e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

KucenMaster: 2015 2015 | KucenMaster

Selasa, 22 September 2015

Mencari Kucing Jantan Untuk Mengawan

Kucing parsi flatface jantan diperlukan untuk mengawan dengan Diva dan Kitty. Haaaa.... Dua ekor sekali sapu. Three some kau. Hee heee.

Rabu, 16 September 2015

Angsa

Angsa sememangnya salah satu haiwan kegemaran aku. Dulu masa tinggal di Terengganu, banyak angsa yang aku bela. Manja dengan aku, tapi garang dengan orang lain. Bila dah balik ke Selangor ni, duduk pula kat bandar. Terpaksalah aku lupakan hobi membela angsa. Angsa angsa aku tu pun aku bagi je kat kawan kat Terengganu.

Keputusan JDT VS South China


Johor Darul Takzim menempa sejarah bola sepak Malaysia apabila melangkah ke separuh akhir Piala AFC malam tadi. Kejayaan menumpaskan South China dari Hong Kong di tempat lawan memang sesuatu yang sangat membanggakan bukan saja rakyat Johor tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Khamis, 10 September 2015

Punca Ultras Malaya Mengamuk

Ultras Malaya mengamuk sakan di Stadium Shah Alam ketika menentang Arab Saudi pada perlawanan kelayakan Kumpulan A Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019. Tak cukup kain rentang mengutuk FAM. Mercun, suar dan bom asap dilempar ke dalam padang. Masih tak cukup lagi? Tempat duduk penonton di stadium menjadi mangsa. Dicabut dan dibaling ke dalam padang. Beberapa orang penyokong Arab Saudi juga menjadi mangsa terajang pecinta sukan bola sepak tanah air.

Khamis, 28 Mei 2015

Statistik Trafik Dari Blogger, CounterStat Dan Nuffnang - Kenapa Berbeza?


Traffic blog sangat penting dalam dunia blogger. Sebagai blogger, aku selalu perhatikan statistik blog aku. Biasalah, kadang kadang meletup, kadang kadang ke laut. Tu adatlah kan. Tapi ada sesuatu yang aku hairan. Kenapa statistic blog berbeza bacaannya di Blogger.com, Nuffnang.com.my dan di StatCounter.com? Mana yang paling tepat? Kalau nak apply iklan, nak guna yang mana satu?

Petua Memanjangkan Bulu Kucing

Macam mana cara melebat dan memanjangkan bulu kucing? Ada tak cara memanjangkan bulu kucing kampung? Ada juga kucing baka bulu panjang seperti kucing parsi dan birman tetapi bulu pendek je, kenapa ye? Sejak buat blog ni, ramai juga yang bertanyakan soalan soalan macam ni.

Keputusan JDT Lawan Ayeyawady United FC


Keputusan Perlawanan JDT menentang Ayeyawady United FC tadi amat mengembirakan peminat skuad Harimau Selatan. Johor layak ke peringkat suku akhir dengan bergaya. Menyamai rekod Kelantan dalam Piala AFC pada tahun 2012.

Selasa, 26 Mei 2015

Merawat Kucing Kurap

Kurap adalah masalah biasa bagi haiwan berbulu seperti kucing. Kurap biasanya terjadi akibat fungus atau hama. Apa nak buat kalau kucing korang kena masalah ni? Hantar pergi jumpa vet? Tu semua orang tau. Yang ramai orang tak tau ialah rawatan alternatif untuk masalah ini.

Jadual Puasa Sunat Dan Wajib 2015


Jadual puasa 2015 ni adalah yang paling lengkap merangkumi tarikh puasa Ramadhan, puasa sunat dan hari yang diharamkan berpuasa. Walaupun ramai yang cuma ambil berat tentang puasa wajib di bulan Ramadhan sahaja, tapi jadual ini sangat bermanfaat dalam merancang perjalanan hidup untuk sepanjang tahun ini.

Ritual Cium Duit Memesongkan Aqidah?

Dua tiga hari ni, kecoh pasal sekumpulan geng bisnes Multi Level Marketing atau nama manjanya MLM buat ritual cium duit, ritual sembah duit atau ritual puja duit. Sejak tersebar gambar gambar ni, ramai 'ustaz' dan 'ustazah' mengeluarkan fatwa ritual ini dikhuatiri memesongkan aqidah umat Islam. Kenapa ye??

Isnin, 25 Mei 2015

Tunku Puteri Johor Dan Kucing Kucing Baginda

tunku puteri johor
Tunku Puteri Johor ni merupakan puteri tunggal kepada pasangan DYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan DYMM Raja Zarith Sofia. Nama penuh baginda ialah Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim Ismail. Penat laki dia nak menjawab depan tok kadi ni. Hahahahaa. Yang duduk duduk dalam handbag Birkin tu pulak kucing british shorthair diraja Johor.

Rabu, 20 Mei 2015

Air Selusuh Untuk Memudahkan Bersalin

Air selusuh untuk memudahkan wanita bersalin memang dah lama digunakan dalam masyarakat melayu. Ada berbagai akar kayu, herba dan sumber daripada haiwan yang boleh digunakan untuk membuat air selusuh. Ada petua yang datang daripada kajian dan pengamatan orang dulu dulu. Ada juga yang datang daripada kepercayaan karut semata mata.

Khamis, 14 Mei 2015

Petua Mengajar Kucing 'Membuang' Di Tempat Yang Betul

Kucing dan manusia memang tak dapat dipisahkan. Dah beribu ribu tahun kucing menemani manusia walaupun bela kucing ni tak ada kegunaan yang khusus. Paling berguna pun untuk tangkap tikus. Tu pun kalau kucing tu berani. Kucing aku, nampak tikus terus lari. Hahaha.

Jumaat, 8 Mei 2015

Anak Kucing Parsi Yang Comel

Anak anak kucing comel yang lahir pada 5 April dulu dah pun berjalan. Sejak ada kaki ni, habis satu rumah budak budak ni explore. Tak padan dengan masih bertatih.

Selasa, 5 Mei 2015

Anak Kucing Parsi Untuk Dijual

kucing parsi
Anak kucing parsi untuk dijual. Setelah dilahirkan pada hari Sabtu 4 april 2014, ramai yang tertunggu tunggu bila agaknya baby ni dibuka untuk tempahan. Dan lebih penting lagi, berapa harga yang bakal saya letak.

Isnin, 4 Mei 2015

Familia Myvi Club Tiba Tiba Jadi Famous

familia myvi club
Familia Myvi Club. Tiba tiba je nama ni meletup kat Malaysia setelah enam biji kereta dari Familia Myvi Club dikatakan berlumba sehingga menyebabkan kemalangan maut yang meragut tiga nyawa termasuk seorang bayi di highway DUKE.

Sabtu, 25 April 2015

George Kucing Berdiri


George seekor kucing yang suka berdiri dengan dua kaki. Kucing lain mungkin sekali sekala je berdiri macam ni. Tapi George ni kalau boleh, tidur pun nak berdiri. Jom tengok gambar gambar selfie George.

Jumaat, 24 April 2015

Keputusan Perak Lawan JDT


Keputusan perlawanan antara Perak dan JDT memang agak mengejutkan. Siapa sangka JDT yang menyimpan ramai pemain Harimau Malaya di bangku simpanan boleh dikalahkan oleh pasukan Perak.

Avengers Age Of Ultron


Avengers: Age Of Ultron ni filem wajib tonton 2015 akhirnya keluar juga di pawagam. Mesti ramai yang tak sabar rasanya nak tengok gandingan The hulk, Thor, Captain America, Iron Man, Hawkeye dan Black Widow bergabung dalam Avengers Age Of Ultron ni. Wayang pun konfen sesak punya.  Heheee. Redah jelah demi minat.

Khamis, 23 April 2015

Pengeluaran Duit KWSP Kekal Pada Umur 55 Tahun

epf

Akhirnya drama pasal duit KWSP ni berakhir. Pencarum EPF boleh mengeluarkan wang simpanan pada umur 55 tahun. Sama macam sebelum ni.

Isnin, 20 April 2015

Kucing Jadi Jururawat

kucing jadi jururawat

Seekor kucing bernama Radamenes menjadi jururawat di sebuah pusat perlindungan haiwan di Bydgoszcz, Poland. Apa yang menarik, kucing ni bukannya dilatih sejak kecil untuk menjadi kucing nurse. Sebaliknya Radamenes hanyalah bekas pesakit di pusat perlindungan haiwan yang telah sihat.

Isnin, 13 April 2015

Kucing Terselamat Dalam Kebakaran


Seekor anak kucing ditemui masih hidup walaupun rumah tuannya hangus terbakar. Keajaiban ini berlaku di Rantau Panjang, Selangor.

Shae Dan Nukilan - Rindu


Single terbaru ciptaan Malique akhirnya dilancarkan pada 24 Februari lepas. Lagu bertajuk Rindu ini dinyanyikan oleh kumpulan Nukilan bersama Shae. Lepas Joe Flizzow meletup dengan lagu Apa Khabar, sekarang Malique mengganas dengan lagu Rindu.

Jumaat, 10 April 2015

Kucing Selamatkan Bayi Daripada Didera Bapa

Kucing sememangnya haiwan yang penyayang. Walaupun kucing adalah haiwan kategori karnivor, tapi ia akan menjaga sesiapa saja yang disayanginya tanpa mengira spesies. Video ni menunjukkan bagaimana seekor kucing berusaha menyelamatkan seorang bayi daripada didera oleh bapanya sendiri. Video ni dirakam ketika si bapa berpura pura memukul bayinya untuk melihat reaksi si kucing.

Khamis, 9 April 2015

Bihun Goreng Special


Suka makan ayam tak? Rasa ayam yang enak tu terhasil daripada dedak ayam. Bermula dengan makanan pemula untuk anak ayam baru menetas, makanan ayam pembesar dan makanan ayam penggemuk untuk diberi kepada ayam seminggu sebelum disembelih. Agak agak best tak rasa makanan ayam ni? Aku dah cuba pagi tadi. Memang hampeh akak yang jual bihun goreng tepi jalan tu.

Ahad, 5 April 2015

Kucing Beranak Lagi

kucing
Kucing beranak lagi. Nampaknya Kitty pun tak mahu mengalah walaupun dia sepatutnya beranak hari Isnin ni. Wahhh. Berlumba lumba 2 ekor kucing parsi flatface highnose ni.

Sabtu, 4 April 2015

Kucing Parsi Beranak

kucing parsi flatface

Kucing parsi beranak aku beranak lagi. Kali ni giliran Diva pula. Kali terakhir kucing ni beranak pada 21 Jun 2014. Tahun lepas beranak 3 ekor tapi cuma seekor je yang survive. Kali ni pun, 3 ekor juga keluar tapi seekor mati masa jumpa. Harap yang 2 ekor ni hidup sampai besar.

Khamis, 2 April 2015

Cara Bagi Kucing Makan Di Kedai Makan

kucing jalanan

Semua orang yang biasa makan di luar, mesti biasa tengok orang bagi kucing makan bawah meja kan? Patut ke tabiat ni? Jom kita bincangkan.

Selasa, 31 Mac 2015

COST PER UNIQUE VISIT From Nuffnang

cost per unique visit

(Cost Per Unique Visit) dari Nuffnang ni mesti ramai yang idamkan kan? Sebabnya ni iklan yang paling senang nak meningkatkan pendapatan blog. Hanya bergantung pada pengunjung unik semata mata. Kalau diorang klik iklan, tu dah kira bonus.

Khamis, 5 Mac 2015

Video Kucing Lucu


Apa agaknya kalau perasaan kucing ni yang bersungguh sungguh mengajak kawannya bermain tapi langsung tak diendahkan. Buleh pula kawan dia buat buat tak bergerak sambil merenung sesuatu macam kena pukau. Rasa kesian pula tengok kucing ni berguling guling minta perhatian.

Selasa, 3 Mac 2015

Kucing Berwarna Pink

kucing merah jambu

Pernah tengok tak kucing warna pink? Seekor kucing merah jambu milik Lena Lenina di Russia tiba tiba menjadi sebutan di seluruh dunia.

Ahad, 1 Mac 2015

Power Rangers Versi Gelap


Mesti kat sini ramai peminat cerita Power Rangers masa kecil kecil dulu kan. Bila dah besar, kalau tengok balik cerita ni mesti terfikir 'macam manalah aku boleh minat cerita bodo ni dulu'. Betul tak? Baik mengaku cepat!! Berita baik untuk bekas peminat Power Rangers yang malu kucing nak mengaku minat kumpulan superhero ni. Sekarang dah ada Power Rangers versi untuk penonton yang lebih dewasa.

Khamis, 26 Februari 2015

Kucing Makan Rumput


Pernah tengok kucing makan rumput tak? Mesti ramai yang tak perasan selama ni pasal kucing memang makan rumput macam kambing. Nak tumpang tuah tahun kambing kot?

Rabu, 25 Februari 2015

Buat Blog Template Guna Dreamweaver CS6

buat blogger template sendiri

Buat blog guna Adobe Dreamweaver. Tiba tiba terfikir benda ni. Blog ni dah lama tak tukar baju. Tapi, rasa tak best nak download je template kat internet. 

Ahad, 15 Februari 2015

Kucing Parsi Putih Untuk Dijual


Kucing parsi untuk dijual. Sama juga macam yang sebelum ni. Cuma kali ni versi warna putih pula. Bukan senang jumpa kucing parsi putih macam ni.

Selasa, 10 Februari 2015

Kucing Parsi Untuk Dijual


Kucing parsi untuk dijual. Berita baik untuk peminat kucing parsi yang mahukan kucing dengan harga murah tak sampai seribu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes