Monday, 19 August 2013

Tema Hari Kemerdekaan 2013


Tema Hari Kemerdekaan 2013 adalah "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku".Tema ini dipilih untuk menyemai rasa sayang dan cintakan negara.Tema Hari Kemerdekaan ke 56 ni juga menyeru semua rakyat Malaysia bersatu demi menjaga kedaulatan negara.

logo kebangsaan ke 56
Logo Hari Kemerdekaan ke 56
Logo rasmi pun dah dikeluarkan.Rekaannya agak ringkas tapi menarik.Menggunakan warna warna dalam Jalur Gemilang untuk mehasilkan angka 56.

Nampaknya setelah dikritik hebat kerana logo yang buat macam tak ikhlas dan pilihan tema kemerdekaan yang macam nak menagih undi pada tahun lepas, sehingga pihak pembangkang terpaksa menyambutnya berasingan dengan kerajaan pusat.Tema pun dibuat lain sebab tak boleh terima tema berat sebelah yang dibuat kerajaan pusat.Tahun ini, Kementerian Penerangan Malaysia kembali ke landasan yang betul untuk menyatukan rakyat.Tahniah diucapkan.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan ke 56 ni mampu menyatukan rakyat seperti dulu dulu.Jangan ulangi kesilapan tahun lepas.Harap harap tahun ini tak ada lagi Sutan dipinggirkan semata mata kerana ahli politik sibuk berceramah meraih undi di majlis majlis kemerderkaan dan tak ada lagi pihak yang mendendangkan lagu yang mengungkit semua budi yang ditabur dibalas dengan undi.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 56. MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!!!

2 ulasan:

puteri kasih said...

cepatnya masa berlalu...hari isnin ni dah Hari Malaysia pula :)

kucen master said...

Masa memang x menunggu kita.rugi kalau kita hargai masa kita

Post a Comment

Oh Belog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes