e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Koleksi syiling terbaru | KucenMaster

Khamis, 15 Ogos 2013

Koleksi syiling terbaru

 antique coin
Duit syiling lama ni adalah yang terbaru dalam koleksi duit syiling dan duit lama aku.Dan lebih menarik, inilah duit yang tertua dalam simpanan aku.2 keping syiling 1 dollar bergambar King Edward VII tahun 1907 dan 1909.Sebelum ni, paling lama pun duit syiling tahun 1967 je.
duit syiling antik
muka belakang
Duit ni memang aku tak pernah tengok sebelum ni.Masa mula mula belek duit ni, aku ingat ni duit yang digunakan kat Britain je.Tapi pelik pulak ada tulis satu ringgit dalam tulisan melayu jawi.Apasal pulak ada bahasa Melayu kat duit British ni?Fikir punya fikir barulah teringat zaman tu Tanah Melayu dalam jajahan British.Tu pun boleh lupa ke?Memang dasar Melayu mudah lupa.Hohohooo.
one dollar king edward
Tulisan 'satu ringgit dalam bulatan
Apa yang istimewanya duit lama ni, zaman dulu syiling biasanya diperbuat daripada logam logam yang mahal.Emas, perak dan gangsa.Duit syiling aku ni dibuat daripada perak (90%).Sekarang ni je syiling dibuat daripada logam murah seperti besi dan nikel untuk mengurangkan kos.Nilainya bergantung pada Bank Negara nak tulis berapa.

Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ni barulah duit syiling emas (dinar) dan perak (dirham) kembali popular.Di Malaysia ni, dinar Kelantan dan Publicgold paling mendapat tumpuan.Malah ada kedai kedai di Kelantan menerima dinar dan dirham ni sebagai matawang.
dinar emas publicgold
Koleksi emas pertama aku
Sebagai peminat duit syiling, aku pun tak dapat mengelak daripada terjebak ke gejala membeli wang dinar ni.2 keping dinar Publicgold aku sapu.Walaupun cuma 2 dinar je, cukuplah untuk permulaan.Ada rezeki lebih nanti dinar Kelantan pulak aku beli.Aminnnn.

P/S: ada sesiapa tak yang nak offer duit antik tu dengan harga beribu ribu ribu ribu ringgit, sila call aku 0143344455

5 ulasan:

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum... kucen,

peminat duit lama rupaanyer.. kalu 1 ringit siling lama nak beli x?...

mselim3

pls: dah follow blog nie..kalau sudi follow mselim3 k.

Noor Mala Shahar berkata...

singgah sini

save 22 satu


http://www.noormalashahar.com

Tanpa Nama berkata...

saya ada duit 1 dollar tahun 1804....

Norazilawati Ahmad berkata...

Assalamualaikum..
Duit syiling ni juga dikenali duit negeri selat "Strait Settlement"...akak ada satu keping je 1903..

kembau semabok berkata...

Sy ade tahun 1909...sape brminat nk bli...huhuhu

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes