e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Kucing Jadi Jururawat | KucenMaster

Isnin, 20 April 2015

Kucing Jadi Jururawat

kucing jadi jururawat

Seekor kucing bernama Radamenes menjadi jururawat di sebuah pusat perlindungan haiwan di Bydgoszcz, Poland. Apa yang menarik, kucing ni bukannya dilatih sejak kecil untuk menjadi kucing nurse. Sebaliknya Radamenes hanyalah bekas pesakit di pusat perlindungan haiwan yang telah sihat.

Kisah bermula apabila Radamenes dibawa ke pusat perlindungan dalam keadaan kritikal. Ia mengalami jangkitan pernafasan yang amat serius. Doktor yang merawatnya hampir memberi suntikan maut untuk menamatkan penderitaan Radamenes. Ketika hendak memberi suntikan maut atau istilah popularnya 'PUT TO SLEEP' (PTS), tiba tiba Radamenes membuat suatu bunyi seolah olah memprotes tindakan yang akan menamatkan nyawanya. Dia bagaikan memberitahu doktor yang kucing lemah ini sedia berjuang meneruskan hidup sekiranya diberi peluang.
kucing penyayang
membersihkan pesakit
Tersentuh dengan semangat yang masih ada pada kucing malang ni, doktor haiwan tu menukar fikiran dan memulakan rawatan terhadap Radamenes. Ajaibnya, kucing yang kononnya tiada harapan ni akhirnya sembuh.
radamenes
jaga 2 ekor sekaligus
Setelah terlepas daripada maut, Radamenes menjadi prihatin terhadap haiwan haiwan lain yang menerima rawatan di situ. Kucing ini menjaga haiwan haiwan yang dibawa ke situ dalam keadaan tenat. Menurut cerita daripada petugas petugas di pusat perlindungan haiwan itu, Radamenes akan menjaga, memeluk dan membersihkan haiwan haiwan yang bari dibedah setiap hari.
kucing balas budi
gaya seekor nurse
Tak tahulah apa yang difikirkan oleh kucing ni. Mungkin dia cuba membalas budi setelah diselamatkan, ataupun Radamenes sememangnya seekor kucing yang penyayang. Tapi kucing ini adalah satu bukti yang haiwan juga mempunyai sifat kemanusiaan.
kucing baik hati
anjing juga dirawat Radamenes
Sekiranya kucing terbiar ini mampu menunjukkan kasih sayang sebesar ini, bayangkan apa yang mampu disumbangkan oleh si comel kita di rumah. Percayalah, kucing peliharaan kita juga menyayangi kita walaupun mungkin tak ditunjukkan macam Radamenes ni.

5 ulasan:

Baharudin Jemenin berkata...

Kucing pun ada sifat kasih sayang kepada haiwan lain, itulah Kebesaran Allah.

Hero Borneoh berkata...

hu..hu..memang hebat..kasih sayang yang mereka tunjukkan

YieN berkata...

amboi.. hehehe! comei pulak tu nurse cilik ni :)

Hazirah CW berkata...

haiwan yang mempunyai sikap kemanusiaan sedangkan manusia hampir hilang sikap kemanusiaan... heu3

Gee Lion berkata...

Selalu kucing ni bersifat ingin membalas budi, jadi mungkin itu yg cuba dilakukan Radamenes. Sikap dia pun berbeza.. berapa banyak lagi agaknya kucing yg memiliki semangat hidup seperti Radamenes?

Lagi sedih kucing2 lain yg ditamatkan hidupnya kerana penyakit sedangkan mungkin mereka masih mempunyai semangat utk pulih.. :'(

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes