e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Rahsia Garam Untuk Kesihatan | KucenMaster

Jumaat, 7 Jun 2013

Rahsia Garam Untuk Kesihatan


Penggunaan garam bukit bagi tujuan kesihatan bukanlah sesuatu yang baru.Sejak beribu tahun, manusia mempercayai sejenis tenaga misteri tersembunyi dalam garam yang mampu meningkatkan kualiti hidup.Bukan setakat menyedapkan makanan je taw.Banyak lagi khasiat garam bukit ni.


Amalan memakan secubit garam juga menjadi sunnah Rasullulah S.A.W.Sepertimana sabdanya, "Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah kusta, sakit perut dan sakit gigi. Selebihnya Allah yang Maha Mengetahui".Malah dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar, Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah menurunkan 4 perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (melalui hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam".

Garam, terutamanya garam bukit dipercayai mampu meningkatkan aura positif dan potensi diri.Sama seperti air, garam memiliki tenaga untuk memerangkap sesetengah gelombang untuk membentuk aura diri yang baik.Inilah sebabnya air dan garam banyak digunakan dalam rawatan Islam.Garam juga boleh dijadikan pendinding kerana ia tidak disukai oleh jin dan syaitan.

Meminum air larutan garam bukit juga terbukti dapat membantu menyingkirkan logam logam berat seperti plumbum, merkuri dan arsenik dari tubuh.Ia juga membantu menyeimbangkan PH darah.Dalam kata lain, pengambilan air garam adalah satu proses detoksifikasi yang berkesan walaupun agak perlahan.

Selain makan dan minum, khasiat garam juga dapat dimanfaatkan dengan cara mandi atau berendam dalam air garam.Sejak dulu lagi, manusia menggunakan kaedah merendam kaki dalam air garam untuk menyah toksik dari badan.Amalan ini dipercayai membantu membuang sel sel mati dan mengaktifkan sel sel baru disamping melancarkan peredaran darah.Ia juga berkesan untuk melegakan kelenguhan kaki.

Dr. Barbara Hendel bercerita pasal garam bukit

Kalau korang rajin google, banyak lagi hasil kajian pasal khasiat garam bukit korang akan jumpa.Rugilah kalau anugerah alam yang tak ternilai ni tak dimanfaatkan.Selain untuk tujuan kesihatan, kita juga mendapat pahala mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W.

3 ulasan:

Mama Adam berkata...

Yeahhh

Noridah berkata...

bagus juga untuk pesakit kanser

MG schmidt berkata...

sesiapa ada masalah kaki berbau boleh try multi purpose spray deodorant
boleh juga mengawal bau badan
lebih lanjut boleh lihat sini
https://www.facebook.com/pages/Pewangi-Ajaib-Odor-X/336781856486607

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes