e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Kejutan Dari Diva | KucenMaster

Khamis, 24 Oktober 2013

Kejutan Dari Diva


Baru je rasanya kematian anak anak Kitty.Trauma pun tak hilang lagi ni.Diva pulak, aku tengok lain macam je.Makin tak aktif tapi makin kuat makan.Asyik termenung.Risau aku tengok.

Walaupun Diva makin bulat dan cun, perubahan sikapnya buatkan aku rasa takut.Macam nak beranak pun ada.Tapi lepas dia dan Kitty mengawan dulu, nampak gayanya memang tak jadi.Kitty dah pun beranak 3 ekor.Setahu aku, kucing bunting paling lama pun 67 hari je.Diva pulak, masa Kitty beranak, perut dia kecik je.Tetiba lepas 90 hari perut dia memboyot.Kena sakit misteri macam Wawa Zainal ke?Heheee.
kucing parsi beranak
Kitty beranak
Hari Ahad (13/10/13) pagi, sebelum pergi kerja, kerja mencacai bahan buangan dalam bekas pasir aku lakukan dengan penuh dedikasi.Dedikasilah sangat kan.Haha.Tengok Diva kena diarrhea.Habis bulu dia terpalit cirit.Aku buat la apa yang sempat sebelum pergi kerja.

Habis kerja, aku bergegas balik ke rumah.Hajat di hati nak bawak Diva jumpa doktor veterinar.Tapi Diva dah siapkan kejutan untuk aku.Diva sedang berhempas pulas meneran babynya yang pertama selepas 105 hari mengawan!!!!!
anak kucing comel
siap bedung lagi.hahaha
Dalam keaadan tak bersedia membidankan kucing, aku sedaya upaya menolong Diva.Pengalaman membidankan Puteri, Julie dan Kitty tak mencukupi untuk aku.Kali ni baby dia keluar songsang.Kaki keluar dulu.Aku pulak seorang je.Takde siapa jadi assistant aku.Dalam susah payah, akhirnya Diva berjaya melahirkan 3 ekor baby.Semua warna putih cream macam Diva.Malangnya ada satu yang tak bernyawa.

Dua ekor baby yang dilahirkan Diva sebijik macam dia.Telinganya mewarisi telinga American Curl milik Diva.Bulunya tak sepanjang Jacko tapi lebat macam maknya.Warna putih cream pun sama macam Diva.seekor jantan dan seekor betina.Sepasang tu...
Betina
jantan
Walaupun baru lepas bersalin, kebersihan harus diutamakan.Takkan aku nak biarkan Diva menyusukan baby dalam keaadan kotor bergelumang cirit dan air ketuban.Kang tak pasal kena infection pulak baby.Kena mandilah jawabnya.Kitty pun ikut terbabit sekali.
kucing comel
baru lepas mandi
bersinar mata Kitty dapat anak buah
Yang bestnye pasal Kitty, dia melayan anak Diva macam anak sendiri.Kalau dia masih ada susu, mau kenyang anak diva minum susu dia.Hahahaa.Untunglah baby baby ni ada mak kandung dan mak angkat yang penyayang.

Kat bawah ni gambar gambar dari saat kelahiran baby baby ni sampailah kanak kanak ni berusia 10 hari.Gambar gambar ni jugaklah yang merubah blog ni dari genre sedih ke genre gumbira.Huhuuu.
kucing beranak
proses meneran
anak kucing parsi baru lahir
baby baru lahir
anak kucing baru lahir
hari ke 3
anak kucing comel
hari ke 3
anak kucing
hari ke 6
anak kucing parsi
hari ke 6
new born kitten
hari ke 6
hari ke 10
hari ke 10
hari ke 10
hari ke 10
hari ke 10
hari ke 10

18 ulasan:

Mama Adam berkata...

wahhhh.... bukak untuk dijual x bro?

PeRdU cINta berkata...

Allahuakbar..comelnya lahai..comel sangat..moga panjang umur dan sihat gebu sentiasa hingga hujung nyawa..suka sangat tengok :)

kucen master berkata...

Yg jantan confem nak jual.betina belom tahu lg

kucen master berkata...

Tq doakan baby2 ni.memang harap sgt budak2 ni survive

nurulazieyan berkata...

ei...comelnya...geram tgk..nk sekor boleh..hehe

Izzaty berkata...

Awwwwww :3 *melting* handsome beno nyanyau nyeee~

kucen master berkata...

Nak je? Heheee

kucen master berkata...

Sekor hensem n sekor julitaw.hahaha

cikputri berkata...

hohoi montel nya..picit boleh.ngeh2

kucen master berkata...

Picit je x hilang geram.kne gget baru puas ati.hahaaa

Noor Mala Shahar berkata...

suka tengok tapi tak pernah pegang...

menabung churp2

kucen master berkata...

Cuba la sekali.mesti nk pegang berkali kali

Santan Manis berkata...

waaa... comelnya kucing2 tuan rumah! nak sekor kasi kacuk ngan cikbu SM! hahaha :D

http://santanmanis.blogspot.com/2013/11/mata-heliza-helmi-memang-betul-betul.html

TukangKebun berkata...

Makin ramai ahli keluarga meriah.

Ida Ahmad berkata...

Sis..sya bminat nk bli parsian..nk ssgt..pliss emel to me amrisa78@yahoo.com ... my sons dh lma nk cari parsian

Ida Ahmad berkata...

Sis..sya bminat nk bli parsian..nk ssgt..pliss emel to me amrisa78@yahoo.com ... my sons dh lma nk cari parsian

NARDtheNERD berkata...

eiiii tiutnye.. :)

Tanpa Nama berkata...

Hehehe...kitty memang mommy yg baik..

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes