e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Selamat Bulan Syaaban | KucenMaster

Selasa, 11 Jun 2013

Selamat Bulan Syaaban


Sedar tak sedar hari ni dah 2 Syaaban.Tak sedar pun Rejab dah habis.Tak lama lagi masuk pulak bulan Ramadhan.Sekejap masa berlalu.Dah nak berpuasa dah kita.Puasa yang lepas dah habis ganti?Heheee.


Tapi sebelum bulan Ramadhan, kita cerita dulu bulan pasal Syaaban.Bulan ke 8 dalam kalendar Islam ni dinamakan Syaaban bermakna berpecah belah atau berserak serak.Nama ini dipilih kerana terdapat terlalu banyak kebaikan di bulan ini sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Dinamakan Syaaban (berserak serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebaikan yang berserak serak"

Di bulan Syaaban ni juga berlaku satu peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu peralihan kiblat dari Masjid al-Aqsa (Palestin) ke Kaabah di Masjidil Haram (Mekah).Macam manalah agaknya kalau kita masih lagi berkiblatkan Masjid al-Aqsa yang dijajah Israel celaka tu?Mungkin tak semua dunia Islam bersatu membebaskan kiblat kita?Atau cuma bercakap macam sekarang tapi tak berani bertindak sebab takut kat Israel dan Amerika.

Sama macam bulan Rejab dan Ramadhan, Syaaban juga ada fadhilatnya.Keistimewaan yang sentiasa ditunggu tunggu oleh umat yang dahagakan keampunan dan keredhaan Allah.
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan manuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.
  4. Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al-Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibubapa, pembuat firnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

1 ulasan:

Mama Adam berkata...

Puasa x?

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes