e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Bila harga emas akan naik? | KucenMaster

Rabu, 26 Jun 2013

Bila harga emas akan naik?


Harga emas jatuh sejak April lalu masih belum pulih.Harganya sentiasa turun setiap hari.Ramai yang beranggapan harganya akan turun lagi.Masing masing masih lagi mengharapkan trend kejatuhan harga ini akan berterusan dan hanya akan membeli pada harga terendah.Persoalannya paras manakah baru boleh dikatakan harga terendah?


Harga emas yang turun pasti akan naik kembali bila bila masa.Tindakan menunggu mungkin membuahkan hasil kerana harganya mungkin akan naik lagi.Tapi risikonya, harga emas akan meningkat secara tiba tiba dan kita akan terlepas harga terendah yang kita tunggu selama ini.
Harga emas sejak tahun 2003
Secara jujurnya, aku percaya harga emas akan turun lagi berdasarkan trend sekarang.Tapi Ramadhan yang bakal tiba akan mencetuskan lonjakkan harga emas.Persiapan menyambut syawal akan meningkatkan permintaan emas.Walaupun majoriti umat Islam tak kaya sangat, berdasarkan jumlah penganut Islam yang berjumlah 1, 358, 948, 848 orang (pada tahun 2010), lonjakkan tu tetap berlaku (andaian akulah).
Gambar dari google
Aku pun berhajat untuk membeli semasa harga emas tengah murah ni.Aku berminat dengan emas dalam bentuk duit syiling.Boleh aku masukkan dalam koleksi duit syiling aku.Setelah mempertimbangkan antara Dinar Public Gold, Dinar Kelantan, Dinar CGP dan Kijang Emas, rasanya aku akan beli Dinar Public Gold kot.

Harap harap andaian aku tu betullah.Tapi kalau tak betul pun tak apa sebab pelaburan emas adalah satu pelaburan jangka panjang.Kalau tak betul betul terdesak, memang tak akan jual punyalah.Buat harta pusaka je la.

7 ulasan:

Mama Adam berkata...

emas benda yang tak perlu tunggu. ada duit, beli terus. sbb harga memang akan naik

! Norwahidah Othman ! berkata...

saya pun dah beli dinar emas pubic gold. masa beli tu harga rm 618. lusanya harga turun lagi rm 586. hadoiii..

kucen master berkata...

Tp klau boleh beli dengan harga yg murah lagi bagus

kucen master berkata...

Petang semalam harga public gold tutup RM561.hari ni pun rasanya turun lagi

kucen master berkata...

2 hari lepas dh lock harga RM561.ingatkan dh murah.hari jadi RM550 plak...

Teena Tna berkata...

Masa harga emas turun aritu, sempat lah my sis menambah koleksi brg kemasnya...

Muhamad anuar Marsib berkata...

Terima kasih di atas perkongsian info... Semoga terus berjaya menghasilkan keuntungan melalui pelaburan emas....

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes