e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Ribut Sonamu Di Malaysia | KucenMaster

Isnin, 7 Januari 2013

Ribut Sonamu Di Malaysia


Berita ribut Sonamu bakal melanda Malaysia terutamaya negeri negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang kini tersebar dengan cepat.Sms alert, twitter, BBM semua bercakap pasal Sonamu.Malah kat kedai makan pun, Sonamu menjadi bahan bualan.


Walaupun Sonamu tidak akan membadai Malaysia secara langsung, tapi kita perlu berhati hati menghadapi segala kemungkinan.Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga telah mengeluarkan amaran berjaga jaga kepada semua penduduk persisir pantai.Malah MKN telah bertindak membina benteng penghalang ombak di Kelantan.Ini bagi menghadapi risiko dibadai ombak setinggi 5.5 meter pada kelajuan 70km/j yang dibawa oleh Sonamu.

Sonamu juga bakal membawa banjir gelombang ke tiga ke negeri negeri pantai timur yang baru beransur pulih dari banjir.Akitivi menangkap ikan juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu.Ini akan menjejaskan bekalan ikan.Kenaikan harga ikan pasti tidak dapat dielak.

Bagi pasukan penyelamat, mereka perlulah bersedia menghadapi ribut Sonamu ini.Pelbagai bantuan akan ditagih daripada mereka sekiranya ribut Sonamu ini menjadi bencana yang dasyat.

Bagi kita yang tidak dijejas secara langsung pula, kita perlu bersedia membantu dari segi derma.Bantulah seikhlas mungkin.

Walaupun ramalan ribut Sonamu ini belum tentu seteruk ini, sebagai umat Islam kita perlu berdoa memohon ke hadrat Illahi agar dijauhkan segala bala bencana.Semoga ribut Sonamu tidak mengganas di Malaysia.

Doa Menolak Bala

1 ulasan:

haz berkata...

semoga mereka di sana selamat..

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes