e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

KucenMaster: Ogos 2014 Ogos 2014 | KucenMaster

Ahad, 10 Ogos 2014

Kembali Menjenguk Blog

Lama rasanya blog ni hanyut tanpa entri baru. Pelbagai masalah yang aku harungi dan pelbagai keseronokan aku kecapi membuat fokus aku terganggu sekian lama. Nasib baiklah blog aku ni takde pembaca setia yang menunggu entri entri baru. Kalau tak, naya pembaca tu. Asyik datang baca entri yang sama je. Hahaha.

Malam ni,entah dari mana datang mood untuk aku menjenguk blog yang dah bersawang ni. Walaupun dah lama tak update, tapi sentiasa ada pelawat datang membaca entri entri lama. Paling kurang pun 60 orang sehari. Kebanyakkannya dari encik google. Kira seo jugak la blog ni ye. Terasa kembang hidung di malam syahdu ni. Hahaha.

Apa apa pun terima kasih pada semua pembaca yang sudi singgah ke blog ini selama ini. Sebab korang, malam ni terbuka hati aku mula menulis lagi. Terima kasih banyak banyak.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes