e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Bihun Goreng Special | KucenMaster

Khamis, 9 April 2015

Bihun Goreng Special


Suka makan ayam tak? Rasa ayam yang enak tu terhasil daripada dedak ayam. Bermula dengan makanan pemula untuk anak ayam baru menetas, makanan ayam pembesar dan makanan ayam penggemuk untuk diberi kepada ayam seminggu sebelum disembelih. Agak agak best tak rasa makanan ayam ni? Aku dah cuba pagi tadi. Memang hampeh akak yang jual bihun goreng tepi jalan tu.

Pagi tadi lebih kurang pukul 6.50 terasa macam nak makan nasi lemak. Aku pun pergilah gerai nasi lemak di sebelum simpang Aeon Bandar Mahkota Cheras. Sampai kat gerai tu, tengok ada nasi kerabu, terus tak jadi beli nasi lemak. Aku bungkus nasi kerabu untuk aku dan bihun goreng untuk isteri.
gerai menjual isi pedal ayam
Sampai je rumah, kami terus makan sebelum memulakan kerja. Lauk dalam bihun goreng tu agak banyak. Isteri aku pun hulurlah seketul dua lauk tu. Sharing is caring la kononnya. Aku pun makan tanpa rasa was was sehinggalah aku menggigit seketul ayam. First bite tu dah rasa lain. Aku cuba kunyah, rasa pelik. Bau pulak macam dedak ayam. Aku pun beleklah 'daging' ayam tu. Macam bergedil. Tapi macam ada satu salur kecil.
isi pedal ayam
nampak tak dedak ayam?
Kembang tekak aku tengok. Bahagian dalam pedal ayam. Biasanya orang buang bahagian dalam ni sebab dalam ni ada makanan ayam yang belum dihadamkan. Tapi dia ni boleh tersilap dan jual kat pelanggan. Ok lah. Dia tak sengaja tu. Tapi aku kena tegur juga sebab sebelum ni dah beberapa kali aku beli kepak ayam goreng berbulu kat kedai dia. Harap dia lebih alert lepas ni.
siap dengan salur makanan ke tembolok lagi
Sampai kat gerai tu, aku panggil akak tu ke belakang. Tak naklah komplen depan customer lain. Aku tunjuklah hasil penemuan aku awal pagi tadi. Lepas tu komen sikit tentang resepi luarbiasa dia tu. Mula mula oklah. Dia minta maaf sebab tak sengaja. Pekerja dia yang bersihkan ayam kononnya. Aku balas balik suruh dia pantau sikit pekerja dia. Kesian aku makan dedak ayam pagi pagi ni. Tetiba boleh pula dia yang emo. Akak tu cakap selama dia meniaga, tak pernah ada sesiapa komplen. Dengan gaya kerek, dia pulangkan duit aku sambil cakap, kalau tak puas hati, pergilah report kat MPKJ. Berbulu pulak aku rasa. Elok elok aku komplen senyap senyap, ni aku tulis pula dalam blog. Nasib kaulah labu.
resepi isi pedal ayam
Apapun yang kita buat, kesilapan adalah pekara biasa. Bilalah dah tersilap tu, terimalah teguran dan elakkan kesilapan sama tu daripada berulang. Jangan jadi ego sampai tak boleh ditegur. Aku yang jadi mangsa termakan benda kotor, apasal kau pulak yang nak marah?

12 ulasan:

Bro Ley berkata...

Kerek betul peniaga tu....dah buat salah nak marah org lain pulak. Kalau mcm ni mentaliti susah la nak maju meniaga. Haish.....

mrhanafi BEST berkata...

hu..hu..kasihan tuan..buat baik dibalas tak baik

kira kurang best la macam tu..

kucen master berkata...

@Bro Ley, tu la pasal.niat nak tegur cara baik pun terus hilang

kucen master berkata...

@mrhanafi BEST, memang tak best pun.makanan dia pun bukannya sedap sangat.kebanyakkan customer adalah orang nepal yg kerja kat MRT

Budak Kental :) berkata...

uishh ai . kejam sehh . takde rasa hormat pelanggan ke dia tu? meh sini jieha sekeh kepala dia .

Kakak Tiri Cinderella berkata...

Pelik pelik jer manusia sekarang. Haha Sabar jer laa --'

kucen master berkata...

@Budak Kental :), dia tu jenis tak boleh terima teguran tu.rasa diri dia perfek selama ni

kucen master berkata...

@Kakak Tiri Cinderella, memang pelik pun.saya nak tegur utk kebaikkan dia juga.tapi bila saya kena sound, nasib dia la

Hanafi Abdullah berkata...

@kucen master..patut pun macam tu..orang nepal menjadi customer mana mereka kisah

mama hantek berkata...

susah susah..kalau belajar dengan Guy Kawasaki, mesti dia jaga pelanggan betul-betul. Pelanggan ialah marketing tool yang paling berkesan hehehe

kucen master berkata...

@Hanafi Abdullah, orang nepal tu memang jenis tak kisah.janji murah

kucen master berkata...

@mama hantek, Guy Kawasaki tu siapa?

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes