e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Jerebu | KucenMaster

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu


Macam dah jadi acara tahunan, setiap tahun Indonesia akan menghantar jerebu ke seluruh nusantara.Paling teruk terjejas, Singapura dan Malaysia selain Indonesia sendiri.Puncanya - pembakaran hutan di Indonesia.


Setiap tahun banyak tanah di teroka untuk membuka ladang di seluruh dunia.Kalau kat Malaysia ni, Kelantan tengah rancak menggondolkan hutan untuk membuka Ladang Rakyat.Di Indonesia pun perkara sama berlaku.Cuma bezanya di Kelantan, pokok balak di tebang terlebih dahulu.Pembersihan hutan di lakukan dalam keadaan terkawal.Di Indonesia pula, penguakuasaan undang undang tidak seketat di Malaysia.Ini menyebabkan terdapat segelintir orang bodoh di sana mengambil jalan paling mudah - kite bakor je.
Balak bermutu tinggi turut dibakar

Aku rasa susah nak terima bila ada menteri Indon keluar statement marahkan Singapura yang mengkritik kelemahan Indonesia dalam mengawal pembakaran terbuka.Kata menteri tu "ini bukan yang diingini Indonesia.Ini disebabkan keadaan semulajadi".Apa punya bangang statement yang keluar dari mulut seorang menteri tu.Kalau jerebu ni di sebabkan gunung berapi atau hutan tu terbakar sendiri disebabkan cuaca terlampau panas seperti di Selangor dulu, bolehlah kata semula jadi.Tapi jerebu ni hasil tangan manusia.Indonesia sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam masalah ini.Janganlah bagi jawapan bodoh!!!

Satu lagi jawapan Indonesia mengenai masalah ini ialah ladang ladang yang dibuka di Riau tu, ada yang dimiliki oleh syarikat syarikat dari Malaysia dan Singapura.Bukan semua syarikat dari Indonesia.Memang betul.Tapi sekiranya penguatkuasaan dilakukan dengan tegas, pemantauan sentiasa dibuat, pekara ini boleh dielakkan.Paling penting, rakyat Indonesia yang mengambil upah membersihkan hutan perlu dididik mengenai kesan pembakaran hutan.Wajibkan mereka pergi sekolah.Tak kisahlah kalau tak jadi pandai.Tapi sekurang kurangnya mereka taklah terlalu bodoh macam sekarang.
Jawapan sinis kepada kritikan dari Malaysia dan Singapura

Hasil dari kebodohan segelintir orang yang mengambil upah membersihkan hutan ini, hutan menghijau menjadi abu.Langit yang cerah jadi kelabu.Udara yang bersih jadi berdebu.Penglihatan dan pernafasan kini terganggu.Penyakit berkaitan pernafasan meningkat mendadak.Banyak aktiviti ekonomi terhenti.Aku pun terpaksa bercuti esok.Sebabnya semua sekolah di Johor, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur ditutup akibat jerebu.Aku pula berniaga di kantin sekolah.Asyik cuti je.Duit tak masuk.Dahlah puasa dan dekat.Macamana aku nak sambut raya nanti?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

fucking indon pussy cunt always create haze to our neighbors

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes