e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Jadual Puasa Sunat Dan Wajib 2015 | KucenMaster

Selasa, 26 Mei 2015

Jadual Puasa Sunat Dan Wajib 2015


Jadual puasa 2015 ni adalah yang paling lengkap merangkumi tarikh puasa Ramadhan, puasa sunat dan hari yang diharamkan berpuasa. Walaupun ramai yang cuma ambil berat tentang puasa wajib di bulan Ramadhan sahaja, tapi jadual ini sangat bermanfaat dalam merancang perjalanan hidup untuk sepanjang tahun ini.



Bagi terpaksa ponteng puasa wajib dibulan Ramadhan 2014 yang lepas, jadual ini berguna untuk kita mengganti puasa yang lepas. Pastikan kita ganti sebelum Ramadhan 2015 menjelang. Tengok betul betul tarikh Ramadhan 2015 tu. Jangan kantoi lagi untuk Ramadhan 2015 sudahlah.

Bagi yang nak berdiet, apa kata kalau berpuasa pada hari yang disunatkan berpuasa. Kalau dapat jadi kurus, tambah dapat pahala, kan best tu. Inilah tip untuk berdiet yang paling baik sebenarnya.

Bagi yang merancang untuk berkahwin atau apa apa majlis, pastikan tarikh kenduri tu bukan pada hari yang disunatkan puasa. Kalau tak ramai la yang tak datang sebab puasa sunat. Kita mesti nak majlis kita tu meriah kan? Lainlah kalau nak save budget. Hahahaha.

Bagi yang memang nak tingkatkan amal ibadat, alhamdulillah. Jadual ni memang cukup sesuai. Semoga dapat merancang amal ibadat dengan baik. Kalau gagal berpuasa macam yang dirancang pun, kita masih dapat pahala atas nawaitu melakukan perkara yang baik. Aminn.

Semoga jadual puasa 2015 dapat memberi manfaat pada semua.

credit to http://www.sumarz.com

4 ulasan:

Sheila berkata...

Thanx sharing.. blh mark bl nak berpuasa sunat ni.

Cik Yaya berkata...

AS'SALAM...

wahh gud..thanks share yea...

PeRdU cINta berkata...

Sangat membantu,,alhamdulillah..

kucen master berkata...

@PeRdU cINta, alhamduluillah.memang post untuk manfaat bersama

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes