e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Kucing Beranak Lagi | KucenMaster

Ahad, 5 April 2015

Kucing Beranak Lagi

kucing
Kucing beranak lagi. Nampaknya Kitty pun tak mahu mengalah walaupun dia sepatutnya beranak hari Isnin ni. Wahhh. Berlumba lumba 2 ekor kucing parsi flatface highnose ni.

Pukul satu setengah pagi sebelum tidur, seperti biasa, kami menjenguk bilik anak anak bulus ni. Jeng jeng jeng  seekor anak Kitty dah keluar. Betina warna tortoiseshell. Aku pegang perut Kitty. Terasa masih ada sekurang kurangnya seekor lagi. Kitty serba tak keruan. Nampak lain macam walaupun sebelum ni dah dua kali dia beranak tanpa sebarang masalah.
kucing bersalin
anak pertama
Aku dan isteri cuba mengurut lembut perut Kitty untuk memberi ransangan untuk kitty meneram keluar babynya. Jacko dan Waka juga tak ketinggalan membantu sambil menyibuk. Bantuan Jacko dan Waka betul betul menyerabutkan suasana sehingga terpaksa aku sumbat dalam cage.
kucing bulu panjang
Waka datang menjenguk adik baru
kucing comel
Jacko pengsan tengok darah
Diva yang bagaikan kakak pada Kitty ni merenung lama sambil mengiau lembut seolah olah cuba menenangkan Kitty. Setelah lebih 1 jam tanpa sebarang perubahan, barulah Diva datang rapat. Diva lent her shoulder to Kitty cry on kot.
a shoulder to cry on for Kitty
ni dah macam Kitty yang tenangkan Diva
Akhirnya lebih kurang pukul 4.30 pagi barulah Kitty selamat melahirkan anak kedua. Baby girl berwarna calico. Cubaan merasa perut Kitty pun gagal mengesan baby lain tapi tak pasti sangat sebab tak sanggup nak picit kuat. Sudahnya, tunggulah sampai pukul 9 pagi. Manalah tahu keluar lagi seekor sebab sebelum ni Kitty 2 kali beranak dapat 3 ekor.
anak kucing baru lahir
anak Kitty
anak kucing parsi
anak Diva
Dekat dekat je kan 2 ekor queen kat rumah ni beranak? Sebenarnya sengaja aku bagi 2 ekor ni beranak hampir serentak. Paling jauh jarak masa antara 2 ekor ni, seminggu je. Senang sikit aku jaga sekali, penat pun sekali. Lagi satu, tak ada ibu kucing yang sempurna. Bila ada ekor kucing betina yang kamceng ada anak yang sebaya, kucing kucing ni boleh menjaga anak bersama sama. Secara tak langsung, 2 ekor kucing akan melengkapi kekurangan masing masing. Contohnya, Diva tak berapa pandai untuk menjilat baby untuk membersihkan baby, tapi Kitty memang pakar bab ni. Kitty pula biasanya hanya akan ada susu setelah 2 - 3 hari beranak. Nasib baik Diva ada banyak susu dari hari pertama lagi. Kalau tak, akulah kene bancuh susu dan bagi guna botol.
kucing menyusu
baby Kitty menumpang susu
Setelah melakukan yang terbaik untuk anak anak kucing  yang baru lahir ni, sekarang terserah kepada Allah sama ada nak mengizinkan baby baby hidup ataupun tidak.

22 ulasan:

ღ Simple Ladygirl ღ berkata...

eeeee....comelnya...sioknya ada kucing yang bulu kembang2 :3

kucen master berkata...

Simple Ladygirl, memang best ada pet. cubalah bela sekor. binatang apa pun x kisah, yg penting awk betul2 suka

kucen master berkata...

hari ni anak Diva mati seekor.tapi Kitty lahir lagi sekor

Akak Vitamin berkata...

Tak tahulah kenapa takut betul ngan kucing...

kucen master berkata...

@Akak Vitamin
setiap orang ada benda yg disukai dan dibenci.tak suka kucing tak apa, asal jangan mezalimi kucing dah la

Zimirrah Abu Bakar berkata...

so cuteeee.. 2 ekor ucing saya pun beranak serentak , last-last kucing yg number 2 tu yang jaga semua anak kucing :)

kucen master berkata...

@Zimirrah Abu Bakarkucing saya jaga sama sama

Cik Yaya berkata...

as'salam...
wahh dpt ramai ank buah nmopknye ye..hehe
blumba2 kitty ngn diva ye..dorang ade pjnjian kot..sape beranak dulu, adela yg dpt tu..haha

miss eimanhikmah berkata...

wahhh comelnyeeee anak kucing

Mohd Selim Zainal berkata...

Asalammuaalaikum...

wahh banyak anak kucing... comel kan!..

sensasi2020 berkata...

Salam...adui...cutenya semua kucing-kucing ini. Anak-anak memang suka sangat-sangat dengan kucing. Kalaulah kucing siam lagilah mereka minat.

ღ Simple Ladygirl ღ berkata...

@kucen master hehehe sebenarnya sy mmg ada bela kucing.dulu banyak, ada sampai 13 ekor.tapi da mati, hilang.skg tggl 5 ja..paling yg sy tak lupa kucing kesayangan sy, kucing siam putih.namanya tony :'( tapi pun da hilang tak balik2..huhuhu..rindu pula ma dia..

Nabila Syifa berkata...

kucing2 ni hidup bahagia.tu sebab membiak2 .hihi.pandai jaga

kucen master berkata...

@Cik Yayatakde perjanjian.tapi tu adat bermadu.jantan yang sama buntingkan diorang.hahaha

kucen master berkata...

@miss eimanhikmah, memang comel tapi time ni kritikal.silap sikit je boleh mati.kena tengok betul betul

kucen master berkata...

@Mohd Selim Zainal, tq.tapi tak byk dah.tinggal 3 daripada 6 ekor

kucen master berkata...

@sensasi2020, saya tak berapa minat kucing siam.baka tu terlalu bising

kucen master berkata...

@Nabila Syifa, taklah pandai sangat tapi saya cuba yang terbaik

Sop Nama Saya berkata...

wah. tahniah
makin membesar keluarga kuning tu yeer

Mialia Amelia berkata...

haha, kelakar meh part kucing2 menyebok tu. kucing sy pn ada gak macam tu, kucing tu nak beranak, dia buat rilek je baring dalam raga utk kucing tu beranak. jauh juga jarak kucing tu lahir

kucen master berkata...

@Mialia Amelia, memang jauh.dan lagi best, sehari lepas entry ni ditulis, lagi sekor keluar.malangnya anak diva semuanya dah mati.tinggal anak kitty je

Perodua sales berkata...

Ada lagi ke kucing ni.. wahh comel nye

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes