagi kita semua.

8 ulasan:

haz berkata...

furmites tu terbang ke rmbt mnusia x? hihi

Mama Adam berkata...

cukur botak la kucing2 tu. hihihi

kucen master berkata...

rambut manusia x sesuai ngan selera fur mites tu.diorg suka bulu kucing, anjing n arnab

kucen master berkata...

kalau cuku botak, dah tak jadi kucing parsi la.nnti jadi kucing sphnyx la pulak

Shikazi Kikaru berkata...

klo pakai ubat titis tu kucing jilat xpe ke?

kucen master berkata...

ubat tu titis kt tengkuk dia.dia x sampai nak jilat.tp kena asingkan dengan kucing lain sbb takut dia jilat sesama sendiri

Tanpa Nama berkata...

Saya bru perasan kucing sy ade bntik2 hitam kt bulu die..klu tgk mate ksr xnmpk tp ble mndikn n bulu die basah mmg clear sgt nmpk.mule2 ingt kotoran biase sbb die putih cm kcg awk..tp td bru prasan ble tgk btl2 bnde hitam tu gerak2..aww..so scarry..die bahaye ke tuk mnsia?

ezusan berkata...

slm..kat mne nk beli frontline tu kt area sg petani?

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes