e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Taman Buaya Melaka | KucenMaster

Sabtu, 26 Januari 2013

Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka sememangnya terkenal di seluruh Malaysia.Kalau nak tengok buaya, orang tak rekomen pergi Sungai Rajang, Sarawak atau Sungai Semantan, Pahang.Tapi orang suruh pergi tengok kat Taman Buaya Malaka.Kenapa?Best sangat ke?


Buaya tembaga di Port Dickson ( gambar Google )
Keistimewaan Taman Buaya Melaka adalah kerana taman ini menghimpunkan pelbagai spesies buaya air tawar dan air masin dari seluruh dunia.Maknanya kita tak payah pergi Sungai Linggi untuk tengok buaya tembaga atau pergi India untuk tengok buaya marsh mugger.Semuanya ada kat Taman Buaya Melaka.

Buaya marsh mugger ( gambar Google )
Selain tu pelbagai aktiviti menarik seperti memberi buaya makan, pertunjukan buaya dan pertunjukan ular sering dipromosikan Taman Buaya Melaka.Aksi aksi buaya ganas ini pastinya menggamit pelancong  termasuk aku.

Harga tiket yang berpatutan
Terpengaruh dengan reputasi hebat Taman Buaya Melaka, aku pun menerjah ke taman yang feymes ni.pada 30 Disember 2012.Hari Ahad, mesti banyak perkara menarik.Tambah pulak nak sambut New Year.Harga yang dikenakan tidaklah mahal.Hanya RM10 sahaja bagi dewasa dan RM6 untuk kanak kanak.Kalau free kesian pulak kat buaya buaya tu nanti.

Don't try this at home
Di dalam lobi, pengunjung diperlihatkan dengan anak anak buaya yang comel dalam kurungan.Budak budak tu agak aktif bergerak.Geram tengok.Rasa nak buat tali pinggang je.Hahaha.Selain tu ada sekor buaya yang agak besar diawetkan untuk tatapan pengunjung.Rasa teruja nak tengok buaya buaya besar hidup beraksi pulak.Dalam kepala otak aku dah terbayang buaya besar menghambur keluar dari air untuk menyambar makanan.Tak pun pertunjukan masukkan kepala dalam mulut buaya.Macam macam benda best yang terbayang dalam otak aku masa tu.

Makhluk yang menghantui rumah hantu
Keluar daripada lobi, tersergamlah Miniature Malaysia.Tapi aku tak berapa minat dengan benda alah ni.Tempat pertama aku tuju ialah rumah hantu.Bayarannya cuma RM3 je.Murah giler.Tapi dalam tu pendek jela laluan dia.Rasa macam baru jalan sikit je dah sampai keluar balik.Hantu dia pun tak seram.Patut lah murah.
Dinosour yang nampak kartun
Lokasi kedua, Jurassic World.Bayarannya pun RM3.Kat sini kitorang naik train mengelilingi taman ini.Time dalam gua, nampak gempak jugaklah.Sebab cahaya samar samar kot.Tapi bila train tu keluar daripada gua, dinosour yang keluar nampak macam katun je.Hahaha.

Selesai tengok dinosour, tibalah masa untuk melihat penghuni penghuni Taman Buaya Melaka.Tapi buaya buaya di sini tak bergerak macam yang aku harapkan.Semuanya kaku macam patung.Terasa seolah olah aku tengah melihat pameran arca arca buaya saja.Adoyai.Di pentas pertunjukan pun sama.cuma ada 2 ekor buaya yang sedang membatukan diri.Tensen betul.Rasa membazir masa dan duit je datang ke sini.

Kaku

Macam batu

Kaku

Macam batu

Tempat pertunjukan buaya yang kosong
Akhirnya setelah bosan menunggu buaya buaya ini bergerak, kami mula meneroka rumah burung di Taman Buaya Melaka ni.Walaupun tempatnya kecil dan tak banyak spesies burung, tapi sekurang kurangnya burung burung ni bernyawa dan bergerak.
Antara makhluk yang boleh bergerak
Akhirnya setelah bosan membuang masa di sini, kami pun meninggalkan Taman Buaya Melaka.Tak taulah samada taman memang kurang aktiviti yang menarik atau aku yang datang tak kena masa.Tapi lepas ni kalau ada sesiapa yang nak tengok buaya, aku takkan rekomenkan Taman Buaya Melaka.

7 ulasan:

hana hadi berkata...

hana pernah p sini.. kadang2 was2 plak betul ke buaya hidup. diam je situ.hehe

kucen master berkata...

tu la pasal.baik tgk animal planet je.haha

Mama Adam berkata...

wowowo... bestnya.
bro, pasni buang la words verifiation. hihi

kucen master berkata...

tak perasan pulak benda on.tq sbb tolong bgtaw.dh disable dah

cik nur berkata...

wahhh menarik nur tak pernah terfikir pasal taman buaya tapi Nampak mcm menarik hehe

kucen master berkata...

dtglah melawat.tp klau cuma dapat tgk boye yg tak bergerak, jgn nyesal.heheee

atok_rock berkata...

buaya yg bergerak aktif ialah buaya habitat luar..buaya kurungan jgn mimpi nk tgk aktif sgt..sbb ciri2 buaya ialah rilek sblum mengganas..hahaha

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes