e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Cara Bagi Kucing Makan Di Kedai Makan | KucenMaster

Khamis, 2 April 2015

Cara Bagi Kucing Makan Di Kedai Makan

kucing jalanan

Semua orang yang biasa makan di luar, mesti biasa tengok orang bagi kucing makan bawah meja kan? Patut ke tabiat ni? Jom kita bincangkan.

Sebagai orang yang membela kucing, kita semestinya tersentuh hati bila ada kucing memanjat kaki untuk meminta makanan semasa kita makan di restoran kan? Automatik kita akan teringat kucing gemuk kita di rumah. Macamanalah kalau dia terlepas dan sesat. Mesti dia akan meminta minta makanan daripada orang lain kan? Kalau dia minta dari pecinta kucing, dapatlah merasa kenyang. Tapi kalau dia terminta dari orang yang tak suka kucing, Alamatnya, makan kaki lah kucing tu.
memang tak sampai hati nak dibiarkan
Ada yang prihatin dengan nasib kucing kucing ni. Atas dasar kemanusiaan terhadap haiwan, pecinta kucing biasanya mengasingkan sedikit lauk untuk disedekahkan pada kucing jalanan ini. Malangnya, ramai pecinta kucing yang pemalas dan berat bontot untuk berjalan ke luar premis makanan. Biasanya makanan hanya dicampakkan ke bawah meja je. Orang makan di atas, kucing makan dibawah. Mengotorkan premis makanan.

Tahu tak bila kita buat macam ni, kita dah buat satu pahala terhadap kucing tu. Tapi dalam masa yang sama, kita membuat dosa terhadap pemilik premis restoran tu. Tindakan memberi makan di bawah meja mengundang rasa tak selesa di kalangan pelanggan yang tak suka kucing. Bayangkan ada seorang peminat tikus memberi tikus makan dengan cara macam tu, kita pula yang tak selesa kan? Ramailah pelanggan yang tak suka kucing lari dan takkan jejak kaki lagi ke situ. Tak pasal pasal rugi tauke restoran tu.

Sebenarnya selain daripada masalah kebersihan dan keselesaan, ada lagi masalah yang lebih besar yang ditanggung oleh pemilik premis akibat daripada tindakan segelintir pecinta kucing yang pemalas ni. Kucing diklasifikasikan sebagai vektor atau haiwan perosak oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Maknanya kucing adalah setaraf dengan lipas, lalat, tikus dan burung gagak di mata inspector kesihatan yang datang membuat pemeriksaan di premis makanan tu. Kewujudan kucing itu sahaja dah mengurangkan markah kebersihan. Ditambah pula lantai yang kotor dengan tulang tulang sisa makanan yang diberikan oleh pelanggan kepada kucing. Tauke  restoran berdepan dengan risiko penutupan premis makanan. Mau tauke tak bengang? Sebab tu ramai tauke tertekan dan hilang sifat kemanusiaan dan menganiaya haiwan. Puncanya? Kita - pecinta haiwan.
Contoh kompoun yang dikenakan
Perlu diingat, bukan semua tauke kaya. Bayangkan kalau tauke tu cuma peniaga kecil, Apa dia nak suap anak bini dia kalau punca rezeki dia ditutup? Para pecinta kucing yang pemalas yang kononnya prihatin terhadap kucing lapar ni akan prihatin tak dengan nasib peniaga yang dah dianiaya tanpa niat ni?
Kan bagus buat macam makcik ni
Apa salahnya kita sebagai pecinta kucing berbakti kepada kucing tanpa menganiaya tauke kedai makanan. Bawalah makanan tu keluar jauh sikit. Jangan menyusahkan orang lain. Tak penat mana pun. Kucing kenyang, tauke tak bengang, kita pun hati senang.

24 ulasan:

:-) berkata...

saya suka baca blog kucenmaster.blogspot.com :-)

kucen master berkata...

tq sebab sudi membaca ;-)

nur ikaa berkata...

aku kalau nmpk kucing duk pusing2 kaki aku masa mkn...xsampai hati pun nk telan nasi...rasa bersalah kalau xnk bg dia sikit lauk aq makan tu...hurmmm

ღ Simple Ladygirl ღ berkata...

Cute pula tengok gambar makcik bagi makan kat kucing2 tu :)

Bro Ley berkata...

Tak tahu pulak kucing dikategorikan sebagai haiwan perosak. Dapat ilmu baru hari ni. Thanks for sharing. :)

Nurmadihah Mardhiah berkata...

tengs for sharing. boleh tak saya dapatkan sumber rujukan tentang pernyataan yg cakap kucing tu haiwan perosak. hee. sebab first time gak dengar. tq :)

Cik Candy berkata...

Mulia sungguh hati mak cik tue.. Semoga diberkati selalu...

kucen master berkata...

nur ikaa, boleh bagi makan.tapi bawalah keluar kedai

kucen master berkata...

Simple Ladygirl, orang memang nampak comel masa buat baik.

kucen master berkata...

Bro Ley, saya tau sebab ada kucing dalam kantin sekolah yang saya uruskan masa inspector kesihatan datang check dulu. sebab ada kucing, saya tak dapat markah A.Siap kena warning lagi.sejak tu saya bagi kucing2 tu makan jauh sikit dari kantin saya

kucen master berkata...

Nurmadihah Mardhiah, dalam buku laporan kendiri kebersihan kantin setiap sekolah di malaysia ni ada tulis pasal kucing dan haiwan peliharaan ni.Kalau premis makanan persendirian, tak ada buku untuk pengusaha pegang.tapi semua pengendali makanan dah diberitahu masa kursus pengedalian makanan oleh Kementerian Kesihatan atau PBT.peraturan PBT kat mana2 pun sama je cuma ketegasan penguatkuasa berbeza ikut kawasan
contoh peraturan PBT ada kat sini
http://www.mbpj.gov.my/documents/10124/1d4d32e8-0f10-4137-a006-fb476747d54e

kucen master berkata...

Cik Candy, sekarang ni dah semakin ramai org yg prihatin pada kucing dan anjing jalanan.cuma ramai yg tak perasan pengusaha makanan yang jadi mangsa

nur ikaa berkata...

haha... sy xsempat keluar trus bg...hehe mmg salah... tp tak sengaja...

Dunia Zumal berkata...

Moga kita juga prihatin kepada peniaga kedai makan tu juga...

kucen master berkata...

Dunia Zimal, itu yang sepatutnya

Cik Yaya berkata...

AS'SALAM...

tu la..lau cmtu,kena kumpul bnyk sikit makanan tu then bawa jauh sikit kan.tp lau sekor yang dtg xpe.ni bnyk cmne..dtg sekor-sekot plak tu..xke haru kite..hehe

kucen master berkata...

Cik Yaya, buat pekara baik bukan lah senang sangat. sebab tu ganjaran pahalanya berbaloi

BM berkata...

Betul...perkara nampak remeh tapi amat besar kesannya. Suka dgn ayat terakhir tu!

Akak Vitamin berkata...

murahh rezeki makcik tu

kucen master berkata...

@BMperkara kecil untuk orang yg buat, perkara besar untuk orang lain menanggung

kucen master berkata...

@Akak Vitaminaminnn

Budak Kental :) berkata...

lepasni, bg kucing makan kat luar premis peniaga. ha'ah la. jieha pun tak perasan bnda ni, main bagi ke kucing tu makan. huhu. pasni, tak bg kt situ dh. :)

Reku Cemong berkata...

salam,
banyak yang kita terlepas pandang.
terima kasih kerana mengingatkan.:)

Tanpa Nama berkata...

Beri kucing makan jauh sikit mcm makcik tu buat pun ada org marah sbb kucing tu berak agak hampir dgn rumahnya

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes