e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Kucing Makan Rumput | KucenMaster

Khamis, 26 Februari 2015

Kucing Makan Rumput


Pernah tengok kucing makan rumput tak? Mesti ramai yang tak perasan selama ni pasal kucing memang makan rumput macam kambing. Nak tumpang tuah tahun kambing kot?


Kucing adalah haiwan karnivor. Sama macam harimau, buaya dan kebanyakkan raksasa yang pernah ditewaskan ultraman di bandar Tokyo, mulut, gigi dan sistem penghadaman kucing dicipta untuk menghadamkan daging bukannya rumput. Jadi apa kejadahnya kucing meragut rumput? Dah hilang ingatan ke?

Kucing adalah haiwan pembersih. Selain makan dan tidur, tabiat kucing suka menjilat badannya untuk membersihkan diri. Dalam proses ini, bulu yang tertelan, tak terkira banyaknya. Bulu bulu ni tidak dapat dihadamkan dan berkumpul di dalam perut kucing. Lama kelamaan, bulu bulu ini akan membentuk gumpalan di dalam perut yang di panggil 'hair ball'. Hair ball ini, nampak macam tahi. Tapi ia adalah gumpalan bulu. Sekiranya tidak dibuang, boleh tersangkut di dalam usus ataupun kolon. Sistem penghadaman yang tersumbat akan menyebabkan kucing hilang selera makan dan sakit.

Secara semula jadi, kucing mempunyai cara mengatasi masalah ini. Hair ball tidak dapat dihadamkan dan dibuang bersama najis. Oleh itu kucing bertindak bijak memuntahkannya. Caranya ialah mengganggu sistem penghadamannya sendiri. Oleh kerana kucing tak dapat menghadamkan rumput, kucing memakan rumput untuk membuat dirinya termuntah. Muntah kucing ni biasanya keluar bersama hair ball.

Jadi jangan panik bila tengok kucing kesayangan korang muntah bulu. Dia bukannya sakit. Tak payah bawak pergi jumpa doktor veterinar. Buang duit je.

Cuma masalahnya, kalau kucing in door macam kucing parsi, kena lah tuan kucing sediakan rumput. Kalau tak, mana kucing tu nak jumpa rumput dalam rumah kan? Jangan risau jenis rumput. Kucing akan makan apa saja jenis rumput yang berdaun lembut. Bagi kangkung pun boleh. Cuma pastikan rumput tu tak beracun. Kalau was was juga, boleh beli petgrass di petshop berdekatan.

Rumput free depan rumah ada, sayur kat pasar ada, petgrass kat kedai haiwan pun ada. Pilihlah mengikut kerelaan poket masing masing.

*Gambar semuanya kidnap kat google

5 ulasan:

Cik Candy berkata...

info yang berguna. (= TERBAIK.

Mialia Amelia berkata...

hehe,. bagus la sbb rumah saya byk rumput xD guinea pig saya pn makan rumput tu. so rumput tu tmpat berak dan tempat makan :3

ღ Simple Ladygirl ღ berkata...

ooohhhh baru pula saya tahu...ingatkan kucing rumput sebab zat protein badan ke , atau ubat ke..hehehe btw nice blog..cute semua pasal kucing :3

Noor Mala Shahar berkata...

balas kunjungan

Mek Ila berkata...

Haha, teringat kucing kat kampung yang pandai makan macam-macam termasuk burger :-)

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes