e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Anak Merdeka Gugur Jua.... | KucenMaster

Jumaat, 6 September 2013

Anak Merdeka Gugur Jua....

kucing persia

Lama dah aku update pasal kucing kucing aku.Kali ini muncul lagi cerita pasal Kitty.Asyik Kitty je kan?Hehehe.Tapi kali ini adalah genre sedih.

Lepas aku post entri Kitty Meniti Alam Remaja dulu, tiba tiba Kitty cuba menonjolkan kedewasaannya.Tak suka aku panggil dia remajalah tu.Hari hari dia berguling guling dan mengangkat punggungnya.Mengiau ngiau minta jantan.Yang bestnya, Diva pun taknak mengalah.Bila Kitty angkat punggung, dia pun sibuk angkat lagi tinggi.Sorilah sebab tak ada video.Taku jadi blog 18sx pulak nanti.Siapa yang malu?Mereka dan keluarga mereka.Hehehe.

Cair dengan rengekkan anak anak gadisku, aku mula mencari calon menantu yang memenuhi keinginan Kitty dan Diva.Akhirnya kucing sahabat dari Bukit Rambai, Melaka bernama Mickey menjadi pilihan.
kucing persia
Diva
Seperti biasa, kejelitaan Diva menambat hati Mickey.Tumpuan diberi pada sepenuhnya pada Diva.Kitty langsung tak dipandang.Mentang mentanglah Kitty tu warna gelap dan Diva tu cerah.Lepas beberapa hari mengawan bersama Diva barulah Mickey seolah olah menyedari kewujudan Kitty yang bersungguh sungguh berguling guling untuk memikat Mickey.
kucing parsi comel
Kitty
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Kitty akhirnya berjaya mencairkan keegoan Mickey.Apalah sangat warna Kitty yang gelap tu.Tak menjamin kebahagiaan pun.Yang penting Kitty tahu melayan dan menjaga hati pasangan.Ni hasil asyik dengar ceramah Uztaz Kazim lah ni.
kucing mengawan
Kitty dan Mickey
1 Julai 2013 Kitty start mengawan.Madunya, Diva buat buat tak nampak je.Cukup sporting.

Masa berlalu, perut Kitty makin membesar.Tapi Diva masih maintain walaupun dia yang mengawan dulu.Mungkin dia nak jaga badan kot.Sebab tu dia belum ready untuk mengandung.

Start 25 Ogos, aku mula berjaga jaga.Manalah tahu Kitty nak nak bagi hadiah besdey (26/08/81) kat aku.Heheee.Biasanya kucing bunting antara 57 ke 65 hari.Jadi dalam tempoh ni aku kena alert ngan segala tingkah laku Kitty.
kucing beranak
Kitty beranak
Akhirnya pada pukul 12 lebih sikit 31 Ogos 2013.Agak agak waktu ni ada seorang brader botak yang berani tengah jadi hero membela kesucian Jalur Gemilang yang cuba ditukar kepada Sang Saka Malaya oleh A Samad Said.Waktu nilah Kitty berhempas pulas untuk melahirkan anak.Aku pun dengan pengalaman membidankan Puteri dulu membantu apa yang patut.Akhirnya 3 ekor bayi Merdeka dilahirkan dalam gegak gempita mercun sambutan kemerdekaan.Semuanya sama macam Kitty.Berwarna tortoiseshell.Semuanya betina.
Anak sulung mati sejurus lepas lahir
Malangnya baby pertama mati selepas dilahirkan.Lagi 2 ekor tu nampak sihat dan kuat menyusu.Kitty pun mempamerkan naluri keibuan yang meyakinkan untuk memastikan kedua anak merdeka ini mampu membesar.

Entah mana silapnya, baby kedua mati hari ketiga.Masa aku balik dari kerja, baby tu dah keras.Kitty pun mengiau tak henti henti.Dia dok jilat jilat bangkai anaknya dengan harapan baby tu hidup kembali.Sedih sangat.Tinggal seekor je anak merdeka.Nampak sihat dan kuat menyusu.

Hari keempat, lepas habis kerja pukul 10 malam, aku terus meluru tengok kucing kucing parsi aku ni.Aku betul betul berharap dapat tengok baby merdeka tu membesar.Tapi malangnya baby tu terbaring lemah dengan lidah terjelir keluar.Lidahnya sangat kering tapi masih bernyawa.Aku raba puting Kitty (bukan untuk mencabul), kering dan macam dah ada susu lagi di dalamnya.Jangan tanya kenapa.Aku memang tak tau kenapa.

Kelam kabut aku cuba titikkan air untuk membasahkan lidah baby.Nak hantar klinik, mana ada klinik buka pukul 10 malam.Aku pergilah membancuh susu.Titikkan sedikit ke dalam mulutnya sebab baby ni dah tak ada tenaga untuk menghisap susu dari botol.Barulah dia nampak bergerak gerak sikit.Tapi sangat lemah.Setelah melakukan semua yang terdaya, aku pergi mandi sekejap.Selesai mandi, aku check sekali lagi.Dah mati.Ketiga tiga serikandi merdeka ni gugur jua.Sumpah sedih.Tak ada sekor pun sempat buka mata.

Yang pergi tetap pergi.Kitty, Diva dan Jacko masih perlukan perhatian aku.Aku perlu kuatkan semangat.Kesedihan mesti dilupakan.Tapi kehadiran 3 ekor anak merdeka walaupun hanya seketika akan sentiasa aku kenang.











39 ulasan:

! Norwahidah Othman ! berkata...

comelnyaaa.
tapi sedih laaa :(
kesian kitty.
xpa. nanti buat balik. hehehehe

Mama Adam berkata...

Yo bro... mmg genre sedih. Tp, pandai susun ayat dah ni... mcm baca novel

Mama Adam berkata...

Yo bro... mmg genre sedih. Tp, pandai susun ayat dah ni... mcm baca novel

kucen master berkata...

Tq norwahidah othman.harap2 lpas ni kitty n diva beranak serentak la.snang sikit.pnat skali

kucen master berkata...

Novel? Hohoho

Syaz Wani berkata...

sedihnya~
kalau sempat besar, mesti semua comel-comel!!
in shaa Allah, next time maybe. =)

Ida Syuhada berkata...

Walaupun ida suka kucing, tapi yang baru lahir camni tak berani nak pegang... bila pegang bila dah besar jer hehe

kucen master berkata...

Shaz wani, kalau sempat besar tu, rasanya semua jadi mcm kitty.insyaallah ada lg next time.tp kne tggu lpas sy taw kenapa susu dia boleh kering.x nk bg banana fruits twice

kucen master berkata...

Ida syuhada, lpas ni klu ada peluang cubalah pegang.lpas try sekali mesti dah x takut lg.heheee

haz berkata...

haha comel je la kucing2 tu. geram tgk diva mmg cun hbes. ptot la mickey tertawan. xD

tp bila bab ank kucing merdeka tu mati sedihnyaa. baru ingt nk mintk sekor... huu xpe2 next time cuba lg. tunggu diva plak ke kn. mesti lg comel ank die nanti. hehe

kucen master berkata...

Nak tggu anak diva lmbt lg la haz.dh byk kali dia mengawan tp masih x bunting

Sally Samsaiman berkata...

comel..sob sob

kucen master berkata...

Mmang comel sgt.tp dh stakat tu je nyawa dia

puteri kasih berkata...

alahai sedihnya..kesian Kitty mesti dia sedih

kucen master berkata...

Mmang sedey sgt.kitty dok jilat2 bangkai anak dia mcm anak dia tu hidup lg

AiSyA LiEzA berkata...

kesian anak2 kucen tu... >.<

kucen master berkata...

Memang kesian..mati semua sekali pulak tu

tiey smilez berkata...

Wah. lawa anak2 kucing dia. Mintak 1.hehe

kucen master berkata...

Jgan kate satu.tiga tiga pon ambiklah klau nak.free je.tapi gali sendirik la kubur budak2 tu

Sop berkata...

sedihnya semua umur x panjang
kalau x boleh minta sekor kan? hehehe
sabo yer... minta diva beranak lagi :)

kucen master berkata...

Diva tu tau mengawan je.bunting tatau la bila.huhuuu

Super Girl berkata...

anak kuchennn . suke3!

kucen master berkata...

Tq super girl.mmang sronok bila ada anak kucen kan? Nak pulak time dia baru pandai berjalan.semua benda dia nk explore.pastu lari terkedek kedek.comel sgt.tp anak2 kitty kali ni x sempat rasa semua tu

SecretOfShaila berkata...

Ya Allah comelnya kucing2..^^

kucen master berkata...

Memang comel.dh mati pon masih comel.kalaulah umur dia panjang, mesti skrg ni tgh belajar berjalan...

tiey smilez berkata...

Kasihan kat si comel ni. Mudah sangat mati time kecik2 tu..

yannie berkata...

Comel kucing2 tu..Takziah untuk si Kitty :( sob2

kucen master berkata...

New born baby memang senang mati.lebih2 lagi kalau ibunya tu x berpengalaman

kucen master berkata...

Tq yannie

Ayu Zan berkata...

sedih pulak. huhu..

PeRdU cINta berkata...

kami sefamily pun minat sangat dengan kucing..tak mampu nak beli kucing parsi atau siam..bela kucing kampung saja..dah sebati..hidup mati bersilih ganti..tapi sedih pasti..bila sebahagian darah daging kita tiadakan..sebak..

Noor Mala Shahar berkata...

singgah isi tyabung nuff

http://www.noormalashahar.com.my

S.K.A berkata...

comel baby kucing 2..tp syg mati pula kesemuanya..sbar la bro..mgkin lepas ni ada rezeki lg =)

kucen master berkata...

Memang sedih ayu zan

kucen master berkata...

Kalau dah sayang, tak kira mahal ke murah kucing tu, kita mesti rasa sedih

kucen master berkata...

Tq kak mala.insyaallah sy pon klik jugak ♡

kucen master berkata...

Harap harap macam tu la S.K.A

eman hafiezull berkata...

salam bro nak pnjam kucing jantan. nak kawinkan dgn kucing saya parsi betina boleh?

Tanpa Nama berkata...

Saya pon penah macamni mungkin saya asyik pegang kot tu yg mabuk

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes